#CADANGAN DAN SET RAWATAN · SHAKLEE RELATED

MAHU LANGSING? SIHAT? SUBURKAN ‘POKOK KESIHATAN’ ANDA!

Pernah tengok pokok kan? Tak kisahlah pokok rambutan ke durian ke manggis ke asam gelugoq ke asalkan pokok semuanya ada akar kan? Setiap tumbuhan memerlukan akar yang sihat, cukup dengan nutrient dan zat untuk membesar. Jika semuanya lengkap, maka suburlah pokok tersebut. Pokok pangkalnya jaga yang asas, pasti tumbesarannya lebih baik dan menghasilkan buah yang segar.

POKOK KESIHATAN
POKOK KESIHATAN

Cuba lihat pokok ni..lawa kan? berwarna warni lagi tau..Inilah yang adaa maksudkan, kita juga seperti pokok, jika asas kesihatan kita jaga, pasti tiada obesiti, tiada mengundang penyakit, tiada stress, tiada kelesuan, tiada masalah tidur, tiada masalah kan? Sekali sekala pastilah kita sakit..nama pun manusia, kita bukan robot..tetapi sekurang-kurangnya kita kuat untuk melawan penyakit. Betul tak?

Mulai hari ni tanam ‘pokok kesihatan’ masing-masing..inginkan hidup sihat, tubuh langsing, awet muda? Mulakan dari sekarang. Bina kekuatan akar pokok kesihatan anda. Apa yang anda perlu tekankan?

FATS: Lemak ada pelbagai jenis lemak..ada yang baik dan pastinya ada yang buruk. Tahukah anda, otak kita ni terdiri dari 60% lemak? dan pastinya lemak yang baik seperti omega-3, omega 6, omega-9 dan lemak tepu. Lemak yang bagus dan mencukupi membantu meningkatkan tahap iq, sistem imun, kestabilan hormon, pengawalan berat badan, kesuburan dan memastikan vitamin larut lemak seperti vitamin A,D, E, K dapat diserap kedalam sistem badan dengan baik. Jika kekurangan lemak baik ini, kita mungkin akan mudah mendapat masalah kelenjar, kardiovaskular, masalah hormon dan berat  badan, alergi, masalah kulit, depresi dan keradangan sendi. 

DIGESTION: Penghadaman..tahukan pepatah yang mengatakan ‘perut adalah rumah penyakit’ maksudnya, apa yang kita makan, yang berkumpul diperut, itulah yang akan menentukan tahap kesihatan kita. Penghadaman yang tidak lancar akan menyebabkan terkumpulnya toksin dan menjadi racun dalam badan yang boleh membawa kepada banyak penyakit lain. Setiap apa yang kita makan mengandungi nutrien dan zat yang perlu diserap kedalam sistem tubuh. Jika sistem penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik, makanan dan minuman tadi tidak akan dapat ditukarkan kepada bentuk yang boleh diserap oleh tubuh dan sel badan. Jadi badan anda tidak akan mendapat zat yang secukupnya. Masalah asid perut yang rendah, enzim yang tidak mencukupi, bakteria baik yang kurang, sentiasa pedih hulu hati dan perut adalah antara petunjuk yang penghadaman anda tidak lancar.

DIET: Diet disini tertumpu kepada pola dan cara pemakanan seharian kita. Anda ni jenis orang yang bagaimana? Gemarkan makanan segera? atau tumbuhan segar, suka makan makanan laut? Diet yang bagaimana menjadi pilihan anda? Pastikan anda mengamalkan diet seimbang. Tahu piramid makanan?

PIRAMID MAKANAN
PIRAMID MAKANAN

jadikan ini sebagai panduan..yang bawah sekali tu bukan bermaksud makan banyak..mentang-mentang kata makan secukupnya..tidak ya..makan mengikut keperluan tubuh dan umur anda. Lazimnya hanya segenggam nasi sudah cukup. Atau semangkuk kecil..cuba lihat orang korea, cina, lauk penuh semeja, nasi semangkuk je kan? ha gitu laaa

HYDRATION: Untuk sistem badan berfungsi dengan baik, tubuh kita memerlukan banyak air. Sebahagian besar tubuh kita terdiri dari air, didalam sel, dan tisu badan. Tanpa air badan tidak dapat menjalankan fungsi dengan baik dan tidak dapat menjana tenaga. Anggap sahaj air seperti pelincir yang membantu badan kita untuk berfungsi. Antara tanda awal kekurangan air ialah keletihan, kelesuan, cemas, depresi, mengidam, kejang dan sakit kepala. Manakala tanda yang lebih teruk adalah, migrain, pedih ulu hati, sakit belakang, sakit sendi, sembelit. Pastikan badan kia mendapat air yang mencukupi. Bagi setiap 25kg berat badan kita, kita memerlukan 1 liter air. do your math.

MINERALS: Mineral dalam badan berfungsi bagi melancarkan proses automatik seperti degupan jantung, tekanan darah, penghadaman, pengecutan dan pengenduran otot, dan banyak lagi. Sebagaimana pentingnya vitamin, begitulah juga pentingnya mineral. Contohnya, kalsium tanpa magnesium akan menyebabkan penyerapan yang kurang efektif. Jika diambil bersama, hasilnya lebih baik dan efektif.

BLOOD SUGAR: Gula dalam darah yang seimbang amat penting. Sekiranya berlebihan ianya boleh mengundang penyakit diabetes, penyakit jantung dan kanser. Perlu diingatkan, gula bukan sekadar dari gula pasir yang kita buat air tu..karbohidrat juga adalah gula..jadi pengambilan karbohidrat seperti nasi, gandum, roti, bihun, mee yang berlebihan akan menyebabkan gula dalam darah meningkat.

Jika anda menjaga 6 akar ini dengan baik, ditambah pula dengan senaman, tidur yang cukup, sentiasa ceria, kesihatan pasti terjaga. Apa lagi jika konsisten kan, barulah awet muda, langsing, sihat, dan cergas!

*nak pi jenguk pokok kangkung belakang rumah heheh

 

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :

 

 

 

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s