#CADANGAN DAN SET RAWATAN · #MASALAH KESIHATAN

MENURUNKAN BERAT DENGAN LOBAK MERAH, ALMOND DAN PISANG? MITOS ATAU FAKTA?

Mungkin ramai penggemar pisang, lobak merah dan kacang almond diluar sana kan? Tahu kah anda makanan tersebut boleh membantu menurunkan berat? Betul ke? bukan lagi menggemukkan? Ini mitos ke atau benar-benar fakta yang boleh diguna pakai? Nanti kang lagi bertambah berat badan, siapa salah? hehe

 

PISANG

Pisang merupakan antara buah-buahan yang cukup digemari oleh semua. Ia sarat dengan kalium, iaitu antara mineral terpenting untuk tubuh kita. Pisang sangat sesuai dijadikan makanan ketika diet kerana selain mengenyangkan, ianya juga mudah dibawa, dibawa kemana sahaja. Walaupun pisang mempunyai rendah kalori dan lemak, tetapi tidak bermakna ia juga tinggi fiber. Fiber adalah nutrien penting jika anda sedang berdiet , kerana ia membantu anda berasa lebih kenyang, kenyang lebih lama dan menghalang anda makan berlebihan pada waktu makan yang seterusnya. Kesimpulannya, pisang adalah pilihan yang baik jika anda sedang berdiet kerana ianya rendah kalori dan lemak.

 

LOBAK MERAH

Lobak merah adalah pilihan yang tepat jika anda cuba untuk menurunkan berat badan. Lobak merah bukan sahaja penuh dengan vitamin, mineral, dan antioksidan, tetapi ia juga mempunyai kandungan air yang tinggi yang membantu anda untuk berasa lebih kenyang. Di samping itu , lobak merah mengandungi serat yang sangat tinggi, dimana ianya amat penting dalam penurunan berat badan yang sihat. Serat didalam lobak merah adalah jenis serat yang dicerna perlahan. Ini bermakna serat dalam lobak merah ini melalui ‘slow digestion’ dan mengambil masa yang lama untuk meninggalkan perut, dan oleh itu membantu membuat anda berasa kenyang dengan lebih lama. Di samping itu, serat yang terdapat dalam lobak merah telah didapati berkesan dalam rawatan dan pencegahan pelbagai masalah kesihatan , termasuk penyakit kardiovaskular , strok, dan beberapa jenis kanser , termasuk kanser kolon.

 

KACANG ALMOND (BADAM)

Badam merupakan satu lagi pilihan yang terbaik jika anda cuba untuk menurunkan berat badan. Seperti lobak merah , badam mengandungi jumlah serat yang tinggi – terutamanya pada kulit badam . Jadi apabila memilih badam, pastikan anda memilih badam yang masih mempuyai kulitnya. Selain itu, walaupun badam mengandungi jumlah lemak yang agak tinggi, jangan risau kerana ianya adalah lemak “sihat”. Lemak sihat ini tidak seperti lemak tepu dan lemak trans yang dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular , strok, dan kematian. Malah, lemak yang sihat ini sebenarnya boleh membantu mencegah sesetengah keadaan kronik daripada berlaku. Apabila memilih badam, pastikan anda memilih badam yang belum diproses dan semulajadi – ini bermakna mentah dan tanpa garam ditambah atau bahan tambahan

Kesimpulannya, ketiga-tiga makanan ini memang membantu dalam penurunan berat badan dan ianya bukan sekadar mitos. Ketiga-tiga makanan ini bukan sahaja sedap, malah ianya mudah dibawa kemana sahaja. Tetapi perlu diingatkan ya, walaupun ianya membantu dalam penurunan berat badan, ini tidak bermakna anda boleh mengambilnya sebagai ganti sarapan, makan tengahhari atau makan malam. Pemakanan seimbang tetap perlu diamalkan dan ambil makanan yang dinyatakan diatas sebagai snek yang sihat dalam proses penurunan berat badan anda.

Selamat mencuba!

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ::
Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s