#KORANGTAUTAK

MAAL HIJRAH 1437: TITIK PERUBAHAN YANG TEPAT

MAAL HIJRAH 1437
MAAL HIJRAH 1437

Syukur Alhamdulillah umur masih dipanjangkan untuk bertemu tahun baru hari ini..Ramai orang melaungkan lagu MAAL HIJRAH..selamat tahun baru, tetapi sebenarnya ia membawa pengertian yang lebih besar..yang BESAR.

SEJARAH NABI MUHAMMAD BERHIJRAH

Hijrah Baginda bukan sekadar berpindah suka-suka ..bukan juga sebab dah bosan dengan Mekah..tetapi disaat semua pintu dakwah di Mekah sudah tertutup, umat Islam diancam dan dibunuh..maka inilah saatnya Baginda memulakan fasa penghidupan yang baru.

Hijrah Baginda bukan membawa baju, kain, makanan..tetapi lebih dari itu..Baginda membawa satu fahaman/agama yang pada ketika itu terlalu asing untuk diterima sehingga Baginda dikecam hebat di Mekah walaupun dari golongan kaum keluarga Baginda sendiri. Malah kecaman terhebat datangnya dari bapa saudara Baginda..sulit kan?

Jadi Baginda memulakan penghijrahan, perpindahan serta perubahan yang besar ke Madinah. Hal ini bukan sahaja memberi kesan kepada masyarakat Madinah tetapi terhadap sejarah Islam ..besar..terlalu besar kalau difikirkan..

Adakah kita mampu membawa perubahan seperti Baginda? Tinggalkan segala kemewahan demi Allah..demi memperjuangkan Islam..serta membawa keamanan sejagat kepada masyarakat Madinah ketika itu?

BERSEDIAKAH KITA UNTUK BERHIJRAH?

Jika nak tinggalkan rumah untuk kerja di tempat lain pun berat..nak meluangkan masa untuk beribadah juga berat..itu tandanya hati kita belum sedia berhijrah..

Baginda dulu hijrah hati, hijrah tempat tinggal, hijrah saudara, hijrah segalanya demi Allah..satu-satunya Tuhan sekalian alam. Kita? bagaimana?  Apa yang kita utamakan? Dimanakah tempat Allah dalam hidup kita?

Manusia perlu berubah demi kebaikan..bukanlah dalam satu malam, tetapi kita perlu menambahbaik nilai hidup kita sedikit demi sedikit..usaha kearah perubahan yang sebenar..

Berubah memang bukan mudah..tengok sahaja arus air..bukan mudah nak diubah haluan..tetapi tidaklah mustahil..dengan kemahuan diri..Allah akan bantu permudahkan..pokok pangkalnya dari hati sendiri.

Tahun ini sudah tahun 1437Hijrah.. Sudah sediakah kita untuk melakukan perubahan? Manfaati masa ini..jadikan ini titik permulaan kepada sesuatu yang baru. Tidak perlu berubah secara drastik..perubahan kecil juga cukup bermakna asalkan berterusan..

Moga Allah memberkati usaha kita 😀

Salam Maal Hijrah buat semua..

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s