#KORANGTAUTAK · ALFALFA · GARLIC COMPLEX

#KORANG TAU TAK: TOKSIN PUNCA BERAT BADAN BERTAMBAH

Toksin boleh menyebabkan berat badan bertambah? Betul ke? Toksin ni  terdiri daripada dua jenis, iaitu toksin dari luar (Eksotoksin) iaitu disebabkan oleh makanan yang diproses seperti burger,makanan yang mengandungi pengawet, makanan yang dipanggang dan racun kimia atau racun serangga.Selain itu, penggunaan kosmetik juga turut menyumbang kepada toksin luaran ini, selain bahan kimia untuk penggunaan domestic seperti sabun basuh, bahan peluntur, bahan pewarna dan sebagainya. Manakala toksin kedua, dikenali sebagai toksin dalaman (Endotoksin) yang berpunca daripada gangguan emosi, stress, dan kotoran yang tersumbat dalam usus.

Setiap hari tanpa kita sedar, kita terdedah dengan pelbagai toksin tak kiralah dari dalam atau luar dan dah bertahun-tahun kan? Toksin pastinya racun dalam tubuh yang wajib kita singkirkan kerana boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan salah satunya penambahan berat badan. Tapi bagaimana pula ianya boleh menyebabkan kegemukan?

Toksin memusnahkan keseimbangan hormon dan sering bertindak sebagai pengganggu endokrin (bahan yang boleh menggangu fungsi hormon). Toksin boleh didapati di banyak tempat di rumah kita dan mengganggu aktiviti hormon melalui pelbagai cara. Ia boleh meningkatkan, mengurangkan atau mengubah aktiviti hormon dengan cara meniru, menyekat, mengubah jumlah hormon yang dihasilkan atau menukar kelajuan hormon ini berfungsi. Hormon yang paling banyak mendapat kesan dari toksin ini ialah estrogen, tiroid, testosteron, kortisol dan insulin. Tetapi oleh kerana hormon dalam tubuh manusia saling terkait rapat, jadi, satu masalah pada hormone tertentu boleh memberi kesan kepada hormon yang lain.

 

Ini ialah beberapa toksin yang patut kita ketahui dan fahami bagaimana ia boleh menyebabkan pertambahan berat badan:

 

Phthalates – Terdapat dalam pewangi penyegar udara, lilin, bahan pencuci dan produk kecantikan. Bahan toksin ini boleh mengurangkan testosteron dan bagi perempuan pula ianya boleh menyebabkan pengurangan jisim otot yang menyumbang kepada pertambahan berat badan.

Bisphenol A atau BPA – Terdapat terutamanya dalam lapisan tin dan botol plastik, boleh meningkatkan estrogen serta tahap insulin. Insulin berlebihan dalam badan boleh mendorong kepada terjadinya rintangan insulin atau ‘insulin resistance’ dan menyebabkan badan gagal menggunakan gula dalam darah dengan betul.

Racun perosak – Penanaman sayur terutamanya banyak menggunakan pestisid dan akhirnya terdapat pada makanan dan minuman kita dan apabila dimakan, akan masuk kedalam tubuh kita.  Ramai penyelidik percaya bahawa racun perosak dalam makanan seharian kita boleh meningkatkan terjadinya rintangan insulin, sindrom metabolik, kencing manis dan obesiti.

Pemanis tiruan – Pemanis tiruan adalah lebih teruk daripada gula kerana ia adalah bahan kimia buatan manusia dan dikaitkan dengan pelbagai kesan sampingan termasuklah tiroid (yang boleh menyumbang untuk penambahan berat badan).

Sirap jagung tinggi fruktosa – Sirap jagung boleh menyebabkan perubahan di dalam hati dengan meningkatkan kadar penyerapan fruktosa dan gula seterusnya menyebabkan hati kita sentiasa ingin lebih gula. Proses ini mempercepatkan terjadinya rintangan insulin dan obesiti, dan ia juga  menyebabkan rintangan hormon leptin, yang membantu mengawal selera makan.

Gula halus dan karbohidrat – Makanan ini cepat diserap ke dalam aliran darah menyebabkan peningkatan gula secara mendadak dalam darah dan permintaan yang tinggi untuk insulin. Semasa proses penapisan, bijirin kehilangan serat, vitamin dan mineral, jadi yang tinggal hanyalah makanan yang mempunyai nilai zat pemakanan yang minimum.

 

Ramai orang yang mempunyai tahap toksin yang tinggi di dalam badan mereka adalah obese. Ini kerana toksin disimpan dalam sel-sel lemak dan semakin banyak toksin dalam badan, semakin banyak ‘tempat simpanan’ diperlukan dan inilah yang menyebabkan seseorang itu semakin obese.

Pastikan kita sentiasa menyahtoksin tubuh kita. Cara paling mudah adalah dengan memastikan pengambilan air masak yang mencukupi setiap hari.

Adakah set detox shaklee?

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s