SHAKLEE RELATED

HOMEMADE ICECREAM: 2 RESEPI SEMUDAH ABC :)

Biarlah dah berzaman pun orang buat, tak kira, nak jugak kongsi kat sini..

Selalu duk belek je resepi orang buat aiskrim….semalam sendiri cuba buat..ya Allah mudah amat lah rupanya!

Buat dengan anak-anak pun boleh..sebab campak2 aje..dan memandangkan adaa takda mixer, kasi guna blender saje lah..jadi jugak πŸ˜€

Jom tengok resepi

RESEPI 1

  • 1 tin susu sejat
  • 1/4tin susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanila (semalam lupa letak, tapi sedap jugok)
  • 1 sudu besar Ovalette
  • perasa yang dikehendaki (biskur oreo ke, milo ke, terpulang)

CARA-CARA

  • Hanya masukkan semuanya sekali ke dalam blender dan blend selama 10-15 minit, kalau guna mixer dalam 15-20 minit juga, kasi gebu dan berkrim gitu.
  • Tuangkan adunan dalam bekas aiskrim ke tupperware ke..dan bekukan
  • (adaa keluarkan semula selepas 3 4 jam dan blend sekali lagi supaya tekstur lebih lawa dan sebati kemudia bekukan semula)
  • Siap!

 

RESEPI 2

  • 1 liter susu berperisa (nak guna dutch lady coklat ke strawberry ke terpulang)
  • 200gram cofeemate (1 bungkus)

 

CARA-CARA

  • Campurkan keduanya dan blend sehingga sebati dan berbuih
  • Tuangkan dalam bekas dan biarkan separa beku
  • Keluarkan dan blend sekali lagi
  • Sejukbekukan dan selepas beberapa jam boleh lah dimakan

 

Senang kan? kalau nak sedap lagi boleh olah ikut kehendak masing-masing. Β Kalau nak oreo, buhlah orea yang dah hancur..nanti jadi sebijik macam McFlurry tau..sedap nye la haiiii

(sorry gambar lupa snap haha blogger amatur katakan..hasil akhir je ada)

Aiskrim milo bersama 'chocolate rice'
Aiskrim milo bersama ‘chocolate rice’

Next time nak buat aiskrim oreo lah pulak..pelangi ke kan..(pewarna banyak lagi kat rumah)..syok pulak hahaha hari-harilah makan aiskrim anak-anak oi..

Selamat mencuba!!

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ::
Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s