#MASALAH KESIHATAN

KESAN TIDAK BERPANTANG SELEPAS BERSALIN

Selamat pagi korang! Hari ni nak cerita pasal berpantang lah..Adaa last berpantang dah lama..dah dua tahun pun..tapi kali ni baru nak menulis haha delay..tapi adaa bukan nak cerita pengalaman berpantang adaa tapi nak kongsi serba sedikit tentang kesan tak berpantang selepas bersalin..saje untuk rujukan dimasa hadapan dan harap bermanfaat untuk semua juga 😀

KESAN TIDAK BERPANTANG

tak sanggup nak letak gambar betul..ngeri! gambar ni pun ok ye..

Rahim Jatuh / Prolapse

Prolapse Rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh kebawah dan kadang kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligament dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran, Justera itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.
Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat

  • Peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa.
  • Peringkat kedua dimana pintu Rahim jatuh sampai kepermukaan faraj.
  • Peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan Rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj, keadaan ini yang biasa di gelar “tombong”.

Gangguan Kencing

Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah kencing contoh:
–  kerap kencing
–  sakit ketika nak kencing
–  kencing yg tak terkawal khususnya semasa batuk, ketawa yang kuat ini
di panggil (Stress Incontincence).

Keadaan ini menyusahkan dan menganggu tugas harian khususnya dalam menjalankan amalan  ibadah seperti solat.

Gangguan Hubungan Kelamin

Oleh kerana berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang dipanggil Pelvic Floor Muscle, Maka kekuatannya untuk mencengkang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu. Ini meyebabkan kepuasan dan kenikmatan seks, khususnya kepada sang suami kurang puas & tak menyeronokkan. Ramai wanita seta suami mengadu tentang kurang nikmat dan tidak puas ketika melakukan hubungan seks, terutama selepas melahirkan anak. Perkara ini berpunca daripada pelbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.

Sakit Pingang & Tidak selesa dibahagian Sulit Wanita

Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada proplapse rahim ialah rasa tidak selesa dibahagian sulit, kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada faraj. Ini berlaku ketika berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab Rahim jatuh ia menarik otot dan sering kali urat dibahagian pingang juga akan tertarik menyebabkan ramai diantara wanita mengadu sakit pinggang.

Gangguan Kesihatan

Dalam Kes Proplapse yang teruk atau peringkat ketiga dimana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam dan menyebabkan luka atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman dan menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka masa panjang ada juga kes dimana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeseran yang berpanjangan.

sumber

ini antara kesan tidak berpantang dengan betul..kesan lain?

Yang kita selalu dengar ialah bentan..bentan ni gangguan kesihatan ketika dalam pantang atau selepas pantang akibat dari cara berpantang yang tidak betul atau tak berpantang pun..

JENIS BENTAN

 

1. Bentan Urat

* Badan ibu tiba-tiba lemah, demam, serta bisa-bisa urat dan setiap sendi badan seperti lutut, menggigil kesejukan meskipun tengahari (siap berselimut tebal pun sejuk lagi), seluruh otot badan tegang dan kekejangan.
* Selalunya berlaku apabila ibu terlalu aktif atau melakukan aktiviti fizikal yang melampau.

 

2. Bentan Urat Peranakan/Urat Rahim (ari-ari)

* Kesakitan di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga tumpah darah. Kadang-kadang kesakitan ini menyebabkan lutut bertemu dagu sehingga susah untuk meluruskan badan si ibu.
* Selalunya terjadi jika ibu-ibu mengangkat benda-benda berat.
* Ibu digalakkan baring di atas lantai tanpa alas bantal dan alas punggung dengan 2 biji bantal. Atau ibu boleh sandarkan kaki pada dinding untuk kurangkan pengaliran keluar darah.

 

3. Bentan Urat Besar (Pinggang)

* Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul yang dikenali sebagai urat sum. Ibu-ibu yang mengalami bentan urat besar ini akan merasa lenguh dan sakit di atas bahagian tongkeng(belakang). Selalunya terjadi kepada ibu bersalin secara pembedahan. Kadang-kadang kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sampai ibu jalan terjingkit-jingkit. Jika dibiarkan, ibu boleh berjalan capik seumur hidup.

inilah antara kesan-kesan tidak berpantang dengan betul..belum lagi cerita masalah angin ye tak?

Kesimpulannya ketika berpantang, haruslah kita buat dan amalkan..jangan culas..adaa tahu orang-orang muda sekarang suka mengelat..(termasuklah saya huhu) tak macam orang zaman dulu..mungkin sebab tiada orang nak jaga, kekangan kerja dan sebagainya..tetapi selagi boleh, cubalah kita amalkan dan berpantang sebaik mungkin supaya kelak kita kekal sihat dan dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada keluarga kita..

esok, kita sambung lagi ..

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ::
Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s