TIPS

3 PETUA MENCANTIKKAN RAMBUT

Petang-petang ni datang pulak mood nak mengisi blog ni..Selalu adaa bercerita tentang petua vitamin kan, kali ni kita cuba petua tradisional pulak lah ya..Menarik juga 😀

1.RAMBUT GUGUR & NIPIS

BUAH KERAS
BUAH KERAS

Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga kekuningan. Setelah itu tumbukkan buah keras tersebut dan campurkan dengan minyak kelapa. Setiap pagi sebelum mandi tu kan, sapukan minyak tersebut pada rambut dan kulit kepala. Biarkan dalam 30 minit kemudian cuci seperti biasa. Amalkan 2 kali seminggu ok?

  1. RAMBUT BERUBAN
LENDIR LIDAH BUAYA
LENDIR LIDAH BUAYA

Semua orang pasti nak elak cepat beruban kan? pelik juga kalau umur baru 20 tahun tapi rambut dah putih ye tak? Nak elakkan boleh cuba cara ni ye. Campurkan minyak kelapa, lendir daun lidah buaya dan perahan limau nipis. Gaul rata, kemudian sapu pada kulit kepala dan biarkan dalam 30 minit. Kemudian bolehlah dicuci seperti biasa. Amalkan 3 kali seminggu.

  1. RAMBUT LEMBUT BERSINAR

Jika anda bercadang untuk mencuci rambut anda pada keesokan hari, malam sebelum tidur boleh sapukan minyak bijan pada rambut anda. Esok bangun pagi-pagi, cuci rambut dengan syampu yang sesuai. Sesudah itu sapukan minyak zaitun atau minyak bayi. Jika anda berambut lurus bolehlah disikat terus, jika rambut kerinting biarkan seketika sebelum menyikat rambut anda. Pasti rambut lebih mudah disikat dan lebih lembut!

Senang aja kan petua ni..bahan pun semua senang diperolehi..apa lagi? Sila lah cubaa 😀

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ::
Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s