#CADANGAN DAN SET RAWATAN · ENFUSELLE

6 TIPS PENJAGAAN KULIT BERMINYAK YANG ANDA WAJIB TAHU

Sekarang ni musim panas kan, panas yang melampau. Dengan fenomena equinox, bertembung pula dengan musim kemarau, memang terasa bahangnya dan bagi orang yang mempunyai kulit berminyak, situasi ini boleh memburukkan keadaan kulit anda!

Kelenjar sebum boleh menjadi lebih aktif dan menghasilkan minyak yang berlebihan sehingga menyebabkan kulit menjadi sangat berminyak, berkilat dan mendorong kepada masalah kulit yang lain seperti jerawat, bintik hitam dan putih. Jadi, kena pandai menguruskan kulit kita disaat seperti ini ya.

NO 1

KATAKAN ‘YA’ KEPADA PENCUCI MUKA

Jangan malas mencuci muka. Sangat penting ya untuk kita mencuci muka 2-3 kali sehari bagi memastikan tiada pengumpulan kekotoran dimuka dan minyak berlebihan yang boleh menyebabkan pori tersumbat, jerawat dan sebagainya. Pencuci muka berasaskan gel, atau foaming cleanser sangat sesuai untuk kulit berminyak. Tetapi ketika anda mencuci muka, jangan terlalu kasar atau menggunakan teknik yang kasar kerana ianya akan menghilangkan terus lembapan semulajadi dimuka dan menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan. Dapatkan pencuci muka yang bebas minyak atau berubat yang sesuai dengan kulit berminyak. Pastikan juga ianya semulajadi ya.

 

NO 2

SKRUB KULIT ANDA

Ini salah satu rutin yang sangat penting. Pengeluaran minyak yang berlebihan dimuka mendorong kepada pengumpulan sel-sel mati yang menyebabkan kulit kita tersumbat, kusam dan tidak sihat. Jadi skrub kulit anda 1-2 kali seminggu bagi membuang kekotoran dan sel mati serta memberi peluang kepada pertumbuhan kulit baru yang lebih sihat 😀

 

NO 3

MASKER MUKA SECARA MINGGUAN

Dah cuci, skrub, jangan lupa bermasker sekali seminggu. Tak perlu masker yang mahal-mahal..petua zaman nenek moyang kita juga boleh digunakan tau

  • Hancur atau tumbuk lumat pulpa betik masak, perahkan lemon dalam setengah biji; gaul rata dan kemudian sapukan pada muka dan urut dengan baik; biarkan selama 15-20 minit dan bilas dengan air sejuk. Ini dapat mengawal minyak dengan baik.
  • Kupas epal segar dan potong menjadi kepingan nipis.  Kisarkan sehingga lumat dan kemudian tambahkan2 sudu besar madu. Sapukan pada muka anda. Biarkan selama 15-20 minit dan bilas dengan air suam. Ini akan mengecilkan liang pori, mengawal minyak dan menghidrat kulit secara semulajadi

NO 4

TONER TANPA ALKOHOL

Pastikan anda menggunakan alcohol-free toner. Toner yang mengandungi air mawar juga sesuai untuk kulit berminyak.

 

NO 5

JANGAN TINGGALKAN PELEMBAP!

Ramai orang yang mempunyai kulit berminyak tak mahu mengenakan pelembap yang boleh menyebabkan kulit lebih melekit dan berminyak. Sebenarnya, penggunaan pelembap sangat penting bagi memastikan kulit kekal lembap dan terhidrat. Jika kulit dibiarkan kering tanpa pelembap, ini akan menggalakkan kelenjar sebum bagi menghasilkan lebih banyak minyak. Jadi, jangan skip ye. pastikan anda menggunakan pelembap yang bebas minyak dan berasaskan air.

