PELUANG BIZ DENGAN SHAKLEE

APA ITU MLM? APA SEBENARNYA MLM?

Multi-Level-Marketing-Business-Tips

Korang tahu MLM? bukan MaharajaLawakMega ok..bila sebut MLM (multilevel marketing) semua pakat duk cebek, duk hina pun ada..awat? MLM selalu tipu orang ye? MLM tindas orang katanya? ye ke?

Sebenarnya MLM ni sangat dekat dengan ‘direct selling’, ‘pyramid system’, atau ‘referral marketing’..jadi orang selalu keliru. dekat tak bermakna sama ye.

Dulu kan kita dikecohkan dengan sistem dan skim piramid yang menipu duit orang ramai dan sejak dari itu, MLM dipandang buruk dimata masyarakat. Jangan salah faham ye, ianya adalah sistem yang berbeza sama sekali.

APA ITU MLM?

MLM adalah salah satu cabang pemasaran dimana kuasa pemasaran bukan sahaja bergantung kepada penjualan seseorang tetapi juga penjualan ‘downline’ orang yang mereka rekrut. 

Kiranya, jika anda seorang ahli perniagaan MLM, anda bukan kena fokus pada penjualan produk sahaja, tetapi anda bertanggungjawab untuk merekrut ahli lain dibawah anda (downline) dan membantu orang tersebut berjaya seperti anda (duplikasi). Sekiranya jualan anda melambung tinggi ke langit, tetapi satu downline pun tak ada, anda tidak akan dapat naik dan maju ke peringkat seterusnya. Bahasa mudahnya, jangan ‘makan sorang’ hehe sama-sama naik dan merasa kejayaan.

APA SEBENARNYA MLM?

Masih tak jelas? sama macam sistem piramid? ok gini adaa terangkan..

Dalam sesebuah syarikat, ada CEO kan, bawah dia ada Naib presiden lah, ketua pemasaran dan sebagainya..jika anda orang yang bekerja dengan syarikat boleh gambarkan kan..ni contoh

Jika anda perhatikan, ini seakan-akan sistem piramid. Kedudukan anda dalam syarikat menentukan berapa banyak anda dibayar (gaji) betul tak? Dalam gambar ni pastinya ‘Chairman” mendapat bayaran paling lumayan sebab dia diatas berbanding staf biasa dibahagian bawah sekali. Bayaran anda pula adalah tetap dan tidak berubah, jadi apa caranya nak dapat bayaran lebih? Sekiranya ada diantara mereka yang berhenti, atau dipecat contohnya, jawatan nya akan kosong, jadi ada peluang untuk naik kan, barulah ada peluang untuk dapat gaji lebih besar.

APA BEZA DENGAN MLM?

 Sekali pandang, sama je..macam bentuk piramid je jugok..huhu

macam bentuk piramid jugak kan? Ada kepala, ada level bawah sama macam syarikat tadi. Tapi apa bezanya? Siapa yang paling banyak mendapat bayaran disini? adakah selamanya orang yang berada diatas tu?

Dalam MLM, anda dibayar bedasarkan jumlah kerja/jualan yang anda lakukan bukan berdasarkan kedudukan anda. adil lah kan? Sekiranya anda jadi ‘individual’ tu tapi anda tak buat sebarang jualan, anda tidak akan layak dibayar 1 sen pun. Sebaliknya, jika anda di level 3 ke 4 ke 10 ke tetapi anda lakukan jualan, dan rekrut lebih ramai downline, anda akan dibayar berdasarkan kerja anda.  Bukan sebab anda di level 3 ke 4 ke 10 tadi. Dah banyak kes, downline jauh lebih besar bayarannya berbanding upline tau. Sebab apa? sebab downline rajin 😀 Nampak kan beza syarikat tadi dengan MLM?

”Dalam MLM, anda menentukan bayaran anda, dalam syarikat korporat atau sistem piramid, bayaran anda dikawal oleh orang atasan atau kedudukan anda”

ADAKAH SHAKLEE SYARIKAT MLM?

YA. Shaklee merupakan syarikat MLM yang berdaftar dan mendapat kelulusan ok..

”Apabila Dr Forrest C. Shaklee, dan dua lagi anak beliau , Forrest Jr. dan Lee Shaklee, membuka Shaklee Corporation pada tahun 1956, bagi tujuan memasarkan makanan tambahan , mereka telah mewujudkan satu pelan pemasaran untuk membantu sesiapa sahaja menjana pendapatan berdasarkan prestasi/kerja mereka serta prestasi pasukan jualan mereka (downline). Model perniagaan baru dipanggil “Multi Level Marketing.” Ini adalah satu model baru dan belum digunakan oleh syarikat-syarikat atau operasi milik keluarga ketika itu”-sumber

Yang bagusnya, shaklee ni bukan paksa-paksa tau..sebaik sahaja anda jadi ahli shaklee anda boleh:

  1. Sekadar menjual produk tanpa merekrut orang
  2. Menjual produk dan merekrut ahli dibawah mereka

Lazimnya, orang yang direkrut adalah pengguna shaklee atau pelanggan mereka juga. Ini usaha yang sangat berbaloi sebab ianya mengajar kita untuk menjadi seorang usahawan dan memupuk sifat kepimpinan. Semakin berjaya ’empayar’ anda, semakin banyak lah juga pemimpin jualan yang anda berjaya didik dan lahirkan.

Network or multi-level marketing means that you sell a lot of products to a lot of people, and you develop and train some of those people to be on your team, who sell a lot of products to a lot of people, and develop and train some of those people to be on your/their team, and so on and so on….you are multiplying yourself while developing and improving your own leadership skills – it’s a win-win. Anyone on your team has the ability to be more successful than YOU.

Jelasnya, jika anda memilih no2 tu bayaran anda lebih besarlah..bidang tugas lebih besar, tanggungjawab lebih banyak, jadi layaklah dapat bayaran lebih kan?

Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya kan? Usaha keras pasti hasilnya lebih lumayan 😀

Inilah shaklee..syarikat MULTI-LEVEL MARKETING yang bukan sahaja membantu menjana pendapatan, tetapi juga mendidik dan melahirkan pemimpin dan usahawan yang berjaya. Jadi semakin bijak juga sebab kena belajar pasal suplemen 😛

more to read:

SHAKLEE PEMENANG ‘BEST BRAND IN MLM’: THE BRAND LAUREATE AWARDS 2014-2015

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s