#MASALAH KESIHATAN · VIVIX

5 KAITAN JENIS DARAH ANDA DAN TAHAP KESIHATAN ANDA

Setiap orang dilahirkan dengan jenis darah yang berbeza, bergantung kepada ibu bapa kita lah kan…dalam adik beradik kita sendiri tak semua berdarah sama..ada yang A, ada yang B, ada yang AB..ada yang O..tengoklah mak dan ayah kita darah jenis apa kan?

Kali ni adaa kongsi 5 perkara yang berkait rapat dengan jenis darah kita. jenis darah yang berbeza, memberikan respon yang berbeza terhadap sistem imun badan kita. Jadi secara tidak langsung orang yang mempunyai darah A, B, AB atau O mempunyai risiko yang berbeza terhadap sesetengah penyakit.

MASALAH MEMORI

Orang yang berdarah AB berisiko tinggi dengan masalah kognitif. Menurut kajian, orang tua yang berdarah AB mempunyai masalah untuk mengingati senarai barangan berbanding orang lain yang berdarah selain AB. Lazimnya, orang berdarah AB akan mempunyai masalah berkaitan pemikiran kelak. Walaubagaimana pun mekanismanya belum dapat dijelaskan.

KANSER PERUT

Orang yang berdarah AB berisiko 26% lebih tinggi berbanding mereka yang berdarah B dan O dalam mendapat penyakit kanser perut (kajian American journal of Epidemiology) manakala orang berdarah A berisiko 20% lebih tinggi berbanding orang berdarah B dan O.

Bakteria H.Pylori mungkin punca masalah ini. Kajian menunjukkan bakteria ini apabila berada dalam darah AB, memberikan respon yang memuncak terhadap sistem imun orang tersebut dan mendedahkan mereka kepada risiko penyakit kanser.

ULSER

Bakteria yang sama iaitu H.pylori boleh menyebabkan ulser kepada mereka yang berdarah O. Kumpulan darah O telah mengubah respon atau tindakbalas sistem imunisasi tubuh terhadap bakteria tersebut. Tiada kajian yang dapat menerangkan secara tepat bagaimana ia terjadi.

SAKIT JANTUNG

Berita baik untuk mereka yang berdarah O (itu saya!)..orang dengan kumpulan darah O mempunyai risiko 23% lebih rendah untuk mendapat penyakit jantung berbanding orang yang berdarah kumpulan lain menurut kajian dari Harvard School of Public Health. Mereka yang mempunyai kumpulan darah AB dan B mempunyai risiko tinggi mendapat penyakit ini.

KANSER PANKREAS

Mereka yang berdarah O mempunyai risiko 37% lebih rendah berbanding orang dari kumpulan darah yang lain untuk mendapat penyakit ini. Kajian menunjukkan ianya ada kaitan dengan bakteria H.pylori tadi..

Walaupun begitu, ini hanyalah sekadar kajian dan data..jika kita menjaga kesihatan, mengamalkan cara dan gaya hidup sihat, insyaAllah kita akan kekal sihat. Semuanya atas ketentuan Allah kan..jika kita tahu kita berisiko tinggi terhadap sesetengah penyakit, maka kenalah jaga diri lebih sikit ye tak? -source

 

1001 manfaat kesihatan
1001 manfaat kesihatan

 

 

 

~stay healthy with Shaklee~

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

 

Advertisements

2 thoughts on “5 KAITAN JENIS DARAH ANDA DAN TAHAP KESIHATAN ANDA

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s