#CADANGAN DAN SET RAWATAN · PERFORMANCE DRINK

KESAN JEREBU TERHADAP KESIHATAN & CARA MENCEGAH

Semalam banyak info terbaru tentang jerebu semakin teruk katanya. Udara pun dah warna lain..macam hidup dalam asap bakar sampah pulak kan..

Ini kita yang kat Malaysia rasa..orang yang kat Indonesia tu tak tahulah macam mana huhu

Apakah jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-terapung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ia boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Jerebu boleh menyebabkan pelbagai kesan negatif terhadap kesihatan tapi apakah bahan dalam jerebu yang menyebabkan terjadinya kondisi tersebut?

Bahan utama pencemar udara semasa jerebu termasuk:

  • Bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter
  • Ozon
  • Gas karbon monoksida
  • Gas nitrogen dioksida
  • Sulfur dioksida

Kita boleh lihat ya, terdapat pelbagai gas berbahaya serta bahan pencemar yang boleh mengganggu kesihatan kita. Dan ianya tidak sama disetiap tempat bergantung kepada tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) dikawasan tersebut.

Nilai IPU Status
0-50 Baik
51-100 Sederhana
101-200 Tidak sihat
201-300 Sangat tidak sihat
301-500 Berbahaya

Kita boleh jadikan ini sebagai panduan untuk mengetahui sejauh mana teruknya udara dikawasan yang kita diami. Jangan ambil ringan ya kerana jerebu ni berbahaya kepada kesihatan

 

Siapakah yang berisiko tinggi untuk mendapat kesan daripada jerebu?

  1.   Kanak-Kanak
  2. Orang tua
  3. Mereka yang mengalami penyakit asma
  4. Bronkitis
  5. Radang paru-paru
  6. Penyakit paru-paru yang kronik
  7. Alahan
  8. Jantung
  9. Perokok
  10. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah

Kesan jerebu boleh terjadi kepada semua orang, bukan lah golongan yang Adaa senaraikan diatas sahaja. Tetapi mereka diatas lebih berisiko tinggi memandangkan sudah ada penyakit sebelum kejadian jerebu lagi.

 

Apakah kesan jerebu terhadap kesihatan?

  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair
  • Hidung berair dan kerap bersin
  • Kulit badan terasa gatal-gatal
  • Terasa sakit dada
  • Serangan jantung
  • Gatal–gatal pada tekak
  • Gatal–gatal pada mata
  • Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan

Semalam kulit anak-anak dah jadi gatal-gatal..kesian budak-budak kan..walaupun di Terengganu ni belum seteruk Selangor, tapi kesannya sudah boleh dilihat.

 

Apa yang boleh dilakukan bagi mencegah keadaan ini?

1. Mereka yang mengalami penyakit –penyakit seperti berikut batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

2. Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.

3. Penutup hidung dan mulut (mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenal pasti sebagai kumpulan yang berisiko tinggi.

4. Sejauh yang boleh orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.

5. Kurangkan aktiviti –aktiviti di luar rumah seperti sukan.

6. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

7. Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki kenderaan anda.

8. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)

9. Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya, mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut.

Kalau dah teruk sangat pindah sekejap hehehe

Dalam keadaan macam ni anak-anak yang umur 4 tahun pun dah tahu takut..takut kalau pintu tingkat terbuka luas, takut kalau tak minum banyak air masak..(pengaruh upin ipin..bagus hehe). badan kena sentiasa hidrat kalau tak mulalah sakit tekak, kulit gatal..

Ada orang sebelum ni jarang minum banyak air, bila disuruh minum sampai 3 liter sehari rasa satu benda yang susah. Jadi, ini alternatif bagi anda:

1073052_555716524464475_1472107067_o

PERFORMANCE DRINK
PERFORMANCE DRINK

Bagaimana ianya dapat membantu?

Penghidratan lebih cepat berbanding air (Oren)

Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh.  Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan mebekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.

  • OptiCarb®pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan.
  • Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan.*
  • Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.

Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Ujian klinikal membuktikan rumusan ekslusif OptiCarb yang sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bedalir dalam tubuh. Berbanding dengan minuman sukan yang lain, Performance Drink mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.

Apa kaitan minuman ATLIT BERKELAS DUNIA dengan JEREBU?

Air ini membantu pengaliran bendalir dan elektrolit dalam tubuh menyebabkan kita kekal hidrat. Atlit atau tidak, kita semua memerlukan air supaya sistem tubuh dapat berjalan lancar dan terhindar dari penyakit. Tubuh paling mudah ternyahhidrat ketika kita berada dalam situasi ekstrem seperti bersukan. Jadi, minuman ini telah diformulasi khas untuk keadaan tersebut dan dah beribu atlit dunia menggunakannya. Tak percaya boleh lihat disini. Anda pasti tidak menyangka betapa hebatnya air ini. Malah jelajah kayuhan dan aktiviti kecergasan diMAlaysia ini juga banyak yang telah mendapat tajaan dari Shaklee untuk memberikan Perfromance Drink kepada mereka bagi merasai sendiri pengalaman atlit terdahulu.

Jadi, dalam keadaan jerebu teruk ni, badan mudah terdedah kepada penyakit dan ternyahhidrat, elok sangat diamalkan performance drink ini.

Rasa apa? Rasa oren yang sangat segar!

*Adaa buat satu jug, sejukkan dan nikmati bersama keluarga masa makan. Memang menyegarkan!

Jom sama-sama jaga kesihatan ok?

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s