#MASALAH KESIHATAN

6 KELAS NUTRISI TERPENTING YANG ANDA PERLU TAHU

“Let thy food be thy medicine, and let thy medicine be thy food.”-HIPPOCRATES

Masa kecil dulu kita ada belajar pengkelasan nutrien tapi mungkin dah makin ‘senjakala’ ni semua pun dah lupa..sudahnya kita makan je ikut suka ye tak? mana vitamin mana karbohidrat, mana mineral semua dah lupa..

Untuk diet yang seimbang, kita perlu ambil 6 kelas nutrien ini setiap hari. Barulah tubuh kita dapat berfungsi dengan baik. Apa dia 6 jenis nutrien tu?

6 NUTRIEN TERPENTING
6 NUTRIEN TERPENTING

AIR

Kebanyakan proses dalam badan kita memerlukan kehadiran air contohnya penghadaman, kitaran suhu, pemindahan nutrient dan banyak lagi. Sebanyak 60% dari badan kita adalah air, jika kurang, ia akan mengganggu fungsi tubuh dan penyerapan nutrien. Cuba lihat dengan teliti, nutrien dalam badan kita bergerak atau disrerap/dipindahkan dengan adanya medium cecair seperti darah, dimana darah mengandungi banyak air.

KARBOHIDRAT

Karbohidrat adalah merupakan makronutrien yang penting dalam penghasilan tenaga. Ia seolah-olah minyak untuk membolehkan otot, otak dan buah pinggang kita berfungsi dalam menghasilkan tenaga. Karbohidrat akan dipecahkan kepada bentuk yang lebih ringkas iaitu gula seperti glukos. Gula dan madu adalah contoh gula ringkas yang senang diserap oleh tubuh manakala kanji atau ubi kentang adalah contoh gula kompleks.

PROTEIN

Protein adalah salah satu unsur terpenting bagi tumbesaran manusia dan fungsi tubuh yang baik. Protein diperlukan dalam pemulihan tisu badan, penghasilan hormon dan enzim, membantu mengekalkan jisim otot tubuh dan membantu melawan penyakit. Protein juga boleh menghasilkan tenaga menggantikan karbohidrat terutamanya ketika berpuasa. Daripada 20 asid amino, 9 daripadanya adalah penting untuk manusia dan boleh didapati melalui protein haiwan, soya dan kinoa. Ini adalah antara sumber yang paling baik.

LEMAK

Tubuh kita memerlukan lemak untuk membesar dan berfungsi dengan baik. Lemak membantu dalam pembentukan tisu, penghasilan hormon dan penyerapan vitamin. Ia juga melindungi organ dalaman kita dan mengekalkan membran sel. Tetapi tak semua lemak baik ye, antara yang baik adalam omega 3, omega 6 dan omega 9.

VITAMIN

Tubuh kita memerlukan vitamin bagi menjalankan fungsi dan proses dalam tubuh. Walaupun ianya sekadar micronutrien bermakna cuma sedikit diperlukan, tetapi ianya sangat penting bagi membantu keseimbangan nutrien. Vitamin membantu enzim dalam menggerakkan metabolisme badan. Vitamin dalam badan kita terbahagi kepada 2 iaitu vitamin larut air dan vitamin larut lemak A, D, E, K. Untuk kesihatan yang baik, vitamin perlulah diambil melalui makanan tambahan/suplemen.

MINERAL

Mineral adalah inorganik dan diperlukan cuma sedikit dalam tubuh. Walaupun begitu kehadirannya sangat penting. Mineral terbahagi kepada 2 iatu macro-mineral dan micromineral. Makro mineral diperlukan dengan banyak didalam badan contohnya Kalium, kalsum, klorida, natrium,magnesium dan fosforus, manakala micro mineral pula hanya sedikit diperlukan contohnya iodin, kromium, perak,selenium, zink.

Penting untuk kita pastikan tubuh kita dilengkapi dengan 6 kelas nutrien ini bagi mengelakkan tubuh hilang keseimbangan nutrien yang seterusnya mengundang pelbagai penyakit. Malaysia memang syurga makanan, tetapi kita perlu beringat-ingat dalam diet seharian kita demi kesihatan ok?

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s