#MASALAH KESIHATAN · CAROTOMAX

7 FAKTA DAN MITOS BERKAITAN MATA YANG ANDA PERLU TAHU

Biasa tak dengar ”jangan duk dekat sangat dengan tv tu nanti rosak mata!” biasa kan? adaa sendiri bagitahu anak adaa gitu..adakah benar kenyataan tu atau sekadar mitos?

MITOS 1: Membaca dalam cahaya suram atau duduk terlalu hampir dengan TV merosakkan mata anda

FAKTA 1: Membaca dalam gelap hanya meletihkan mata kita tetapi ianya tiada kesan negatif terhadap kesihatan mata. Menonton TV secara dekat juga tiada masalah.

 

MITOS 2: tidak perlu berjumpa doktor mata melainkan ada masalah

FAKTA 2: Setiap orang perlu melakukan pemeriksaan mata secara berkala sekurang-kurangnya 2 tahun sekali.

 

MITOS 3: Sekiranya anda perlu untuk memakai cermin mata atau kanta lekap tetapi anda tidak memakainya, mata anda akan sakit.

FAKTA 3: Kalau tak pakai, penglihatan akan kaburlah yang pastinya, tetapi ianya tidak menyakitkan.

 

MITOS 4: Setiap kali ada bendasing masuk kedalam mata, gosok dengan segera!

FAKTA 4: Kalau habuk, bolehlah. Tetapi kalau pasir ke atau benda yang besar masuk mata, elakkan dari menggosok mata anda sebab ianya akan menyebabkan luka atau kecederaan pada mata, silap-silap boleh jadi lebih teruk nanti. Jumpa doktor segera.

 

MITOS 5: Lobak merah bagus untuk kesihatan mata.

FAKTA 5: Tahukah korang, sebenarnya BAYAM lebih baik untuk kesihatan mata? Bayam mengandungi lutein dan zeaxanthin yang boleh mengelakkan katarak atau kemerosotan penglihatan apabila umur meningkat.

 

MITOS 6: Cermin mata hitam bagus untuk mengelakkan cahaya matahari

FAKTA 6: Warna cermin mata tu tak kisah..hijau ke hitam ke coklat ke..Cuba cari cermin mata yang dapat menghalang sinar UVA dan UVB. Pendedahan terhadap sinar ini secara kerap dan berlebihan boleh menyebabkan katarak dan gangguan penglihatan.

 

MITOS 7: Optometris atau pakar mata hanya pakar dalam kesihatan mata

FAKTA 7: Pemeriksaan mata yang lengkap dan bagus bukan sahaja boleh memberitahu anda tentang kesihatan mata anda, tetapi juga penyakit lain seperti diabetes, darah tinggi, kanser otak

Dah jelas dah? rupanya selama ni banyak juga kita duk dengar benda mitos ni ye haha tulah..tak baca tak tahu kan?

tahukah anda?
tahukah anda?

~sayangi mata anda~

 

 

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s