#CADANGAN DAN SET RAWATAN · #MASALAH KESIHATAN · B COMPLEX · ESP · GLA · Ostematrix · Vitalea · VITAMIN C · ZINC

JAMU & SHAKLEE: APA PILIHAN IBU BERPANTANG?

sekarang pelbagai produk dah tersedia dipasaran untuk ibu-ibu selepas bersalin, tinggal nak pilih yang berkenan je kan? Ada orang selalu tanya Adaa, nak pilih jamu atau shaklee?

EPISODE PERUBAHAN DIRI IBU SELEPAS BERSALIN

Selepas bersalin, kita melalui perubahan yang pelbagai tak kiralah sama ada dari segi emosi atau fizikal..antaranya:

  1. Emosi
  2. Masa tidur
  3. Rambut
  4. Bentuk badan
  5. Kulit
  6. Dan lain-lain lagi

Emosi  selepas bersalin

stress-mom

Sebaik sahaja bayi dilahirkan maka bermulalah perubahan hormon dalam badan ibu. Ibu yang tidak mempunyai sebarang masalah dan berasa sihat bertenaga. Ada juga yang menghadapi kemurungan. Bayi kita memerlukan perhatian dan kasih sayang kita. Begitu juga dengan diri kita. Secara tiba-tiba semua tumpuan diberikan kepada anak.

Proses penyesuaian diri dengan kehadiran orang baru memerlukan kekuatan emosi. Tetapi badan kita juga memerlukan rehat yang secukupnya. Sebaik sahaja hormon kita mula stabil, kita akan lebih mudah menyesuaikan diri dengan keadaan baru ini.

 

Keletihan

sleep-mom

Ini salah satu situasi yang sering ibu lalui. Bayi yang baru dilahirkan perlu disusukan 3-4 jam sekali. Selepas berjam menahan sakit dan melahirkan pastinya ibu sangat letih.Memang mencabar emosi dan fizikal. Tetapi kita harus positif. Selepas sebulan bayi kita akan tidur lebih lama di waktu malam. Ketika bayi tidur, ambil waktu tersebut untuk kita tidur supaya badan tidak keletihan.

Tahukah ibu-ibu keletihan adalah salah satu penyebab susu badan berkurangan? Jadi kena dapat rehat yang mencukupi.

 

Tempoh berpantang

diet

Dalam adat orang Melayu 44 hari pertama selepas bersalin ini di panggil tempoh berpantang. Amalan berpantang berdasarkan adat merangkumi makanan yang perlu dielakkan dan mesti dimakan, perbuatan dan sebagainya. Dari segi perubatan moden, tempoh berpantang adalah selama 6 minggu. Ia memberi masa untuk  luka-luka akibat bersalin sembuh sepenuhnya. Apabila darah nifas sudah kering, maka si ibu sudah bersedia fizikal dan mental untuk anak dan suaminya.

Sepanjang tempoh nifas, pastikan kita menjaga kebersihan sebaik mungkin untuk mengelakkan jangkitan kuman. Pastikan tuala wanita yang digunakan lembut dan bersesuaian dengan kita. Selalunya selepas 6 minggu ibu di sarankan berjumpa dengan pakar sakit puan untuk pemeriksaan.

 

Keguguran rambut

hair-fall

Masalah keguguran rambut di kalangan ibu selepas bersalin adalah normal. Ini disebabkan perubahan hormon. Oleh itu, elakkan mewarna rambut buat masa seketika dan gunakan shampu yang bersesuaian. Ibu boleh mendapat khidmat ahli farmasi untuk tujuan ini. Memotong rambut juga boleh membantu menguatkan rambut. Jika masalah ini berterusan selepas beberapa bulan, hubungi doktor pakar untuk nasihat.

 

Kerap terkencing

Ini juga adalah sesuatu yang normal untuk ibu yang baru lepas bersalin. Pastikan ibu sentiasa menggunakan pad atau liner ketika keluar. Dapatkan nasihat doktor pakar sakit puan untuk membantu anda mengatasi masalah ini.

 

Kulit yang kusam

skin

Ada diantara wanita mengandung mengalami masalah kulit kusam dan berbintik-bintik. Jangan risau, ini juga adalah perkara yang normal dan akan mula hilang sebaik sahaja tempoh kehamilan tamat. Ibu juga harus berhati-hati untuk tidak selalu berjemur di tengah panas kerana ini boleh meningkatkan pigmentasi kulit.

 

Tanda regangan di perut

Inilah yang paling ditakuti oleh para ibu. Tetapi malangnya ia tidak boleh dielakkan. Kadang kala walaupun kita telah menggunakan pelbagai jenis krim, tetapi tanda regangan masih juga timbul. Bukan sahaja di perut, malah di peha, buah dada dan pelbagai lagi tempat.

