#MASALAH KESIHATAN

AIS MEMBAHAYAKAN, MENYEBABKAN KEGEMUKAN DAN MEMBEKUKAN LEMAK: MITOS ATAU FAKTA?

Biasa tak baca, jangan minum ais sebab nanti ia akan membekukan lemak dan menyukarkan proses pembuangan lemak dalam badan, lepas tu ianya akan berkumpul di usus dan menyebabkan kanser ..akhirnya kita akan jadi sakit dan gemuk. Biasa kan? kalau korang ‘google’ sekarang pun banyak sangat blog yang masih menulis tentang ni..tapi soalnya sekarang, betul ke? betul ke ais ni bahaya? betul ke ais bekukan lemak..

AIR BERAIS
AIR BERAIS

Ok, sebenarnya setakat ini TIADA BUKTI SAINTIFIK langsung tentang fakta tersebut dan tiada siapa pernah membuktikan yang ianya benar. Ianya hanya sekadar andaian dan kata-kata dari mulut ke mulut sahaja…

FAKTA 1

Suhu oral kita lazimnya sekitar 36.8 darjah celcius iaitu sejuk sedikit dari suhu badan 37 darjah celcius. Hebatnya kejadian tubuh kita ni, badan kita merupakan satu sistem yang akan sentiasa memastikan suhu terasnya berada dalam keadaan atau suhu yang tetap iaitu sekitar 37 ( plus minus half degree). Apabila air sejuk masuk kedalam sistem badan, haba akan segera dipindahkan/dialirkan kepada air sejuk tersebut untuk menyamakan suhu air tersebut dengan sistem badan dalam beberapa minit sahaja.

Sebagai bonus, jika kita minum 500ml air sejuk, badan kita akan membakar sebanyak 17 kalori untuk memastikan suhu dalam badan kita kekal. Makanan yang kita makan tidak akan terjejas sedikit pun seperti yang didakwa kerana ianya juga akan berada pada suhu yang sama sepertimana air tadi.

FAKTA 2 

Menurut sumber dari Columbia University Health Services, air sejuk lebih cepat diserap dari perut ke dalam sistem badan kita berbanding air suam. Jadi ianya menghidrat tubuh lebih cepat dan lebih baik untuk anda.

FAKTA 3 

Minum air tidak kiralah sejuk atau tidak bersama makanan membahayakan? Sama sekali tidak! Ada yang mengatakan air tersebut akan mencairkan asid perut dan menghalang penghadaman..sebaliknya air yang diminum ketika makan akan membantu memproses makanan dengan lebih efektif dan sebagai bonus, jika kita minum air sebelum makan, kita mudah berasa kenyang dan akan makan dalam kuantiti yang sedikit dan terkawal.

Jadi, sebenarnya tak bahaya pun…siapa kata tak elok lah apa lah..yang bahayanya jika anda TAK MINUM AIR ..ha tu bahaya sebab anda boleh kering kontang hehe ‘dehydrated’.

Minum air yang mencukupi sangat penting untuk memastikan sistem tubuh berjalan dengan lancar, tisu-tisu badan kekal lembap dan segar serta memastikan badan dapat melakukan detoksifikasi dengan baik. Jadi pastikan kita semua minum sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari ok?

 

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s