#CADANGAN DAN SET RAWATAN · B COMPLEX · Vitalea · VITAMIN C · VIVIX

SAYA IBU LUAR BIASA

Hehehe tu namanya dah kering idea nak buh tajuk. Apa yang luar biasanya ni? bersesungut ke Adaa ni? Ade iras ‘catwoman’ ke? Atau mcm Dibo yang ada kuasa mengeluarkan apa sahaja hadiah? mestilah tak..habis ape yang luar biasanya? luar biasa sebab saya Supermom! uih..macam superman ke?

supermom 1

 

SUPERMOM ZAMAN DULU

Adaa pasti ramai yang dah biasa dengan perkataan ‘supermom’ kan? Sebenarnya dari zaman tuk nenek kita lagi dah wujud dah supermom ni..tengok orang dulu kala..pegi kesawah, ikat kain dipinggang, gendong anak dibelakang, terbongkok menyemai padi..lepas tu balik masak..bukan macam sekarang, tinggal tekan suis atau putar je nak hidupkan api..ni nak kene amek kayu api dulu..nak nyalakan lagi..semput nak hidupkan api tau..barulah dapat masak..sambil-sambil tu anak duk meraung, yang berkubang, berkubanglah..belum cerita nak membasuh baju, ambil air di telaga atau sungai..uuuuu hebat! anak pulak, bukan 1 2 orang, 8 tu kira purata baru tau..

SUPERMOM ZAMAN SEKARANG

Zaman sekarang mungkin segalanya lebih mudah, mudah dari segi teknologi, tetapi cabaran tetap ada..cuma dalam bentuk yang berbeza..

zaman sekarang ni cabaran kita, kewangan, pekerjaan, mana nak letak anak lagi..macam-macam..adaa tak pasti dengan cerita ibu-ibu lain, tapi kali ni adaa kongsi kehidupan ibu bernama Syuhada ni.

Bagi adaa sendiri, kenapa adaa kata adaa luar biasa a.k.a supermom? (perasan!) pernah tengok ni?

supermom 2jelita sangat mom tu hehe sekarang inilah tugas seorang supermom.

KEHIDUPAN ZAMAN ANAK SATU

Dulu masa anak satu, adaa rasa bosan sangat ..rasa kehidupan seorang ibu dirumah sangat mudah..sampai dah tak tahu nak buat apa.

Mana taknya, bangun pagi, suami pergi kerja..anak belum bangun, sapu rumah sikit, kemas-kemas, masak sarapan untuk diri sendiri, masak bubur anak, anak bangun, mandikan anak, suap anak..pastu tidur..jam baru kul 1..pastu buat apa lagi? bosan…

KEHIDUPAN ZAMAN ANAK DUA

Masa ni adaa dah mula pindah ke rumah yang lebih luas, dan dah mula berbisnes online menjual pakaian bayi dan kanak-kanak..ok sedikit mencabar dengan urusan anak-anak dan rumah tangga..tapi, masih boleh diatur..beres gitu..namun bisnes sedikit gagal haha

KEHIDUPAN ZAMAN ANAK TIGA

Masa anak dua, suami dah mula buat bisnes, dan adaa juga dah mula bershaklee dan mula menambah anak ketiga..Bila si ibu dan si abah bekerja dari rumah, perangai anak-anak ni lain sikit..manjanya lebih, mengadanya lebih betul tak? kalau dengan orang lain..uuu baik sungguh!..maka bermulalah kehidupan supermom.

Dengan anak yang berumur 1 tahun lebih, 3 tahun lebih dan sarat mengandung anak ketiga..bayangkan saja nak melayan kerenah dari celik mata hingga pejam mata dimalam hari..24/7 dengan mereka..segala kerja jadi double tripple kan? dah bersalin? lagilah…lagikan anak satu kita bersengkang mata..inikan pulak dengan 3 hero..tu belum tambah lagi dengan ‘anak-anak’ shaklee yang berderet..yang perlu dibimbing..

Celik mata

Buat sarapan, kemas rumah (kemas berjam, tak sampai 5 minit sepah balik huhu), mandikan 3 hero, anta anak sekolah, nak beli lauk, nak lipat kain, nak basuh kain, nak pos barang shaklee, nak update blog, nak mandi, nak layan customer, nak coaching, layan anak, masak tengah hari, kesana kesini..memang rasa nak pengsan..

List tu macam sikit kan..tapi secara lahiriahnya..huuu mencabar..emosi, jiwa fizikal..

Disaat adaa mula tulis entry ni tadi, spagetti di masih diatas dapur, anak baru balik sekolah..bergaduh nak tengok tv..yang meraung-meraunglah, yang minta nak susu, nak dimandikan, nak makan..waduh..1 entry ni kadang-kadang bersambung-sambung haha

Dah jadi biasa, sambil sebelah tangan pegang telefon, sebelah lagi pegang senduk, anak kat kaki tarik-tarik seluar nak air lah apelah, anak lagi satu memanggil-manggil dari ruang tamu nak tukar channel lah, berebut mainanlah..mujurlah telefon belum penah masuk kuali.

Sambil masak, berlari ke opis kecilku ni menaip dua tiga ayat..lepas tu berlari ke dapur semula kot hangus pulak masakan..kalau orang tengok, aiii dah macam hape!

Tapi itulah namanya WAHM kan..supermom..tak boleh cuti..tak boleh elak..tak boleh mc..

walaupun hidup adaa ni rasa luar biasa juga kadang-kadang, adaa pasti lebih ramai lagi ibu diluar sana yang lebih LUAR BIASA. mungkin anak lebih lasak, atau keadaan rumah yang lebih daif, atau beban kerja yang lebih banyak..apa pun syukur..itu asam garam hidup ye tak?

Memang tak dinafikan, adaa bukan lah fit sangat..letih memang sangat letih..berpinar, gelap mata, tekanan darah rendah, semua ada..sebab tulah doktor suruh adaa ambil vitamin. Tambah-tambah sekarang anak dah 2, 4, dan 6 tahun..petang-petang nak kene main pulak..dah dengan kita ni sekali main bola …ibu pon dah kene jadi pemain bola..

*disaat ini, 3 hero sudah pakat mandi mana dalam bilik air..sabar jelah…bila dah besar, akal pun makin panjang..semua dah pandai..semua sekepala..kul 3 petang ni pakat berkubang pulak dengan mainan dalam bilik air tu..

Jadi, atas nasihat doktor..adaa setia dengan multivitamin ini..dah hampir 5 tahun pun..jadi, wahai IBU-IBU LUAR BIASA A.K.A SUPERMOM, jika anda perlukan ‘extra power’ boleh cuba ya 😛

PERLU LEBIH KUASA-

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

 

 

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s