BREASTFEEDING · TIPS

5 TIPS BERCERAI SUSU BADAN

Bulan ni Fahry dan masuk 2 tahun 5 bulan dan rasanya dah cukup lama fahry menyusu badan. Masa Adam dulu adaa tak menghadapi masalah wean-off ni sebab dia susu botol, tapi tu pun dia berhenti susu botol sekitar umur 2 tahun dengan sendiri.

FAHRY DAH BESAR!
FAHRY DAH BESAR!

Anak kedua, Eilman juga sempat adaa susukan sehingga hampir dua tahun dan nak bercerai susu tak susah sangat sebab masa tu dah mengandungkan fahry dan susu dengan sendirinya dah berkurang..jadi dia sendiri dah taknak menyusu..dia dah terbiasa dengan minum susu segar dan pernah juga minum susu formula walaupun sekejap.

Dengan fahry, situasi agak berbeza..fahry sangat mudah disusukan sejak dari hari pertama lahir lagi dan adaa tak menghadapi apa masalah langsung dalam proses penyusuan fahry. Berbeza dengan Eilman, segalanya adaa rasa..mastitis, demam panas, berdarah, bernanah, luka, bengkak..sebutkan aja..Dengan Fahry mengigit pun langsung tak pernah.

Jadi proses bercerai susu kali ini lebih sukar..13 dec 2015, mula fikir nak bercerai susu..hati rasa berat sebab fahry dah terlalu lama menyusu dengan ibu..sedih dan kesian..tapi dah sampai waktu untuk mula perlahan-lahan kan..

Percubaan pertama, letak minyak gamat..dia tak suka baunya..”susu ibu rosak” hehe jadi sebelah siang berjaya dialihkan perhatian. Bila malam nak tidur, dia mula minta dan adaa tak pernah terbayang akan jadi sesedih ini..dia seolah-olah hilang punca..menangis meraung mencari abahnya untuk bermanja-manja dan di’comfort’kan. Fahry menangis, ibu pun sedih..sampai fahry tertidur sendiri..ibu pun nangis..huhu

Tapi itulah kan..hati kena kuat..dan yang penting, jangan dipaksa..mulakan perlahan-lahan..mungkin silap juga adaa tak bagi masa nak tido..sepatutnya dimulakan secara perlahan-lahan..mungkin ambil masa berminggu, atau 6 bulan maksimum..itu perkara biasa..

Jangan dihirau kata-kata orang lain

”dah besar pun nak menyusu lagi?”

”susu lepas 2 tahun nanti jadi darah..ko nak bagi anak hisap darah?”

”susu lama-lama nanti anak jadi tak pandai”

takdanya..itu semua mitos..Allah jadikan susu ibu sebaik-baik susu untuk anak kita kan..jadi fahamilah kita cuma perlukan masa untuk proses penceraian susu ini dan utamakan emosi kita dan anak kita.

Ini adaa kongsikan 5 tips untuk panduan bersama:

KURANGKAN KEKERAPAN PENYUSUAN

  • Jangan berhenti secara mendadak. Ini akan menggangu emosi anak dan kita juga rasa tak selesa dengan bengkak susu dan sebagainya.
  • Kurangkan sesi penyusuan secara sedikit demi sedikit. Contohnya 1 sesi setiap minggu. minggu ni 7 sesi, minggu depan cuba kurangkan kepada 6 sesi dan seterusnya.
  • Berikan anak kita makanan gantian seperti yogurt, susu segar, susu soya atau sebarang makanan tinggi kalsium
  • Pastikan anak kita kenyang supaya waktu penyusuan tidak terlalu lama
  • Alihkan perhatian anak dengan aktiviti lain seperti bermain dan sebagainya. Mungkin ambil masa tetapi tak mengapa.
  • Jangan tergesa-gesa menghentikan penyusuan pada waktu malam dan jangan menawarkan susu jika tidak diminta, jangan menolak jika dia minta.

TERANGKAN KEPADA ANAK SEBAB BERCERAI SUSU

  • Walaupun anak tu baru 2 tahun, 3 tahun tapi dia dah boleh faham apa yang kita katakan.
  • Terangkan yang dia hanya boleh menyusu waktu malam contohnya. Atau ibu sakit, terangkan dan jangan marah.

 

MEMBERHENTIKAN PENYUSUAN PADA WAKTU MALAM

  • Ini mungkin mengambil masa sedikit tapi sabar jelah :D. Sebolehnya kita elakkan penyusuan sebagai langkah untuk menidurkan anak. Gantikan dengan dodoi, zikir, menggosok belakang anak, atau membaca.
  • Jika anak tetap mahu menyusu, menyusukan anak ditempat lain dan bukan ditempat kegemaran dia. Kadang-kadang, dah jadi tabiat pantang nampak kita ditempat tertentu, mesti nak menyusu kan..jadi lakukan benda diluar kebiasaan.
  • Jika anak nak menyusu pada waktu malam, boleh minta tolong suami dodoikan, atau beri susu perahan kita.

 

KURANGKAN BENGKAK SUSU

  • Ini penting. Jangan kerana nak bercerai susu, kita pula sakit dek bengkak susu, demam panas, atau lebih teruk, mastitis.
  • Elakkan makan makanan penambah susu buat seketika. Dan jika menghadapi bengkak susu, tuam dengan air panas atau mandi dengan pancuran air panas sambil urut payudara untuk mengurangkan bengkak
  • Gunakan sayur kobis untuk mengurangkan bengkak dan susu. Letakkan helaian kobis diantara payudara dan bra. Biarkan 20 minit dan lakukan 2 kali sehari.

 

PERUBAHAN TINGKAH LAKU

  • Selama anak kita menyusu dengan kita, dia dah terbiasa rapat dengan kita. Begitu juga siibu..sebab tu rasa sedih jika anak menangis nak susu kan?
  • sebagai ganti, lebihkan belaian, layanan. Dia mungkin menjadi lebih nakal, cuba menarik perhatian, bersabarlah dan jangan dimarahi. Dia dan kita sama-sama mengalami perubahan emosi jadi lebihkan doa dan bersabar.

Semoga tips ini berguna buat ibu-ibu diluar sana. Yang penting jangan terburu-buru..jangan rasa pelik anak menyusu lama sangat..itu biasa..fahamkan mereka yang mereka perlu berhenti menyusu badan. Berikan ganti..adaa selalu bagi susu segar  dan vitamin yang sesuai..tak kisahlah brand apa pun..janji pastikan semulajadi dan berikan khasiat yang mereka perlukan ok?

~PENYUSUAN SATU IKATAN ISTIMEWA~

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ::
Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s