#CADANGAN DAN SET RAWATAN · #MASALAH KESIHATAN

CARA MENANGANI MASALAH ANGIN / ASID REFLUKS

Dalam entry adaa sebelum ni  AKU & ANGIN: PUNCA & SIMPTOM ANGIN DALAM BADAN adaa ada kongsikan tentang punca, dan simptom masalah angin. Lepas entry tersebut ditulis, adaa telah dihubungi oleh beberapa orang yang mengalami masalah yang sama.

Masalah angin ni ada pelbagai jenis..ada yang biasa, ada yang kronik dan ada yang tengah-tengah. Ada orang yang dah mengalami masalah angin bertahun lamanya tetapi masih tak tahu cara mengubati. Sebagai contoh, masalah GERD/asid refluks. Tak semua orang tahu apa itu GERD..adaa sendiri tak tahu pada mulanya..kalau diperhatikan, simptom GERD ni macam kena serangan jantung! ye memang mencemaskan.

APA ITU GERD?

GERD
GERD

GERD adalah keadaan apabila kandungan asid gastrik dalam perut tertolak ke atas memasuki saluran esofagus atau kerongkong. Aliran songsang atau refluks asid gastrik inilah yang membuatkan seseorang mengalami pedih ulu hati, mulut terasa masam, loya dan tidak selesa.

Menurut kajian yang dilakukan di seluruh Asia baru-baru ini tentang kesan GERD terhadap mutu kehidupan, anggaran 60 peratus penghidapnya merasa tidak sihat, mengelak daripada makan sesetengah jenis makanan dan minuman, merasa letih dan khuatir disebabkan simptom GERD, manakala 50 peratus lagi terjaga daripada tidur sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sebulan akibat simptom penyakit.

Gangguan tidur ternyata mengganggu produktiviti dan waktu santai pesakit, dengan lebih 60 peratus melaporkan kesan yang besar dan sederhana terhadap kerja dan waktu rehat mereka.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0101&pub=utusan_malaysia&sec=kesihatan&pg=kn_01.htm#ixzz3oQtu3eAv

Masa adaa mula-mula kena serangan pertama..adaa agak panik..berkejar ke hospital dengan ambulan..yelah orang tak pernah sakit teruk..mau tak cemas..setelah diperiksa, ECG, scan, ujian darah, tekanan darah semuanya normal. Jadi itu dah ‘rule out’ penyakit-penyakit bahaya dan pastinya bukan masalah serangan jantung..cuma ketika itu adaa cuma dirawat sebagai pesakit gastrik. Yang peliknya adaa takda gastrik pun.

Setelah seminggu ambil ubat gastrik, simptom tak berkurangan..badan terlalu lemah..emosi memang terganggu..terlantar tak boleh nak buat apa..seksa! sesak nafas, sakit dada..Adaa tak tahan lagi, adaa ke klinik terdekat. Adaa ceritakan segalanya dari A-Z..termasuklah tiada sakit diperut, pedih perut, tak kentut, cuma sendawa yang berlebihan, sakit kepala dan sebagainya.

Doktor pasti yang adaa tiada masalah jantung, dan tiada masalah tiroid. Dan dengan segera dia kata ‘ini gerd ni’ ..doktor cukup pasti kerana dia dah ada pengalaman dengan ayahnya sendiri 8 tahun lepas dan beberapa orang pesakit yang dah menderita masalah angin ini yang diingatkan angin biasa tapi dah bertahun tak hilang. Jangan ambil remeh ya, masalah angin ni mengganggu kualiti hidup..setiap saat terasa sesak, terganggu..fikiran, emosi, kesihatan…sebab tu orang cina cukup jaga bab-bab masalah angin ni. Alhamdulillah, adaa jumpa doktor yang bagus dan dia mula berikan adaa ubat selama 6 minggu. 

RAWATAN GERD

Syukur selepas 6 minggu bersama ubat (adaa juga ambil suplemen dan jamu) kesihatan adaa 97% kembali normal..lagi 3% adaa cuba kawal melalui cara pemakanan..study body sendiri..apa yang menyebabkan simptom datang..contoh pedas yang melampau, makan terlalu banyak atau lewat makan..setakat ini itu sahaja..tapi itu pun jika angin datang kembali, adaa cuma minum air panas dengan suplemen..jika rasa agak teruk, adaa standby ubat..kalau rasa perlu, makan, kalau tak cukup dengan cara semulajadi seperti ambil peppermint Ginger ke, minum air panas ke. Yang paling penting, ubah cara pemakanan kita supaya perut lebih selesa dan tidak menyebabkan penghasilan asid perut secara berlebihan sehingga menimbulkan simtom gerd.

  1. ANTASID

Antasid adalah ubat pertama yang selalu dicadangkan untuk mengurangkan rasa pedih hulu hati dan simptom-simptom GERD yang lain. Terdapat banyak jenama di pasaran yang menggunakan kombinasi tiga garam asas iaitu magnesium, kalsium dan aluminium bersama dengan ion-ion hidroksida atau bikarbonat untuk meneutralkan asid di dalam perut.

Walaubagaimanapun, antasid mempunyai beberapa kesan sampingan. Garam magnesium boleh mengakibatkan cirit-birit sementara garam aluminium boleh menyebabkan sembelit. Garam-garam aluminium dan magnesium sering digabungkan di dalam satu produk untuk mengimbangkan kesan-kesan tersebut.

