#THROWBACK

#THROWBACK: PERHIMPUNAN UKHUWWAH INSANIAH SELURUH IRELAND 2005

9 tahun dah berlalu..ini salah satu peristiwa yang adaa ingat sampai kini..apa dia PUISI ni? PUISI bermaksud Perhimpunan Ukhuwwah Insaniah Seluruh IrelandANJURAN Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland (PPIMI) iaitu ala-ala winter camp untuk semua pelajar ireland dan Uk..selalunya winter kan cuti..jadi waktu inilah diadakan kem ibadah yang seumpamanya ni..

PUISI05

Adaa mengikuti kem ni 2 kali sepanjang berada di UK kalau tak silap dan salah satunya pada 2005 di Waterford ireland, kira-kira 4 jam dari Dublin. Adaa tinggal di Belfast, Northern Ireland, jadi nak membawa ke sana tu hampir 6 7 jam kot.

PUISI ini mengumpulkan pelajar2 Islam diserata UK dan Ireland untuk sama-sama mengikuti program memupuk jati diri Islam. Dalam ni banyaklah aktivitinya, ada usrah, ceramah, permainan, persembahan..yang paling seronok sebab dapat berkumpul dengan rakan-rakan lama dari seluruh ireland dan Uk sambil meluangkan masa mengenali Islam..

Masa ni penceramahnya adalah Ustaz Hasrizal..adaa rasa semua kenal kot..pemilik blog SaifulIslam.com Beliau seorang yang sangat baik, penuh dengan pengalaman dan ustaz yang cool gitu 😀

*adaa dah hilang gambar-gambar disana sebab kerosakan  hard disc.jadi adaa ceritakan serba sedikit sahaja dan nanti boleh bayangkan melalui video dibawah ye..

Program ini berlangsung 3-4 hari dan sepanjang hari ada pengisian yang cukup padat. Tempat PUISI kali ini adaa memang tak pernah jejak sebelum ni..agak pedalaman dan yang paling adaa ingat ialah, tempatnya sangat-sangat sejuk!!!! Penyertaan pula ramai, katil memang tak cukup..jadi kena guna sleeping bag..yang takde, berbungkus dalam winter coat jelah nampaknya..adaa masih ingat tidur rapat dengan kawan sebab nak panaskan badan haha sejuk sampai ke tulang ok.

Bab makan, adaa suka sebab makan setalam..duduk berlima, makan satu talam, saling berkongsi, dan merapatkan hubungan.

Bila masa untuk diskusi/workshop, macam-macam buah fikiran kita boleh dengar..maklum saja..masing-masing bijak pandai..macam-macam lah ye tak? tapi ada je yang kurang tahu pasal islam..sebab itulah kami menghadiri PUISI..solat bersama, main bersama, segala-gala bersama..

Pengetahuan yang dapat sewaktu program memang tak ternilai..bayangkan 3 4 hari tanpa gangguan, dan hanya bertumpu pada intipati program..otak memang penat tapi terasa sangat gembira dan tetiba rasa bijak hahaha

Sayang sungguh gambar-gambarnya hilang..takpelah..tontoni video ni ye..Inilah pengisian sewaktu PUISI 2005 yang bagi adaa, sangat berat tapi wajib diketahui oleh orang Islam..belajar susur galur kita, bagaimana tertegaknya Islam..

(i really miss that moment..)

http://youtube1.uk/embed/pFwWIYzgjBc>

 

 

 

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s