Hari ni masa agak suntuk..maklum jelah cuti-cuti ni kan..jadi hari ni banyak mengadap anak-anak je ni..Tapi nak kongsi jugak sikit tips..kali ni tips untuk tingkat iq anak.
TIPS 1
BERIKAN MAKANAN TERBAIK
Seperti yang kita semua tahu, sejak anak kita dilahirkan susu ibu merupakan makanan terbaik untuk mereka. Susu ibu mengandungi khasiat yang sangat tinggi lengkap dengan zat yang diperlukan untuk pertumbuhan mental dan fizikal anak-anak kita. Susu ibu juga meningkatkan sistem imunisasi tubuh anak daripada serangan virus dan bakteria selain mengukuhkan ikatan antara ibu dan anak. Kajian menunjukkan, bayi yang disusukan oleh ibu mempunyai iq lebih tinggi daripada mereka yang tidak mendapat susu ibu.
TIPS 2
SENTIASA DAKAP DAN DAMPINGI ANAK
Sejak dari dalam perut, bayi mendengar degupan jantung ibu..jadi apabila lahir, biasakan memeluk mereka, menyentuh mereka, membawa mereka berjalan kemana-mana kita pergi kerana ketika mereka dibawa berjalan bersama, banyak yang dapat mereka lihat, belajar dan membantu perkembangan sensor mereka.
TIPS 3
BERIKAN SENTUHAN DAN URUTAN
Banyakkan bermain, bercakap dengan bayi kita. Sentuhan dan perbualan kita dengan mereka banyak memberi impak kepada perkembangan mental dan fizikal mereka. Amalkan juga memberi urutan kepada bayi selepas mereka mandi..ini dapat mengukuhkan lagi ikatan antara ibu bapa dan anak selain membuatkan mereka lebih relaks, meningkatkan pencernaan dan memaksimakan kualiti tidur. Ini semua dapat meningkatkan perkembangan IQ mereka.
TIPS 4
MASA BERKUALITI
Tempoh bayo dari lahir hingga 6 bulan atau setahun merupakan tempoh yang sangat penting. Pada waktu inilah mereka belajar banyak perkara dalam kehidupan mereka. Jika boleh, luangkan masa berkualiti ini hanya untuk mereka. Hubungan dan ikatan selama tempoh 1 tahun ini boleh memberikan kesan yang positif dan memberansangkan untuk tumbesaran anak dari segi emosi, fizikal dan juga IQ mereka.
TIPS 5
Pasangkan alunan muzik atau zikir lembut hingga bayi tertidur. Rima dan irama lagu dapat merangsang pola pemikiran anak dan juga meningkatkan pemahaman bahasa. Alunan muzik yang bersesuaian pastinya dapat meningkatkan IQ kanak-kanak.
Setiap dari kita mungkin banyak terlepas pandang dalam mendidik anak-anak. Tapi masih belum terlambat untuk kita perbaiki dan mulakan tips ini kan?

VITAMIN C CHEWABLE:
- setiap biji mengandungi 100mg vitamin C yang ditambah dengan ‘rose hips’ dan kompleks bioflavonoid bagi mempertingkatkan fungsi vitamin c dan menghalang oksidasi vitamin C dalam tubuh
- Penting untuk menyokong sistem pertahanan semulajadi anti-oksidan tubuh
- Membantu menyokong integriti sel
- Menggalakkan kesihatan mata, gigi, tulang, otot dan salur darah
OMEGA GUARD:
Merupakan minyak ikan TERBAIK DUNIA
Antara manfaat utama omega:
- Mencegah penyakit saluran darah dan strok
- Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori
- Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru
- Memelihara fungsi sendi-sendi
- Mencegah insomnia, mengurangkan tekanan dan menentang kanser
Love them, give them the best!