#THROWBACK

KOLEJ MARA BANTING: DIMANA SEGALANYA BERMULA~

Minggu lepas MIL ajak gi kenduri kawan di Banting dan alang-alang dah dekat dengan kolej terasa teringin nak jejak semula disana dan tunjukkan pada anak-anak..dah lebih 11 tahun meninggalkan KMB, jadi teruja jugaklah nak kesana 😀

kmb1

Mula-mula masuk, tengok sekeliling..dalam 11 tahun tak banyak yang berubah..suasana masih sama..cuma ada tambah cafe, taska untuk anak-anak cikgu..yang lainnya masih seperti biasa.

Bila berjalan di sekitar KMB, tengok bilik dobi, dewan makan, gazebo, astaka..dewan..kelas2..perpustakaan..automatik macam filem lama terbayang depan mata hehe sentimental tu..kenapa?

kmb5

Adaa terfikir, disinilah segalanya bermula..tempat yang mempersiapkan adaa untuk ‘terbang’ ke Belfast..menimba pengalaman..menimba ilmu..yang menjadikan siapa adaa hari ini..

Dulu adaa seorang yang sangat pendiam, loner..tapi bila di KMB adaa mula berubah jadi orang yang sangat bising..pot pet sepanjang masa..kami budak perempuan enginnering bukannya ramai pun..jadi itu menjadikan kami lebih rapat..masing-masing pak lawak..mana tak kecoh nya kan? what a great memory..sekarang masing2 dah beranak 2 3 orang dah..hehe

dapat tangkap sorang jer, lagi dua lari hehe
dapat tangkap sorang jer, lagi dua lari hehe

Disini jugalah adaa mula membina keyakinan diri..belajar banyak benda baru..dulu kami kena buat ‘community service’ gitu..adaa pergi ke zoo negara, membersihkan kandang badak, ular..menarik juga..dan 2 minggu sekali ke Taman Megah untuk melawat kanak-kanak kurang upaya disana..mengajar mereka, membantu mereka..peluang yang adaa dapat hanya di KMB..

Dan disini jugalah, adaa bertemu suami hehe bukan kawen kat sini ye..tapi mula berkenalan dengan suami..siapa tahu kan, budak kelas sebelah pulak jadi suami kita 😛 Tak pernah terfikir, tak pernah berharap..tak pernah mengejar..tapi takdir bak kata orang..Jadi kembali ke KMB ni jadi lebih sentimental buat kami apa lagi datang dengan anak 3 orang..menceritakan inilah kelas ibu, inilah kelas abah, inilah tempat lepak ibu, inilah asrama abah..kat sinilah ibu n abah  berbalas sms..ups hehe

sempat pulak dia snap gambar kita..
sempat pulak dia snap gambar kita..

Harapan nak bertemu cikgu tapi dah namanya hari ahad, mana ade cikgu nya kan..jadi melepas laaa ..

InsyaAllah dilain masa kita jumpa ye cikgu..

kmb3

Greatest memory ever~

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s