#CADANGAN DAN SET RAWATAN · #KORANGTAUTAK · #MASALAH KESIHATAN

#KORANG TAU TAK: 10 MAKANAN TERBAIK KETIKA HAMIL

Adakah seseorang ibu perlu menukar cara pemakanan ketika hamil? Sekiranya anda memang mengamalkan pemakanan sihat, tiada masalah. Tetapi sekiranya anda makan ‘ikut suka’ mungkin kehamilan adalah waktu terbaik untuk anda mula berubah dan mengamalkan pola pemakanan yang baik dan teratur. Ini bukan sahaja bagus untuk diri anda tetapi juga untuk kandungan anda. Malah ianya boleh diamalkan selepas bersalin dan setiap hari sampai bila-bila!

Ada banyak makanan diluar sana tetapi tak tahu mana yang terbaik ketika hamil? Adaa kongsikan 10 makanan terbaik ok?

1

YOGURT

Sedapnya! Yogurt kaya dengan kalsium dan probiotik yang sangat diperlukan oleh si ibu. Ia juga membekalkan keperluan kalsium bagi bayi dalam kandungan untuk tumbesaran tulang, gigi yang kuat. Yogurt juga boleh membantu menghilangkan rasa mual tau 😀

2

TELUR

Telur kaya dengan Vitamin A, protein dan zat besi. Bukan sahaja sedap, malah berkhasiat untuk anda. Tetapi perlu dimasak sehingga 100% ya, bukan setengah masak atau mentah. Ini bagi mengelakkan bakteria jahat mencemari rahim dan bayi anda.

3

KEKACANG DAN BIJIRIN

Kacang seperti badam, gajus sangat enak dimakan. Ianya bukan sahaja berkhasiat malah sangat bagus bagi ibu mengandung kerana kaya dengan serat, vitamin E dan magnesium. Snek yang bagus tetapi kurangkan kacang yang dah disaluti garam ya.

4

KUBIS DAN BAYAM

Ini antara sayur kegemaran adaa. Kubis dan bayam mengandungi kalsium, serat, asid folik, dan Vitamin A yang sangat penting bagi perkembangan janin. Apa juga cara masakan anda, cuba untuk gunakan sayuran ini sebaiknya. Adaa suka sup-sup ..senang dan sedap.

5

IKAN SALMON

Ikan salmon mengandungi Omega 3 yang tinggi! Omega 3 sangat penting dalam pembentukan dan perkembangan otak serta anggota tubuh bayi. (semalam baru buat kari salmon, sedap ikan ni (:  )

6

BUAH BERI

Buah beri tak kisahlah strawberi, beri biru, beri hitam asalkan beri mengandungi antioksidan dan serat yang tinggi. Bagus untuk mengelakkan ibu daripada sembelit ketika hamil, melancarkan pencernaan. Snek yang bagus juga!

7

AVOCADO

Avocado memang terkenal dengan khasiatnya yang tinggi. Ianya mengandungi postasium, asid folik dan lemak baik yang sangat diperlukan oleh si ibu. sekiranya ibu ingin menurunkan berat badan setelah melahirkan anak, avocado sesuai dijadikan smoothie atau salad kerana ianya sangat mengenyangkan.

8

UBI KELEDEK (sweet potato)

Ubi mengandungi vitamin A dan Vitamin E yang membantu memelihara kelembutan kulit ibu dan menjaga kesihatan penglihatan. Boleh dimakan dalam apa juga cara, kerepek, ubi goreng atau rebus.

9

DAGING

Daging yang tidak berlemak sangat kaya dengan protein, zat besi dan Vitamin B12. Ianya sangat diperukan oleh ibu yang sedang hamil bagi membantu perkembangan bayi.

10

KACANG & LENTIL

Kacang dan lentil kaya dengan zat besi, protein, magnesium dan zink yang sangat diperlukan oleh ibu hamil. anda boleh mencampurkannya dalam sup ayam,  kari atau ditumis. cubalah!

Inilah antara 10 makanan terbaik bukan sahaja buat ibu mengandung, yang tak mengandung pun boleh amalkan kerana khasiatnya yang tersendiri. Jadi, untuk kesihatan yang baik, amalkan pemakanan yang baik ya. Dan ingat, kuantiti dan kualiti sentiasa penting!

 

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ::
Advertisements

4 thoughts on “#KORANG TAU TAK: 10 MAKANAN TERBAIK KETIKA HAMIL

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s