MY STORY

MY STORY: BETTER SUPERMOM 2016

Akhirnya, setelah lama tergendala, dapat dah update blog pagi ni 🙂

Hari ini 4 jan 2016, rasanya masih belum lewat nak ucapkan selamat tahun baru..Tahun ni bukan tahun je baru..banyak lagi benda baru..dalam tak sedar Adam dah masuk darjah 1! Eilman pun dah mula tadika (5 tahun) huhu besar dah anakku..Fahry je teman ibu kat rumah sampai tengah hari..teman bertengkar hehe

Bila anak dah mula sekolah, automatik yang hidup mak ayah ni pun kene disusun semula supaya sesuai dengan anak-anak. banyak benda perlu diubah.

ANAK 1

Dulu anak 1..bosan yang amat..rumah kecik jer..suami pegi kerja..kemas rumah, mandi anak, siapkan masak, lepas tu tak tahu nak buat apa dah..sampai akhirnya mencari kerja secara online dan memulakan perniagaan online..(konon masa berlebih sangat)

ANAK 2

Mula sibuk dengan bisnes dan rumahtangga..masa ni dah merasa sibuknya menguruskan 2 hero, dua-dua umur beza 2 tahun aje..jadi ibu pun dari selembut wanita dah mula tukar kerjaya jadi naga hehe

ANAK 3

Bila anak dah 3..umur pula beza 2 tahun semuanya, memang makin sibuk..sibuk dengan menguruskan rumah, bisnes online, keluarga..mula sibuk juga dengan Adam yang mula tadika..mula menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai ibu bapa yang ade anak yang dah sekolah tadika..urus hal penjagaan diri anak..urusan buku, pelajaran..emosi anak yang baru nak berpisah dengan ibu bapa pagi-pagi..(orang lain tadikan sampai kul 5, adam sampai pukul 1 je..lebih suka berkepit bawah ketiak haha)..

adameilman2016

Bila anak-anak dah 5 tahun duk hari-hari dengan mak ayah, satu cabaran untuk melepaskan mereka ..kita ni emosional lah jugak , anak-anak lagilah..tapi Alhamdulillah taklah terlalu susah..takdalah sampai meraung sehari..tapi cabaran untuk mereka menyesuaikan diri tu tetap ada..banyak ‘pertama kali’ nya bagi mereka. Orang lain mungkin dari kecil dah biasa dengan sosial rakan sebaya, belajar di taska..tapi macam Adam dan Eilman, dua-dua tak melalui perkara tu..pertama kali pegang pensel dan membaca pun disekolah..tapi alhamdulillah..taklah susah sangat nak ajar diorang ni..ala..biasalah..budak kecil lagi kan..masih terlalu banyak ruang untuk mereka majukan diri..kita dulu lagi lah..5 tahun duk sebok main dalam hutan lagi kihkih

Bila anak dah sekolah, ibu pun mula majukan diri menjadi supermom yang lebih super lagi. Bangun kena lagi awal..nak uruskan bekal (time rajin), uruskan baju sekolah, uruskan anak siap-siap nak gi sekolah, hantar dan ambil anak sekolah..urusan bisnes sendiri, bisnes suami..kadang-kadang bekejar sana-sini..tapi tulah..kata super..kene jadi super sungguh laa..tetiba pandai buat bekal anak haha tiba-tiba kena jahit lencana anak, basuh baju sekolah anak dengan cucian tangan..oh lamanya kutinggalkan..

Apa pun, terimakasih Allah atas peluang ni..melahirkan, membesarkan anak-anak, menjaga keluarga..bukan semua dapat merasa. Bagi Adaa, tahun 2015 sehingga kini amat mencabar jiwa dan emosi juga fizikal. Dengan kesihatan yang terbatas, tugasan yang makin bertambah..adaa anggap ini satu ujian menguatkan diri dari Allah. Yang penting, jangan putus asa dan sentiasa dapatkan sokongan atau bantuan. super pon adakalanya down jugak ye tak?

Ibu-ibu diluar sana, jom jadi supermom yang hebat!

#supermom2016

 

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s