REVIEW

RESTORAN WAJIB KUNJUNG DI KUALA TERENGGANU!

Perhatian warga terengganu!! Ha mari pakat-pakat dekat rapat deh..ambo nak kabo 1 mende ni. πŸ˜€

Pernah dengar tentang DEEN BURGER BAKAR DEPAN ILP GONG BADAK? belum pernah? Jom kita lihat sikit tentang kedai ni.

Biasanya orang jual burger, burger yang digoreng atau masak guna dapur gas kan? Kali ini satu pengalaman yang berbeza dengan kedai ini kerana disini anda akan dapat menikmati burger bakar yang dagingnya 100% homemade, tebal sangat-sangat, dan dibakar menggunakan arang! Jadi korang bayangkan saja lah aromanya macam mana..bak kata orang, aroma makanan dibakar dengan arang ni lebih menyelerakan..dan ya memang betul fakta tu.

MENU:DEEN BURGER BAKAR DEPAN ILP GONG BADAK
MENU:DEEN BURGER BAKAR DEPAN ILP GONG BADAK

Disini korang bukan sahaja dapat menikmati 1 jenis burger tetapi lebih 15 JENIS burger tau! Ini adaa ambil menu lama, yang baru dah ada BBQ Lamb burger lagi! Memang terbaik.

Homemade patty. Ini adalah keistimewaan deen burger bakar. Dengan rasa rempah ratus yang menyerlah dan daging burger setebal lebih 1 inci, ya sangat tebal, korang akan rasa sangat berbaloi dan sangat kenyang perut.

Taknak daging? Jangan risau semua menu boleh ditukar dengan ayam goreng/ayam bakar..ayam dia bukan kecik-kecik tau..chicken leg gitu..macam ayam dalam chicken chop yang diletak antara 2 keping roti. yummy!

Selalunya orang jual burger di gerai kan, kali ini dengan skala cafe, korang boleh dine-in tau..siap yang ada buat birthday celebration lagi kat sini tau.

Uniknya kedai ini, ianya dimulakan dengan modal yang kecil..semua dibina sendiri oleh pengusaha mereka (5 orang) daripada bahan yang dikitar semula. Kayu-kayu palet yang sudah buruk dan menjadi sampah pada orang lain, mereka ambil dan jadikan sesuatu yang digunapakai. Kerusi, meja, perabot, semua mereka buat sendiri. Jadi, jika korang nak jadi pengusaha, tak perlu modal yang besar, mereka ini dah buktikan dengan modal minima pun bolehhh.

Ketika adaa datang semalam, mood kedai cukup berbeza. Sebelum ini kedai ini masih dalam fasa 1. Al maklum, bermula dari bawah kan..jadi mereka mula dengan barangan asas..meja kerusi ..dah cukup..boleh berniaga. Dinding warna asal, tiada pengubahsuaian terhadap kedai. Semalam lepas makeover fasa 2, warna dinding, pencahayaan yang romantik, moodnya lebih berbeza..jom layan..

ENTERTAINMENT AREA:DEEN BURGER BAKAR DEPAN ILP GONG BADAK
ENTERTAINMENT AREA:DEEN BURGER BAKAR DEPAN ILP GONG BADAK

Ini bahagian entertainment :D..Kedai ni kalau korang datang, sila order dikaunter tau..nanti dapat nombor, bawak pergi meja korang dan tunggu makanan sampai ok?

DINING AREA:DEEN BURGER BAKAR DEPAN ILP GONG BADAK
DINING AREA:DEEN BURGER BAKAR DEPAN ILP GONG BADAK

Korang boleh pilih, nak duk dalam ke luar..dua-dua fefeeling romatis gitu πŸ˜€

DINING AREA:DEEN BURGER BAKAR DEPAN ILP GONG BADAK
DINING AREA:DEEN BURGER BAKAR DEPAN ILP GONG BADAK

Ini pula bahagian dalam kedai..lampu-lampu berjuntaian gitu..

ORDERING :DEEN BURGER BAKAR DEPAN ILP GONG BADAK
ORDERING :DEEN BURGER BAKAR DEPAN ILP GONG BADAK

Tempat order..datang melangkah terus je menuju ke kaunter order, pilih2 menu apa nak sanntap..ambil nombor, lepas tu boleh duduk tunggu makanan korang dibawa ke meja..senang πŸ˜€

deen 7

deen 5
DEEN BURGER BAKAR DEPAN ILP GONG BADAK

Ini antara wajah-wajah pelanggan di deen burger bakar..gambar makanan adaa tak dan nak snap banyak-banyak..nak tahu dan rasa..jomlah!

MEDIA SOSIAL:DEEN BURGER BAKAR DEPAN ILP GONG BADAK
MEDIA SOSIAL:DEEN BURGER BAKAR DEPAN ILP GONG BADAK

Kalau korang nak usha-usha lagi, boleh ke facebook diorang..lebih banyak gambar disana masa fasa 1 ada..fasa 2 pun ada..

Kalau korang datang ke Deen burger bakar Depan ILP Gong Badak ni, menu yang adaa cadangkan korang wajib cuba adalah Meatball, Da’grill Chicken, Double Mozarella burger dan DOuble Trouble. Wajib cuba ok!

Harga? Jangan risau..sangat berbaloi..kat mana lagi nak dapat makanan macam ni? HOMEMADE PATTY ok. Bakaq guna arang lagi baq hang..Tak dapat dah tempat lain..

Air pun macam-macam ada..jus, float (pilihan korang) dan air panas2 pun ada..apa lagi mau?

Kalau belum pernah berkunjung, adaa sarankan dan war-warkan pada kawan-kawan korang untuk pergi. Mungkin burger banyak merata-rata, tapi YANG INI, belum ada ok..

Bagi adaa, kedai ini bukan sekadar bawa menu baru untuk warga terengganu, tetapi contoh anak muda yang mula dari bawah..betul-betul dari bawah..sedikit demi sedikit buat sendiri sampai jadi tempat macam ni, bukan 1st day buka dah macam restoren mewah, siap semua sekali, renovate puluhan ribu..no..ini berdikit-dikit..inilah usahawan namanya. Dan Adaa yakin, kedai ini akan terus di’upgrade’ menjadi tempat yang paling best untuk korang πŸ˜€

Jangan lupa singgah ok? Tak rugi InsyaAllah πŸ˜€

~Bon apetite~

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s