 

NO 6

GUNA PELINDUNG MATAHARI YANG SESUAI

Ini satu lagi..ramai mengelak untuk menggunakan krim pelindung matahari kerana ianya boleh menyebabkan kulit rasa melekit kan? Jika anda mengelak dari menggunakan pelindung UV, ia boleh menyebabkan kulit terdedah kepada pancaran matahari secara terus dan menyebabkan pigmentasi, jeragat, jerawat, sunburn. Memang kebanyakan krim pelindung tak sesuai untuk kulit berminyak, tetapi anda boleh menggunakan krim berasaskan air. Cubalah cari..di Guardian ke, Watson ke banyak tau! 🙂

Jelas kan? Jika anda mempunyai kulit yang berminyak, pastikan anda mengamalkan 6 perkara ni ya!

Sukar cara produk yang sesuai? Ini untuk anda, adaa mudahkan dah 😀

SET ENFUSELLE UNTUK KULIT BERMINYAK

Purifying Cleansing Gel

Gel berbusa bertindak lembut untuk menyingkirkan bahan cemar, mekap dan minyak berlebihan daripada kulit anda.

  • Bahan-bahan khas serta penambahan Vitamin E menyegarkan dan melembutkan kulit
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik

Purifying Toner

Formula Tiga Tindakan Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida

 

Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit, serta menyediakannya untuk rawatan Enfuselle.

  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kemudaratan kulit akibat tindak balas dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Menyegarkan dan menghaluskan kulit dengan ekstraklikoris, ginseng dan witch hazel
  • Meminimumkan saiz liang-liang kulit
  • Membantu mengawal kilauan minyak
  • Hipoalergenik

Balancing Moisturizer

Formula Bebas Minyak untuk Menyihatkan danMenghidratkan Kulit

Formula ringan, bebas minyak dan tidak melekit berupaya mengawal rembesan sebum serta membelai kulit dengan mengimbangkan lembapan agar kulit terasa segar, licin dan berseri sepanjang hari tanpa kilauan

  • Terbukti berkesan secara klinikal
  • 146% peningkatan keanjalan kulit dalam tempoh 28 hari
  • 268% pengurangan garis-garis halus dalam tempoh 28 hari
  • 173% pengurangan kedutan dalam tempoh 28 hari
  • Membantu mengembalikan keseimbangan lipid
  • Hipoalergenik

Eye Treatment

Tiada Lagi Garis-Garis Halus dan Kedutan yang Ketara

Memperbaiki penampilan dengan khasiat nutrien dan botani khas untuk mengurangkan garis-garis halus, kedutan dan sembap.

  • Terbukti berkesan secara klinikal
  • 233% pengurangan kedutan dalam tempoh dua minggu
  • 120% peningkatan keanjalan dan ketegangan kulit dalam tempoh dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus yang ketara dalam tempoh lapan minggu
  • 32% peningkatan lembapan kulit yang berpanjangan dalam tempoh lapan minggu
  • Tona kulit yang nyata lebih sekata dalam tempoh 12 minggu
  • Botani anti penuaan dan vitamin C membekalkan manfaat yang ketara untuk kulit
  • lembut di sekitar mata
  • Sempurna untuk bahagian leher dan bibir

Hipoalergenik dan telah diuji oleh pakar oftalmologi serta selamat untuk pemakai kanta sentuh

set enfuselle ni bukan sahaja bagus untuk mengawal minyak tetapi juga membantu kulit kelihatan lebih muda dengan menghilangkan garis-garis halus dan kedutan dimuka. 2 IN 1 gitu.

berminat?

Untuk pembelian ENFUSELLE NORMAL-OILY BASIC SET atau pembelian produk secara berasingan menggunakan DEBIT/CREDIT card anda, anda boleh klik ESELL dan dapatkan secara terus 😀 (jika inginkan konsultasi percuma sebelum atau selepas pembelian boleh hubungi adaa ok?)

Untuk tutorial cara membeli secara online menggunakan ESELL klik SINI

esell

order now

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s