Antasid kalsium karbonat juga merupakan sumber tambahan kalsium. Tetapi, ia juga boleh menyebabkan sembelit. Agen ‘foaming’ pula bertindak dengan melapisi kandungan perut anda dengan buih untuk menghalang refluks asid.

2.PENYEKAT H2

Penyekat H2 (H2 Antagonist) seperti cimetidine, famotidine, nizatidine, dan ranitidine boleh mengurangkan asid daripada terhasil. Ianya terdapat secara preskripsi dan juga di kaunter. Ubat-ubatan ini memberi kelegaan secara sementara dan hanya berkesan pada separuh daripada mereka yang mempunyai simptom-simptom GERD.

3. PERENCAT PAM PROTON

Perencat pam proton (Proton Pump Inhibitor) termasuklah omeprazole, lansoprazole, pantoprazole, rabeprazole dan esomeprazole boleh didapati secara preskripsi. Perencat pam proton adalah lebih berkesan daripada penyekat H2 dan ianya boleh mengurangkan simptom-simptom dan menyembuhkan keradangan lapisan esofagus (oesophagitis) yang dialami oleh pesakit yang menghidapi GERD.

4. PROKINETICS

Prokinetics membantu menguatkan sfinkter (pencerut) esofagus (LES) dan mengosongkan perut dengan lebih cepat. Ubat-ubatan ini termasuklah Itopride dan metoclopramide. Metoclopramide juga memulihkan pergerakan otot di dalam salur penghadaman.

Namun, Prokinetics kerap mempunyai kesan sampingan di mana ia akan mengehadkan keberkesanannya seperti rasa letih, mengantuk, runsing dan masalah dengan pergerakan fizikal. Disebabkan ubat-ubatan bertindak dalam cara yang berbeza, kombinasi ubat-

ubat ini mungkin akan membantu mengawal simptom-simptom yang dialami oleh pesakit.

Bagi mereka yang mengalami rasa pedih hulu hati selepas makan, bolehlah mengambil kedua-dua antasid dan penyekat H2. Antasid akan mula bertindak untuk meneutralkan asid di dalam perut dan kemudian, penyekat H2 akan bertindak ke atas penghasilan asid.

Apabila antasid berhenti bertindak, penyekat H2 akan menghentikan asid daripada dihasilkan. –

5. PEMBEDAHAN

Pembedahan merupakan satu pilihan apabila ubat dan perubahan yang dilakukan dalam cara kehidupan tidak membantu menangani simptom-simptom GERD. Pembedahan juga mungkin merupakan satu alternatif yang baik berbanding dengan ubat-ubatan dan ketidakselesaan yang dialami.

Fundoplication merupakan satu rawatan surgikal yang standard untuk GERD. Selalunya, prosedur khusus yang dikenali sebagai Nissen fundoplication akan dilakukan di mana bahagian atas perut akan dibalut di sekeliling LES untuk menguatkan sfinkter, menghalang refluks asid dan membaiki hernia hiatal.

Nissen fundoplication boleh dilakukan dengan menggunakan laparoskopi, satu instrumen yang dimasukkan melalui insisi kecil di dalam abdomen. Kemudian, doktor akan menggunakan alat-alat kecil yang memegang kamera untuk melihat kawasan abdomen dan pelvis.

Apabila dilakukan oleh pakar bedah berpengalaman, laparoscopic fundoplication adalah selamat dan efektif untuk semua orang termasuklah kanak-kanak. Prosedur ini dilaporkan mempunyai keputusan sama seperti fundoplication yang biasa, dan pesakit boleh meninggalkan hospital dalam masa satu hingga tiga hari dan kembali bekerja seperti biasa dalam masa dua ke tiga minggu.

Teknik-teknik endoskopi yang terkini masih boleh dianggap percubaan digunakan untuk merawat rasa pedih hulu hati yang kronik. Teknik-teknik ini memerlukan penggunaan endoskop untuk melakukan pembedahan anti-refluks.

Inilah antara pilihan rawatan yang ada. Sebaiknya berjumpa dan berbincang dulu dengan doktor apa rawatan yang sesuai sebab tak semua orang sama simptom nya..untuk masalah Adaa, tempoh hari Adaa ambil PERENCAT PAM PROTON setelah antasid dan H2 kurang berkesan. Tapi sekarang adaa tidak mengambil sebarang ubat lagi, cukup dengan menjaga pemakanan insyaAllah..

Dari segi suplemen, adaa sekarang cuma amalkan ESP, VIVIX dan sekali sekala PEPPERMINT GINGER alhamdulillah.. 😀

Jangan risau ok? dapatkan rawatan segera!

 

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ::
Advertisements

3 thoughts on “CARA MENANGANI MASALAH ANGIN / ASID REFLUKS

  1. dulu gestrik x berapa nk terok sgt…tpi bila mula mkn ginger yg shaklee…angin lgi bertambah dan blh jdi gerd trus….sampai sekarang nie masih lgi jadi….sekarang mkn ubat hospital ja blh gagah duduk skit…blh bgi pencerahan x untuk shaklee nie yg ginger tu.

    Like

  2. Sy ada masalah sama mcm awk…angin dlm badan sbb asid reflux kot…dua kali dh palpitation…seksa rase….badan dh xbertanaga mcm dulu …tak boleh buat kerja berat sikit terus termengah2….mcmane la nk pulih balik…nk berjogging pn xdapat dh skrg sbb masalah ni…………..

    Like

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s