PARENTING

”REWARD CHART”: CARA MENARIK MENDIDIK/MENDISIPLINKAN ANAK-ANAK

Salam hujung minggu..pantai timur kerja hari ni nama jelah hujung minggu hehe..tapi adaa hari-hari pun kerja, hari-hari pun cuti ..namanya WAHM kan..Hari ni nak kongsi santai-santai jer..pernah dengar ‘REWARD CHART’?

reward chart

Colours_jg:Layout 1

Colours_jg:Layout 1

Ada macam-macam jenis reward chart ni..cikgu-cikgu munngkin biasa guna kan? Adaa yang secara mingguan, ada yang secara bulanan, ada yang untuk kanak-kanak, ada yang untuk belajar, ada yang untuk kerja rumah..macam-macam..

KENAPA ADAA BUAT REWARD CHART?

Bila anak dah 3, rumah pun biasalah perlukan banyak bantuan..yang sulung pun dah 6 tahun, kalau tuala pun bersepah lagi sentap juge sekali sekala..jadi adaa fikir apa yang nak dibuat ni..disuruh-suruh memang tak jalan lah kan..buat sentap jiwa kita balik jer..

Memandangkan umur-umur diorang ni suka mintak mainan, atau apa-apa makanan kegemaran kan, dari hari-hari duk belikan, baik kita buat peraturan..sekurang-kurangnya mereka tahu, kalau berusaha baru dapat ganjaran..bukan sekadar mintak je dapat, no no..jujurnya adaa taklah yakin akan memberikan hasil benda ni..haha tapi apa salahnya mencuba..nak buat lawa-lawa pun ambil masa, jadi kita gunakan apa yang ada jelah labuuuu

REWARD CHART ADAM, EILMAN , FAHRY
REWARD CHART ADAM, EILMAN , FAHRY

Inilah dia hahaha anak adaa umur 6, 4 dan 2 tahun..yang 2 tahun tu macam tak sesuai je lagi nak buat, tapi kena adakan jugak nanti dia jeles.

TIPS

  • Memandangkan Adam je yang dah pandai baca, Eilman belum lagi, apa lagi fahry, jadi ‘task’ tu adaa visualkan lah ..guna gambar, jadi eilman tengok pon dia dah faham kena buat apa
  • Gunakan watak kartun supaya lebih menarik
  • Boleh gunakan sticker star atau apa juga sticker..adaa jumpa yang smiley jer..janji menarik
  • Buat secara mingguan supaya tak lama sangat diorang nak tunggu reward.

HASILNYA?

Selepas seminggu..inilah hasilnya

HARI 1-7
HARI 1-7

Untuk minggu ni diorang nak mintak reward Aiskrim Butterfly ..boleh lah kan..sekali seminggu , minggu depan lain pula rewardnya hehe ..bagi adaa tak membebankan sebab budak-budak ni mintak bukan yang pelik-pelik pun..kadang-kadang mainan rm2 je pun.. seperti yang korang tengok, semua penuh dengan sticker, maknanya task berjaya dijalankan, kecuali hari ni sebab belum berakhir lagi hari ni, baru tengah hari, jadi ada task yang masih belum selesai.

Kat setiap jadual tu nampak kan adaa letak gambar Adam, eilman dan fahry..jadi diorang boleh tengok sendiri ‘chart’ diorang penuh ke tidak.

Antara task yang adaa masukkan dalam ni

  • Kemas tempat tidur
  • Gosok gigi
  • Sidai tuala mandi
  • Masuk baju kotor dalam bakul
  • Kemas mainan
  • Mengaji
  • Tolong ibu/abah

Setakat ni Adam tak susah nak ikut, sebab dia memang orangnya jenis agak taat kepada jadual. Eilman, yelah baru 4 tahun, agak mengelat tapi tetap buat..‘taknak dapat sticker ke?’ ha terus dia laju buat. hehe Fahry, dia tampal ikut suka dia jer hahaha

Yang adaa gembira, baru dua tiga hari buat jadual ni, Eilman dan pandai sidai tuala dengan kemas..kalau tak sangkut2 jer..yang si Adam, tak lokek nak mengajar si adik supaya sama-sama dapat reward. Kadang-kadang ada jugak datang jeles tu..siap berebut nak buat task supaya adik atau abang nya tak dapat buat task yang sama..mana boleh..kalau kemas mainan, jangan nak bolot sorang, mesti sama2 buat, sama2 dapat. 

Sama juga dengan task lain..bab yang kemas mainan tu

”fahry ni asik sepah jer, letih along dengan angah kemas, banyak kali sangat ” haaa tau pun letih…hahaha tau pulak dia bebel bila kena kemas sendiri..kalau tak, tak kesian kat ibu yeee

Selain tu, secara tak langsung mereka jadi lebih bertanggungjawab terhadap barang sendiri dan melatih kemahiran melipat, menyidai, membentang, mengemas, mendengar arahan dan faham, jika mereka buat perangai yang tak elok atau gagal mengikuti arahan dengan SENGAJA sticker mereka akan dirampas semula..1 kesalahan, 1 sticker akan diambil. Jadi mereka belajar untuk jadi ‘good boy’ ..(harapnya lah)

KALAU ‘TASK’ TAK SELESAI?

Bagi adaa, tujuan adaa buat ni bukanlah nak buka sekolah tentera..jadi kita perlu fleksibel juga dengan mereka..kita nak diorang dapat reward tu supaya diorang tak putus asa..jadi kalau terlupa kemas tempat tidur, takpa, adaa gantikan dengan menyediakan tempat tidur waktu malam..jadi dia kenalah bentang sendiri toto ke, ambil selimut ke..fahamkan yang mereka perlu juga buat task walaupun terlupa.

Bila setiap malam nak tidur, mereka cek semua dah penuh, diorang hepi dan tenang..nak tidur pun gembira 😀

Mungkin lain orang lain didikan, mungkin ada anak orang lain yang tak perlu bersuruh pun dah buat..yelah beza-beza kan..memandangkan diorang ni dari kecik dengan adaa dirumah (adam je baru tadika), jadi adaa perlu buat benda ni..harap2 berkekalan sampai mereka pandai buat sendiri tanpa ada jadual dan stciker 😀

SELAMAT MENCUBA!!

Advertisements

2 thoughts on “”REWARD CHART”: CARA MENARIK MENDIDIK/MENDISIPLINKAN ANAK-ANAK

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s