#CADANGAN DAN SET RAWATAN · PEPPERMINT-GINGER PLUS

7 CARA MEMBUANG ANGIN DALAM BADAN SECARA SEMULAJADI

Masalah angin sebenarnya sangat lazim dikalangan kita sebab masalah angin ni berpunca dari pemakanan, sistem penghadaman. Semua orang makan kan? jadi semua orang alami angin..bezanya senang keluar atau tak. Ada orang senang kentut, senang sendawa, tapi ada juga orang yang mengalami masalah penghadaman sehingga menyusahkan untuk melepaskan angin baik dengan cara sendawa atau kentut. Kali ni nak masuk dalam diary saya ni 7Β cara membuang angin dengan semulajadi..

  1. Banyakkan minum air masak/suam supaya ruang tersebut diganti dengan air dan bukannya angin. (saya suka air panas..meresap ke jiwa hehe)
  2. Lakukan urutan visera (abdomen): Mula-mula letakkan kedua-dua tapak di paha kanan atas, kemudian tekan abdomen dan urut sehingga ke bawah tulang rusuk dan teruskan urut di sepanjang bawah tulang rusuk ke arah kiri, turun ke bawah hingga di atas paha kiri. Ulang urutan ini sehingga terasa semua angin keluar.
  3. Gunakan pencuci kolon/usus besar semulajadi yang banyak dipasaran. tapi pastikan semulajadi ok?
  4. Kunyah makanan perlahan-lahan supaya lebih senang hadam
  5. Elakkan makan gula-gula getah dan menelan banyak udara
  6. Makan dalam porsi yang kecil setiap 2 3 jam
  7. Amalkan minuman air halia atau bawang putih:
  • Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
  • Hiris bawang putih nipis-nipis.
  • Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.
  • Minum ramuan ini sebulan sekali.

Sepanjang adaa alami masalah angin dalam badan yang kronik, selain ubat (doktor suruh makan 2 minggu), adaa amalkan pengambilan PEPPERMINT GINGER PLUS dan GARLIC COMPLEX.Β Bukan apa, malas-malas buat air halia, telan aja ni, malah sedap dibuat air..hanya larutkan 3-5 biji dan dah jadi teh halia..mudah sangat2..buh je dalam handbag :D..sampai sekarang adaa masih amalkan πŸ™‚

Merawat masalah angin
Merawat masalah angin

PERBEZAAN SHAKLEE

Kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur, dan dihasilkan dibawah prosedur standard dengan melalui teknologi sains yang terkini

telah diuji secara klinikal dapat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman

MANFAAT UTAMA

Peppermint-ginger plus mengandungi 4 bahan utama iaitu

PUDINA: Melegakan otot perut dan mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit birit.Β Pudina merangsang pengeluaran peluh, oleh itu ia dapat menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selesema.

HALIA: Masyarakat cina telah menggunakan halia lebih 2 ribu tahun!. Halia merangsang penghasilan enzim Salvia untuk mencernakan makanan. Ia juga membantu melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya, mual angin ketika mengandung, atau selepas melahirkan anak. Satu kajian di UK menunjukkan halia dapat menghalang muntah selepas pembedahan.

POKOK ADAS: Orang eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia juga membantu melegakan sakit perut, gejala flu, dan membantu masalah alergi pada saluran usus.

CEKUR MANIS: Digunakan oleh orang mesir purba. Ia dapat membantu masalah pencernaan, gejala kesakitan haid, batuk dan kahak, merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang boleh menyebabkan masalah kulit, memberi peredaran tenaga didalam badan.

Bahan-bahan dalam peppermint-ginger ini sebenarnya dah lama diamalkan oleh tok nenek kita tau..kalau tak percaya, cuba tengok jamu-jamu dahulu..cekur, halia, kunyit, pudina, memang ada punya..memang dah terbukti berkurun lamanya!

photo_2015-08-22_14-49-03

TEH HALIA GAYA SHAKLEE

  1. Masukkan 3-5 biji peppermint-ginger plus kedalam mug
  2. tuang air panas dan biar larut
  3. Nikmati!

Pertama kali adaa cuba, rasanya memang terbaik! rasa pudinanya sangat segar..bak kata chef, the aftertaste is fantastic! It’s not too overpowering..just nice. You can feel a cool breeze in your mouth afterwards..

garlic-complex
GARLIC COMPLEX: MERAWAT MASALAH ANGIN

KEISTIMEWAAN GARLIC COMPLEX

  • Dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California sewaktu musim panas.
  • Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba bagi mengekalkan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet garlic dipasaran mengandungi allicin aktif)
  • Dwi teknologi digunakan bagi mengawal bau bawang putih. Kajian menunjukkan, perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba iaitu rosemary dan spearmint.
  • Ia mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif bawang putih dan keberkesanannya dalam tubuh kita.
  • Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak bawang putih tulen yang menyamai dengan 2 ulas bawang putih segar.

MANFAAT UTAMA

Mengandungi spearmint– mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung

Antibiotik semulajadi– Bawang putih merupakan antibiotik semulajadi. Ianya selamat digunakan untuk jangka masa panjang dan mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuma, virus dan yis candida.

Menghalang alergi– Menghalang penyakit yang berkait dengan sistem imun seperti hidung sensitif, sinus, alergi, asma, selesema dan hepatitis.

Mempertingkat sistem penghadaman– Formula uniknya mampu mempertingkatkan sistem penghadaman seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H.pylori dan menghalang ulser gastrik.

Memoderatekan tekanan darah tinggi– Pengambilan 2-4 biji tablet sehari mampu menurunkan tekanan darah tinggi dengan 8 point.

Detoksifikasi– Bawang putih/garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Garlic juga mampu melindungi sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.

Menurunkan kolesterol– Menurunkan kolesterol, LDL, trigliserad dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.

Mencegah kanser– membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kejadian kanser-Nitrosamine

Menstabilkan glukos– Membantu menstabilkan glukos dalam tubuh

Lagi satu, bila kita ada masalah angin ni, kita tak boleh makan terlalu banyak pada satu-satu masa sebab ianya akan membebankan perut kita dan menggalakkan lebihan asid terhasil bagi mencernakan makanan yang kita makan tadi. Jadi untuk adaa, adaa sangat-sangat galakkan ambil juga soya ESP kerana soya ni protein berkualiti tinggi dan ianya dihadam secara perlahan-lahan..jadi bantu kita kekal kenyang dan kuranglah angin tu. Strongly recommended. seriously. Adaa ambil dah hampir 6 tahun dan masih amalkan sehingga ke saat adaa menulis ni.

10928907_823544257681699_1079466427703917555_o

Jadi, bagi yang ada masalah angin ni, boleh lah cuba amalkan ye..:D

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements

18 thoughts on “7 CARA MEMBUANG ANGIN DALAM BADAN SECARA SEMULAJADI

  1. ginger tu dh 4 botol mkn tpi xda apa prubahan…hbis ja ginger tu terasa angin dtg blk…mkn pun pantang hbis…mcm berantu ja ginger tu hbis sebotol ingt dh ok tpi dtg blk gastrik…

    Like

    1. Ginger ni mcm kita minum air halia tu, ianya berfungsi untuk buang angin dan elak ketidakselesaan perut. Ia bukan ubat, hanya salah satu makanan tambahan untuk membantu melegakan simptom gastrik td.

      Like

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s