#THROWBACK

#THROWBACK: BOBOIBOY THE MOVIE, TERBAIK!!

Orang dah habis cuti sekolah baru nak up entry haha..takpelah yang penting kongsi gitu kan..

Jujurnya, Adaa tak minat siri boboiboy..adaa lebih suka Upin Ipin (betul,betul,betul!) sebab lebih dekat dengan kehidupan seharian kita dan banyak yang boleh dipelajari walaupun hanya dari kartun animasi. Tapi, dek kerana hero 3 orang Ibu ni..ku turutkan jua lah..no expectation..cuma nak bagi anak-anak gembira gitu. (Selagi tak tengok, selagi tu lah diorang mintak tak henti-henti..huhu)

BOBOIBOY THE MOVIE
BOBOIBOY THE MOVIE

Memandangkan Kuala Terengganu ni takda wayang..jadi ingat nak tengok di Seremban je nanti..tiba-tiba suami cadangkan tengok di Mesra Mall kerteh..menarik jugak tu..sambil jalan balik ke kampung, sambil ambil angin ..jalan-jalan santai lah sikit..kenal-kenal dengan Mesra Mall yang menjadi pujaan orang Kerteh ni 😀

takyah tiket pun..beli online dan cuma bagi booking number masa nak masuk.
takyah tiket pun..beli online dan cuma bagi booking number masa nak masuk.

Dah sampai..makan dulu..kemudian masuk wayang..wah, tiba-tiba Adaa pulak rasa teruja haha apa lagi, kasi layan dulu lah itu filem..

Secara ikhlas, walaupun bukan peminat Boboiboy, tapi Adaa bagi 5 Bintang untuk filem animasi dari Malaysia ni. Sebab apa? Bukan sahaja jalan cerita yang padat dengan aksi (dari mula sampai habis tuuuu) tetapi, lawaknya memang kelakar berbeza dengan siri nya di TV yang mana kadang-kadang macam kelaut sikit terutama si PapaZola tu hehe. Panggung riuh dengan gelak ketawa mak bapak yang menemani anak-anak..yang kanak-kanak tak yah cakap lah..nak sama bersilat dalam tu pun ada.

Dengan watak-watak baru macam Borara, Kikita (adudu jatuh cinta dengan Kikita 😛 ), Kelamkaboot dan beberapa watak lagi menjadikan filem ni lebih menarik sebab tak pernah ada sebelum ni dalam siri boboiboy kan. Siap kisah sejarah Ochobot pon diceritakan dalam filem ni..menarik! Dan yang paling menarik, Boboiboy dan kawan-kawan dah upgrade power! bukan kuasa 3 lagi dah..pecah 5, pecah 7 dah hehe nak tahu kena tengoklaa kan.

Filem yang hampir dua jam tu bagi Adaa cukup asam garamnya..ada sedih, ada kelakar, ada aksi, ada unsur persahabatan, kerjasama, cinta dan pengajaran. Pendek kata tak menyesal pergi tengok. beyond my expectation.

Bagi yang belum menonton tu, boleh lah cuba jenguk panggung berdekatan. Berbaloi bawa anak-anak.

kanak-kanak rebina yang teruja sebelum masuk panggung
kanak-kanak rebina yang teruja sebelum masuk panggung

2 3 hari lepas tu pergi tengok Zootopia..ingatkan kelakar, tetapi jalan cerita agak berat untuk kanak-kanak dan lebih serius. Berkisar tentang konspirasi, dendam..agak mendalam lah..Kalau dibuat perbandingan, Boboiboy the movie lagi best. Thumbs Up!!

Sekali sekala bawa anak masa cuti sekolah..:D

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s