#MASALAH KESIHATAN

AKU & ANGIN: PUNCA & SIMPTOM ANGIN DALAM BADAN

Masalah angin dalam badan ni sangat lazim terjadi pada sesiapa pun terutamanya untuk rakyat Malaysia yang sangat kaya dengan pelbagai jenis makanan. Kita pula jenis yang sangat kuat makan betul tak? Jangan tipu… 😀

Apa kaitan masalah angin dengan makanan?  ha jangan tak tahu..diet dan pemakanan adalah punca utama masalah angin.

APA ITU ANGIN?

Angin merujuk kepada kembung, sendawa, sendawa yang berterusan, kentut, melepaskan angin. Ianya boleh keluar melalui mulut atau dubur.

Angin terjadi akibat proses biologi apabila makanan dan minuman dicerna. Selalunya angin ni terdiri dari gas karbon dioksida, oksigen, hidrogen, nitrogen dan metana.

APA PUNCA ANGIN DALAM BADAN?

Ha..ini penting ni ya. Ada 2 sumber terjadinya angin:

  1. MENELAN UDARA
  2. APABILA BAKTERIA DALAM USUS BESAR MENGHADAM/MEMPROSES MAKANAN

Apabila kita makan dan minum, kita akan menelan udara secara tidak sengaja. Perbuatan mengunyah gula-gula getah juga membenarkan banyak angin masuk kedalam badan. Sekiranya angin ni tak keluar melalui sendawa, ia akan masuk ke usus dan menyebabkan kembung atau masalah angin.

Karbohidrat merupakan makanan yang susah dihadam. Sekiranya badan kita tak mempunyai cukup enzim untuk menghadam karbohidrat ketika ia melalui usus kecil, makanan yang tidak dapat dihadam tadi akan meneruskan perjalanan ke usus besar dalam keadaan yang masih belum dihadam sepenuhnya. Disinilah bakteria terpaksa bekerja untuk memecahkan karbohidrat tadi dan melepaskan gas nitrogen, karbon dioksida, dan metana yang seharusnya disingkir keluar dari badan.

Tak semua makanan berangin ye..selalunya angin terjadi selepas kita makan karbohidrat terutamanya yang mengandungi serat tidak larut seperti kacang dan sesetengah sayur seperti brokoli, kubis dan bawang.  Makanan yang tinggi dengan serat seperti beras perang dan ‘baked beans’ juga boleh menyumbang kepada masalah angin. Juga, tak semua orang juga mendapat kesan yang sama bagi semua makanan. Ada orang tak boleh makan pulut, ada yang ok jer..lain badan lain tindakbalasnya.

Sebab lain..contohnya minum minuman bergas ke, atau perubahan diet ke, juga boleh menyebabkan masalah angin.

TANDA/SIMPTOM MASALAH ANGIN

  • Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
  • Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
  • Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
  • Selalu menguap/mudah mengantuk.
  • Sukar bernafas/nafas pendek.
  • Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
  • Kulit kering.
  •       ‘Muscle spasms’ waktu tidur/jaga.
  •       Perut berangin.
  •       Sakit kepala/migraine.
  •       Perasaan mudah marah.
  •       Hilang selera makan.
  •       Hilang/kurang nafsu seks
  •       Dan lelain rasa ketidakselesaan badan.

Itu antara punca dan tanda-tanda masalah angin.

Adaa sendiri mula hadapi masalah angin ni pada tahun 2004 gitu masa mula belajar di Belfast. Tak tahulah sebab apa, mungkin cuaca ke, jenis makanan ke, kurang bakteria baik dalam usus ke..tapi itulah saat bermulanya episod ‘belching’ atau sendawa yang berterusan..

Selama 11 tahun ni terkawal jer..biasa sahaja..malah adaa takda pantang-pantang makan pun..kiranya taklah sensitif sangat bab-bab makanan ni..durian ke, pucuk ubi ke, lemang ke, segala benda lah takda masalah..takdalah lepas makan terus rasa berangin satu badan.