Malangnya, tanda ini sukar untuk dibuang sepenuhnya. Tetapi, lama-kelamaan ia akan menjadi pudar juga. Apa yang kita boleh lakukan ialah senaman yang aktif  selepas berpantang dan kembali kepada berat yang ideal.- sumber

Inilah antara perubahan yang dilalui oleh ibu selepas bersalin. Jadi sepanjang tempoh berpantang tu amat penting untuk kita mendapatkan rehat yang secukupnya, zat yang terbaik bagi memulihkan tubuh kita dan juga mental kita.

JAMU ATAU SUPLEMEN?

Pada waktu inilah ibu-ibu mula berfikir untuk mendapatkan bantuan supaya badan lebih  bertenaga dan proses pemulihan dapat berjalan lancar. Persoalannya sekarang nak pilih jamu atau suplemen?

JAMU

Jamu-Beras-Kencur-1

Jamu adalah amalan tradisi sejak berkurun lamanya dan ianya sudah sebati dalam kehidupan masyarakat melayu. Dan kini, bukan melayu sahaja berpantang dengan jamu, orang Cina dan India pun sama tau!

Jamu mempunyai pelbagai fungsi untuk ibu contohnya:

Campuran daun sireh, ubi cekur, kunyit, dan sedikit madu berfungsi untuk memanaskan badan ibu, melancarkan peredaran darah, mengelakkan badan dimasuki angin.

Manjakani berfungsi mengembalikan tenaga, menguatkan otot faraj selepas kelahiran, menghilangkan keputihan dan banyak lagi.

Kunyit kita paling maklum untuk mengecutkan rahim, melancarkan perjalanan darah, membantu mengeluarkan darah nifas dengan lancar.

Terdapat pelbagai gabungan herba tradisional yang sesuai untuk ibu ..petua yang tak hilang dek zaman 🙂

 

SUPLEMEN

SET BERPANTANG SHAKLEE
SET BERPANTANG SHAKLEE

Suplemen pula merupakan makanan tambahan untuk ibu selepas bersalin. Ada sesetengahnya berfungsi seperti jamu tetapi kebanyakkannya lebih kepada pemulihan moden.

Zinc– untuk memulihkan luka bersalin dengan lebih cepat, membantu mengelakkan rambut gugur dan menggalakkan rambut yang lebat.

Vitalea– multivitamin yang lengkap dengan zat besi untuk memulihkan badan ibu slepas bersalin, mencukupkan keperluan zat ibu-ibu supaya ibu kekal bertenaga, jadi tubuh ibu juga bersedia menghasilkan susu dengan lebih lancar kan?

B complex– membantu mengelakkan stress ketika berpantang, memberikan tenaga kepada ibu-ibu

Vitamin C – menggalakkan pemulihan segera, mengembalikan kulit yang gebu dan sihat, menghilangkan kusam, melancarkan penghadaman

Ostematrix– salah satu komponen utama susu ibu ialah kalsium jadi ibu amat memerlukan kalsium yang mencukupi. Ostematrix dilengkapi dengan magnesium yang membantu penyerapan kalsium yang lebih baik. Ibu akan lebih bertenaga, dapat tidur dengan lena, membantu penghasilan susu ibu, mengelakkan sakit belakang.

ESP– protein soya terbaik dari alam semulajadi ini memabantu dalam penghasilan susu ibu, memberikan tenaga berpanjangan, merupakan sarapan yang mudah untuk ibu dalam tempoh berpantang. Masalah kulit, selulit, juga dapat diatasi dengan pengambilan protein yang berkualiti ni.

untuk PERUBAHAN HORMON pula, ibu boleh ambil GLA dari shaklee..bukan sahaja membantu memulihkan dan menstabilkan hormon, tetapi juga membantu mengembalikan kulit yang lebih cantik dan membakar lemak.

Jadi, mana nak pilih? Jamu atau suplemen? Ibu-ibu, adaa selalu kata, ambillah dua-dua ..lebih bagus..fungsinya tidak sama dan pengambilan bersama tidak mendatangkan mudarat malah lebih baik. Jadi kenapa perlu pilih satu jer ye tak?

Untuk pembelian SET BERPANTANG  menggunakan DEBIT/CREDIT card anda,  anda boleh klik ESELL dan dapatkan secara terus😀 (jika inginkan konsultasi percuma sebelum atau selepas pembelian, info membership dan potongan harga untuk ahli, atau sebarang persoalan boleh hubungi adaa ok? kita bincang dulu apa yang sesuai apa yang tak sesuai) Untuk tutorial cara membeli secara online menggunakan ESELL klik SINI

esellorder now

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s