MEMBERSHIP SHAKLEE · PELUANG BIZ DENGAN SHAKLEE · SHAKLEE RELATED

MOTIVASI: KOTA ROM TIDAK TERBINA DALAM SATU HARI

ROME WASNT BUILD I A DAY

Biasa kan dengar ‘quote’ tu..siap terjemahan adaa bagi hahaha. Apa ada dengan ‘quote’ ni?

Rasanya semua dari kita pernah dengar tentang sejarah empayar Rom..Rom terlibat dengan banyak siri peperangan dalam usaha nak mewujudkan EMPAYAR ROM. Jika kita kaji sejarah rom, peperangan dengan Islam, pasti kita tahu yang Rom ni sanggup lakukan apa sahaja, berjuang bermatian demi kuasa, dan membina jajahan empayar yang besar dan kukuh.

Adaa taknak ulas tentang kejahatan Rom atau kekejaman Rom dalam meluaskan kuasa..cuma adaa nak ambil bahagian positifnya tu.

ROME WASN’T BUILD IN A DAY

 

Rom adalah kota yang gah dan pastinya bukan senang untuk mencapai ke tahap itu. Sebab itulah dalam quote ini menggunakan perumpamaan kota Rom..bukan kota Bharu ke Kota tinggi ke..hehe dan dalam usaha kita nak mencapai sesuatu yang BESAR, yang GAH, ianya memerlukan masa, memerlukan usaha yang HEBAT & BERTERUSAN.

Adaa tahu semua orang ingin berjaya, ingin menempa nama dalam sejarah, kalau bukan dalam sejarah dunia atau malaysia sekalipun, didalam sejaha hidup kita sendiri..kita nak kan satu kejayaan yang kita akan kenang sampai mati dan menjadi inspirasi buat generasi penyambung kita.

ADAA & SHAKLEE

 Adaa mula dari 0..adaa bukan peniaga, bukan dari keluarga yang meniaga..apa lagi mahir dalam ilmu perubatan..bukan tak belajar, bukan juga tak minat tetapi waktu tu kita ‘go with the flow’ ..Allah membawa jalan adaa ke bidang engineering..Tapi pada masa yang sama, adaa hidup di UK selama 4 tahun, adaa dikelilingi dengan para doktor dan pelajar perubatan. Yang bukan doktor atau pelajar perubatan boleh bilang dengan jari je..jadi itu mengukuhkan lagi dan menimbulkan minat adaa dalam ilmu kesihatan.

Tapi, adaa tak pernah ambil pelajaran ke kelas ke secara profesional..itu cabarannya..nak mahir dlm ilmu kesihatan ni mungkin boleh diusahakan..tapi nak meyakinkan orang lebih susah. Bukan sehari dua adaa buat shaklee ni..dah hampir 5 tahun..nak membina kejayaan dengan asas yang kukuh memerlukan usaha yang berterusan..tapi adakah adaa putus asa? Tak..tak pernah sebab adaa tahu, adaa belum ‘all out’ lagi..adaa tahu ada lagi kejayaan yang adaa boleh kejar..usaha takkan habis dan benda yang nak dicapai juga takkan habis..adaa belum jumpa lagi kejayaan sebesar kota Rom..jadi usaha masih perlu diteruskan.

JATUH BANGUN

Nak dikira jatuh bangun, memang banyak..bukan sekadar adaa sorang, tetapi dalam hidup adaa berkeluarga ni..adaa dan suami sama2 berniaga tapi berniaga benda lain2 lah..tapi Allah uji kami sebagai satu unit..ada kala adaa jatuh, suami bangun..suami jatuh adaa bangun..ada juga sama-sama naik dan sama-sama jatuh..tapi adakah itu buat kami putus asa? Tak..

Nak diikutkan kami dua2 ada kelulusan..boleh minta kerja..kami dua2 lulusan kejuruteraan..malah suami juga dulu jurutera syarikat minyak yang terkemuka..tapi kami ada sebab musabab kami sendiri yang membuatkan kami tetap kekal dengan berniaga..walaupun seperit mana, teruskan aja..sebab itu perkara biasa dalam menempa kejayaan.

jadi..ambil aura dan kisah positif dari pembinaan empayar Rom ini dan terapkan dalam diri kita..nak berjaya memang bukan senang..nak berniaga, berikan komitmen yang sepatutnya, nak berjaya, usaha secara berterusan..sungguh-sungguh..bukan merungut, berputus asa..ingat, kita nak berjaya, jadi berikan yang terbaik..berkorban bila diperlukan..

JIka anda nak menjadi seperti GAHNYA kota Rom, anda juga wajib berusaha sehabisnya seperti mana Rom..kalau tak..jangan bermimpi untuk mencapai bintang..katakan yang ANDA BOLEH!

 

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

 

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s