Tapi tulah, nak dijadikan cerita 2 ogos lepas, secara tiba-tiba adaa mengalami serangan angin. huhu Takda angin takda ribut, tengah duk tengok tv..terasa angin dalam badan..nak keluar tak lepas pulak..urut punya urut, memang keluar angin tapi terasa pula ‘palpitation’ atau debaran, dan agak sesak nafas..sudahhhh…takut punya pasal..bekejarlah ke hospital..(version ringkas jelah ye..tak kuasa nak cerita detail2 haha)

Setelah diperiksa, buat ECG, scan, cek darah semua organ normal..jantung, paru-paru, pankreas, rahim, pundi kencing, buah pinggang, semualah..dalam keadaan baik..normal sihat walafiat. Cuma angin ni je masalahnya..jadi doktor pertama kata, masalah gastrik ..doktor kedua kata, reflux..ha..jadi awal-awal ni makan ubat lah dulu dan adaa ambil juga ‘peppermint ginger shaklee’..nanti kita tengok perkembangannya. ok cukup dulu cerita adaa.

ADAKAH IANYA BAHAYA?

Sendawa yang kronik dan berpanjangan boleh menjadi tanda adanya penyakit dalam saluran penghadaman, seperti ulser atau gastro – esofagus reflux penyakit ( GORD ) .

Kembung pula mungkin disebabkan oleh pelbagai penyakit, termasuk sindrom usus (IBS ) , kanser kolon dan penyakit Crohn, atau hernia .

Tetapi, jangan risau..ini adalah masalah biasa dan sangat lazim..pokok pangkal, jaga diet kita, pemakanan kita..insyaAllah..terkawal semuanya.

Juga, jika ragu-ragu, dapatkan khidmat profesional dengan segera ok?

dalam entry yang lain, insyaAllah kita bincang tentang cara atasi pula ok?

 

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ::
Advertisements

15 thoughts on “AKU & ANGIN: PUNCA & SIMPTOM ANGIN DALAM BADAN

  1. Saya jg mengalami masalah lebih kurang mcm adaa, tiba2 rasa x boleh nafas & kaki tangan jd kebas..rasa nyer bepunca dr saya makan sayur berangin ngan jantung pisang..kene pd akhir tahun lepas spi skrg saya masih ada lg angin di badan ni

    Like

    1. Hai saya kembung perut kadang sebelah kiri mcm kena Karen agin ke ia… Tagan sebelah kiri jafi leguh kebas..saya buat keja banyak guna tangan kanan. Agin ke atau sakit lain

      Like

  2. Saya pun ada masalah angin..kerap sangat kena. Hujung 2015 angin dalam badan start teruk. Pernah sampai mintak tolong kawan tolong urut masa di office. Skrg setiap hari saya amalkan sblm ambil minuman supplement saya akan baca bismillah 5 7x,al fatihah 1x,dan selawat 3x sambil kacau air lawan arah jam,lepas tu niat dan doa.sblm minum tiup dulu air tu.setakat ni alhamdulillah.masih lagi ada angin cuma x la seteruk dulu.klu tiba2 angin tersekat n rasa sakit saya letakkn tangan di bhgn yg sakit sambil baca bismillah 5x..alhamdulillah berkurang.

    Like

  3. Saya ingun kongsi pengalamn saya yg kena gastrik ni.kita kena mempunyai kesabaran yg tinggi.saya jg mkn ubt gastrik yg boleh didpti di kedai ubt yunnan di kota bharu.di samping tu saya pergi buat urutan drp bidan kampung supaya angin dlm bdn cpt keluar.selain drp itu susu kambing jg baik utk org yg kena gastrik.saya jg amalkan ayat2 alquran sbg penyembuh.kita berikhtiar Allah sbg penyembuh..smg bermanafaat kpd rakan2 di luar sana.slmt mencoba..

    Like

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s