MEMBERSHIP SHAKLEE · PELUANG BIZ DENGAN SHAKLEE

5 SEBAB UTAMA KENAPA ANDA PERLU MEMULAKAN PERNIAGAAN ANDA SENDIRI

Dalam Islam ada menyebut 9/10 sumber rezeki adalah berniaga. Sebenarnya memang tepat..dalam dunia ni hidup kita semuanya ada urusan jual beli. Yang bekerja dengan syarikat pun sebenarnya terlibat dalam perniagaan juga..anda memberikan tenaga, dan sebagai pulangan anda mendapat gaji. Semuanya diniagakan tanpa kita sedar atau secara sedar.

Tapi kali ni adaa cuma nak sentuh tentang berniaga sendiri, maksudnya, anda adalah bosnya. Jika sekarang mungkin anda dah pun terlibat secara tidak langsung dalam perniagaan seperti yang adaa katakan awal2 tadi, tapi itu bos anda punya perniagaan kan? Ini anda punya sendiri.

Adaa kongsikan 5 sebab paling top kenapa anda harus memulakan perniagaan sendirI

1.ANDA MENENTUKAN HALA TUJU ANDA

Ada orang yang personalitinya memang tak boleh bekerja dibawah orang, rimas disuruh itu ini. Orang ini seeloknya mulakan perniagaan sendiri kerana dia suka  membuat keputusan sendiri dan menentukan secara spesifik apa yang dia ingin capai. Dia suka ‘be in control’ . Jika dia dapat menyesuaikan diri dengan baik, dia mungkin mencapai kejayaan yang sangat hebat, memulakan jenama sendiri dan terkenal. Contohnya pencipta FACEBOOK. 😀

2.BOLEH MENYEIMBANGKAN KERJA & HIDUP ANDA

Bila berniaga sendiri, masa adalah fleksibel..jadi anda boleh mengatur jadual kerja anda sendiri dan seimbangkan antara keperluan kerja dan juga keperluan keluarga atau kehidupan sehari anda. Anda tidak terikat. Anda nak pakai baju lawa ke, buruk ke, kerja dari rumah ke, tempat tidur ke, meniarap ke menari ke, suka hati. Anda yang tentukan segala jadual kerja anda.

3.BELAJAR MENGAMBIL RISIKO

Bila anda memulakan perniagaan sendiri, anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap untung rugi, berkembang atau tidak , maju atau tidak, perniagaan anda tu. Memang betul, risiko boleh menyebabkan anda jatuh muflis, miskin, susah..tapi itulah yang mematangkan anda, anda melatih diri untuk berhadapan dengan risiko dan cuba mengurangkankannya ketahap paling minima..tetapi disebalik risiko tadi ada berita baik juga. Jika anda terpaksa menghadapi risiko perniagaan anda 100%, anda juga akan menikmati 100% keuntungan perniagaan anda sekiranya berjaya!

4.BERPELUANG MENCABAR DIRI ANDA

Kalau kerja dengan syarikat misalnya, rutin kerja anda selalunya sama kan? Tetapi  jika anda mempunyai perniagaan sendiri, anda jarang melalui hari yang sama dua kali..maksudnya, setiap hari adalah satu cabaran bagi anda. Ada hari anda rugi, ada hari anda untung. Anda juga boleh meningkatkan keupayaan diri dengan mencabar untuk membuat sesuatu yang baru setiap hari demi meningkatkan keuntungan perniagaan anda. Anda boleh ‘push’ diri anda sehingga tahap paling tinggi, lihat kemampuan anda setakat mana sebab andalah bos, andalah yang menentukan bila anda ‘naik pangkat’ atau bila anda ditukar dari bos kemudian menjadi pekerja kemudian menjadi bos semula kemudian menjadi pegawai pemasaran dan sebagainya 😀

5.ANDA BOLEH BERBANGGA DENGAN SESUATU YANG ANDA BINA

Bukan mudah memulakan sesuatu dari awal..dari sebiji benih nak membesar menjadi pokok, dari 0 nak membina kedai, memulakan perniagaan, ianya bukan sesuatu yang mudah. Jika anda goyah, tidak kuat, anda akan segera kalah. Hanya yang berani untuk jatuh, berani untuk kalah, berani untuk susah sahaja yang mampu bertahan. Walaupun ianya sekadar perniagaan kecil, tetapi itulah usaha anda. dan anda harus berbangga!

Adaa sendiri belum mempunyai perniagaan sendiri, yang ada kedai fizikal..tetapi melihatkan ‘my soulmate’ memulakan perniagaan, ya ianya bukan mudah..jika tidak dapat sokongan moral dan emosi mungkin dia takkan sampai ke tahap ini.

Jangan salah faham, adaa tak pernah memandang serong ke ape ke terhadap pekerja makan gaji..adik beradik adaa sendiri ramai yang makan gaji..kalau mereka takda, siapa pulak nak jadi doktor, cikgu, kerani kan? Macam yang adaa katakan mula-mula tadi, hidup kita semua terlibat dengan perniagaan, jadi berbanggalah dengan apa jua perniagaan anda..cuma jika ada peluang, apa salahnya mencuba berniaga sendiri kan? Jika masih belum berpeluang, tak mengapa, setiap orang Allah dah tetapkan yang terbaik mengikut fungsi diri masing-masing.

betul kan?

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s