MEMBERSHIP SHAKLEE · PELUANG BIZ DENGAN SHAKLEE · SHAKLEE RELATED

5 TIPS UNTUK BERJAYA DALAM PERNIAGAAN, HIDUP & KERJAYA. AYUH BANGKIT!

Pernah tengok cerita Monster University? Adaa rasa dah banyak kali tengok dan adaa suka sebab cerita nya membawa banyak unsur positif walaupun karakternya semua pelik hehe..takpalah pelik pun kiut apa..kelakar pulak tu hehe

Dari cerita ini jugalah ada 5 Tips yang kita mungkin terlepas pandang ( bagi yang dah menonton) atau ada yang tak tahu pun sebab tak menonton kan..5 tips berharga untuk berjaya. Bukan perkara asing tapi kita sering terlepas pandang:

  1. SET A GOAL
  2. WORK HARD
  3. PRACTICE
  4. DON’T BE AFRAID
  5. GET GOOD GRADES

SET A GOAL

Dalam apa juga yang kita nak buat, perkara pertama, tetapkan TARGET kita. Main bola ada tiang gol untuk apa? supaya kita menjaringkan gol..itu target setiap pertandingan bola. Nak menjaringkan gol kemenangan. Masa UPSR target belajar sepanjang tahun tu apa? Nak 5 A kan, PMR nak 8 A..Setiap hari kita bangkit dari tidur kita pasang target..hari ni nak makan nasik lemak contohnya..target jugak tu..

Jadi dalam pernigaan atau hidup..tetap kan target anda supaya anda lebih teratur..

  • saya nak pendapatan 5k sebelum umur 25 tahun
  • saya nak kahwin sebelum 30 tahun
  • saya nak beli kereta ESTIMA 2 tahun dari sekarang

tetapkan target anda dengan jelas!

WORK HARD

Dah ada target, ada gol, baru lah kita tahu apa yang nak kena buat kan? Usaha-usaha yang mendorong kepada target kita tadi. Contoh main bola tadi, nak jaring banyak gol kena buat apa? Berusaha memperbaiki prestasi permainan, bertanya, berguru, berlatih..barulah ada usaha namanya. Buat sesuatu diluar zon selesa. baru ada impak,

PRACTICE

Banyakkan berlatih..semakin kerap kita lakukan sesuatu, semakin mahir lah kita nanti..sebab tulah kalau orang yang dah ada pengalaman bekerja lebih senang nak mintak kerja berbanding graduan baru ye tak? Dah lama kerja, dah mahir pun. Sama juga dengan main bola tadi, dah selalu berlatih, mana tak terernya kan? Lepas tu nak tukar kelab pon harga mak datuk mahalnya..hehe

Sama juga dalam perniagaan, tak tahu IT, kerapkan berlatih dengan dunia internet, komputer, telefon pintar..dari 0 boleh jadi terer tau..semua benda pun kalau berlatih insyaAllah ada peningkatan. Tak tahu tulis blog, lama-lama tahu lah kalau selalu buat..buat jer, jangan fikir banyak sangat. 😀

DON’T BE AFRAID

Jangan takut mencuba, jangan takut menempa kegagalan, jangan takut salah, jangan takut diketawakan, jangan takut dengan persepsi orang. Tanpa kegagalan, kita takkan rasa manisnya kejayaan, tanpa kesalahan kita tak tahu apa itu kebenaran. Kalau diketawakan sekali pun biarkan, bukan mereka yang menentukan kejayaan kita..kalau nak puaskan hati semua orang memang tak dapat lah.

Yang paling penting, jangan takut untuk keluar dari ZON SELESA anda! Kalau atuk nenek mak ayah engineer, tak semestinya kita juga harus jadi engineer..cari kemahiran sendiri, minat sendiri dan gilap.

GET A GOOD GRADES

Setiap dari kita pasti nakkan kejayaan. Setelah berusaha, insyaAllah kejayaan akan menanti..dan kejayaan juga subjektif..jika tak seperti yang kita bayangkan, lihat semula..adakah peningkatan yang signifikan dari sewaktu kita bermula dulu? Jika ya, itu juga kejayaan yang besar.

Dari untung RM2 sekarang 200, kan berjaya tu..dari 200 jadi 20k, berjaya kan? Dari UPSR dapat 1 A, sekarang PMR dah boleh dapat 8A, kan jauh meningkat tu..

Dari hidup menganggur sekarang dah dapat kerja dikedai buku, kan ada kemajuan tu..bersyukur dan teruskan berusaha sehingga target akhir kita tercapai. Dalam hidup ni banyak kejayaan yang kita boleh capai setiap hari..jadi luaskan pemikiran.

Ok, ini adaa tinggalkan korang dengan video pendek dari cerita MOnster University..moga bermanfaat!

p/s: Buat semua anak cucu cicit STAR MASTER, jangan berputus harap, usaha yang terbaik dan kecapi hasilnya kelak. Sudahkan perjuangan anda 😀 u can do it!

dedicated to all readers..

 

 

 

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s