MEMBERSHIP SHAKLEE · PELUANG BIZ DENGAN SHAKLEE · SHAKLEE RELATED

DUNIA WAHM: ”Ruginya ada ijazah tapi TERPERUK kat rumah!”

Biasa dengar ayat tu? Cuba angkat tangan siapa yang pernah kene ayat tu? (saya!)

Dulu mula-mula masuk ke telinga terus menusuk di kalbu..uh pedih! Tapi sebenarnya, bila difikir dan dinilaikan kembali, dunia sekarang ni berbeza dengan dulu..

”rugi ada ijazah, tapi terperuk kat rumah dengan anak-anak!”

rugi ke? Bagi Adaa, sikit pun tak rugi..kenapa? Adaa masih ingat dulu, masa kecik, sampai lah sekolah menengah, bila balik rumah masa cuti, kan cikgu bagi kerja sekolah kan..adaa ni cukup tak minat nak buat karangan bahasa inggeris (ironi kan..sudahnya ke UK juga diriku) ..adaa ingat ada satu masa tu, adaa sampai nangis kat rumah sebab takda siapa nak ajar..kakak-kakak pon umur lebih kurang je dengan Adaa..Umi pon taklah hebat sangat bahasa inggeris hehe sudahnya sambil nangis-nangis siapkan kerja sorang-sorang.

Bila adaa dah jadi ibu ni, adaa rasa bertanggungjawab untuk mengajar anak-anak apa yang boleh. Jadi taklah rugi ijazah tu kan…ada gunanya..ilmu tu masih adaa gunakan sehingga kinitak kisahlah secara formal ke informal ke..

”Terperuk aje , buat rugi duit kerajaan je bagi biasiswa belajar”

Ye, saya antara orang yang bertuah apabila wang pinjaman saya diubah kepada biasiswa dan perbelanjaan Adaa sepanjang belajar sebanyak hampir setengah juta ringgit Malaysia tu adaa tak perlu bayar satu sen pun sebab Adaa berjaya dapat 1st Class Honour. Syukur..tapi rugi ke duit kerajaan tu? kenapa? sebab saya tak kerja dan tak menyumbang kepada pendapatan negara?

Bukan satu cara je kita boleh bayar semula duit kerajaan. Ilmu kejuruteraan yang adaa belajar tu mungkin tak digunakan untuk mendapatkan jawatan tinggi dalam syarikat terkemuka, atau tak digunakan untuk mendapat gaji besar..tapi ilmu tetap ilmu..ilmu yang adaa belajar tu adaa boleh gunakan dengan cara lain. Contohnya, ilmu IT, biologi, adaa boleh gunakan dalam perniagaan shaklee ni..takdalah adaa tercengang dengan ‘term’ perubatan ke kesihatan ke..itu baru contoh mudah..ijazah hanya kertas, ilmu untuk mendapatkan ijazah tu yang kita boleh guna dalam apa juga cara asalkan mendatangkan faedah kepada diri, keluarga dan negara.

lagi satu, ilmu itu sendiri tidak terhad kepada ilmu dibuku sahaja, tapi lebih dari tu..jujurnya bagi adaa, kalau ilmu perubatan, kejuteraan, akauntan, peguam tak kisahlah apa pun semua universiti hampir sama..tapi yang lebih banyak mengajar adaa adalah tempat dimana adaa belajar tu. Di UK adaa belajar cara bersosial, cara membawa diri dan jati diri, belajar berdikari, sudut pandangan yang berbeza, belajar kelebihan negara mereka dan lihat kembali pada negara sendiri..itu semua pengalaman paling berharga bagi Adaa.

percayalah, dengan ‘attitude’ yang betul, cara yang betul, insyaAllah ilmu diijazah kita tadi tu pasti digunakan pada jalan yang betul dan menguntungkan.

Belajar mengenal diri, baru kita boleh pandu diri ..kalo setakat ilmu melangit tapi attitude fail..tak kemana jugak…

”duduk kat rumah tak berkembang! takda hasil!”

Selagi yang namanya manusia, dimana juga kita duduk, dan apa juga yang kita buat, yang mendatangkan faedah, pastilah ada hasil. Nenek kita zaman dulu, duk je rumah, tapi bukan goyang kaki..jaga anak, masak, urus rumahtangga dan keluarga, berkebun, bersawah..macam-macam..hey, dulu diorang pon bersosial jugak tau..apa yang tak berkembangnya?

Zaman sekarang lagilah, teknologi dihujung jari..semua boleh dicapai..mungkin adaa tak tahu tangga gaji syarikat korang, atau gosip di tempat kerja atau suasana bekerja di pejabat macam mana..tapi itu tak menjadikan adaa kolot atau terperuk..bende tu semua boleh dipelajari, boleh ditanya, boleh tahu kan..jadi apa masalahnya?

Takda hasil? siapa kata? sekarang orang boleh buat bisnes online kan..jangan tak tahu, lemang pon orang eksport sampai luar negara tau..ko ado? haa…jadi jangan ingat orang duk rumah, merugikan, tak menyumbang apa-apa..cuba scroll facebook tu, penuh orang berniaga tau.

teknologi tiada sempadan..gunakan sebaiknya. Hasil pasti ada. Bukti?

wpid-photogrid_1402240962681
belanja satu gambar sudahhh

Mulakan langkah..hasil pasti ada..

Kesimpulannya, tak rugi pun terperuk dengan anak-anak kat rumah 😀

~OneproudWAHM~

 

 

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s