#CADANGAN DAN SET RAWATAN · SHAKLEE RELATED

5 CARA MENDAPATKAN KULIT CANTIK DENGAN MADU LEBAH

MADU LEBAH
MADU LEBAH

Madu lebah merupakan salah satu makanan yang bukan sahaja sedap malah sangat berkhasiat. Istimewanya madu lebah ini hingga ianya disebut dalam Al-Quran:

“Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.” [QS. An-Nahl : 69]

Madu lebah terbukti mampu merawat pelbagai penyakit contohnya menghilangkan batuk, meningkatkan tenaga, meningkatkan imun sistem tubuh dan banyak lagi. Ramai orang tak tahu termasuklah saya ini apa yang boleh dibuat dengan madu yang kaya dengan nutrisi ni..jadi hari ni Adaa nak kongsi 5 cara menggunakan madu, bukan untuk makan, tetapi untuk mendapatkan kulit yang cantik.

1.MASKER MELEMBAPKAN KULIT

Madu merupakan pelembap semulajadi. Apabila digunakan sebagai masker, ianya menarik lembapan dari udara masuk ke kulit dan membantu mengekalkan kelembapan tersebut dibahagian lapisan kulit yang paling memerlukan lembapan. Jadi, kulit tidak mudah kering!

Caranya:  Cuma sapukan madu keseluruh wajah dengan rata, biar dalam 15 minit dan bilas dengan air biasa.

 

2.PEMBERSIH PORI-PORI MUKA

Wajah kita ni banyak liang pori kan, ada yang besar dan ada juga yang kecil. Jika tersumbat boleh menyebabkan pengumpulan bakteria dan jerawat. Enzim yang terdapat dalam madu lebah  membantu membersihkan kulit dan liang pori kita. Madu juga mempunyai sifat seperti anti-bakteria yang membantu mengelakkan pengumpulan bakteria yang boleh mengganggu keseimbangan kulit dan jerawat.

Caranya: Campurkan 1 sudu teh madu bersama minyak jojoba atau minyak kelapa. Sapukan pada kulit yang kering dan urut dalam gerakan membulat. Elakkan daripada terkena bahagian mata, kemudia bilas dengan air suam.

 

3.PENGELUPAS LEMBUT

Sel-sel kulit kita sentiasa berganti dan kadangkala sel-sel mati tidak dibersihkan dengan baik dan menyebabkan kulit kelihatan tidak sihat dan kusam. Madu mengandungi antioksidan, enzim dan nutrisi yang boleh menyuburkan, membersihkan kulit dan melembapkan. ‘Baking soda’ pula merupakan bahan semulajadi yang membantu membuang kulit dan sel mati bagi membolehkan sel-sel baru yang sihat terbentuk dan membuatkan wajah lebih berseri.

Caranya: Campurkan 2 sudu besar madu dengan 1 sudu besar ‘baking soda’. Basahkan muka, sapu dan ratakan kemudian urut dalam gerakan membulat. Bilas.

 

4.MEMUDARKAN PARUT

Selain membantu mencerahkan kulit, madu juga mempunyai sifat anti-radang dan anti-bakteria yang membantu memudarkan parut, mempercepatkan proses penyembuhan luka serta menggalakkan penghasilan sel baru. Sifat madu sebagai pelembap, apabila digabungkan dengan minyak kelapa atau minyak zaitun, sangat membantu memulihkan sel kulit. Sekiranya campuran ini diurut dalam gerakan membulat , ianya akan membantu dalam peredaran darah dan proses penyembuhan .

Caranya: Campurkan satu sudu teh madu dan minyak zaitun. Sapukan pada kawasan parut dan urut dalam gerakan membulat dalam 2 minit. Letakkan tuala kecil yang panas dikawasan tersebut dan biar sehingga sejuk. Ulangi setiap hari.

 

5.MERAWAT JERAWAT

Madu mempunyai sifat anti-bakteria dan anti-kulat yang boleh menghalang pembentukan bakteria dikulit dan seterusnya mengelakkan jerawat. Ciri-ciri anti radang membantu melegakan kawasan yang kemerahan.

Caranya: Hanya sapukan sedikit madu dikawasan yang hampir berjerawat. Biar dalam 15 minit, bilas dan keringkan.

 

Tips yang sangat mudah kan? Nanti boleh cuba!

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s