MEMBERSHIP SHAKLEE · PELUANG BIZ DENGAN SHAKLEE · YES PROGRAM

HAMPIR KE SITU-MENDUA

 

Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu ku punya
Harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkah ku miliki

Sudah jauh kita temu
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmah yg akan menunggu di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya cuba

*korus

Jika halangan menduga
Perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Kerna ku ada di sisi
Setia menemani
Andai semangat mu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegah
Tetapi apakan andainya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan tapi
Kau atau aku
Tandaku punya kamu
Apa telah akhirnya
Tetap bersama.

Pernah dengar lagu ni? Lagu ni dicipta oleh KRU sebagai OST filem Duyung yang dilakonkan oleh Maya Karin, Saiful Apek, Yasmin Hani dan ramai lagi..Filemnya boleh tahan tapi adaa nak cerita hari ni pasal lagunya..

Ini adalah salah satu lagu yang sangat menyuntik semangat..bicara tentang IMPIAN, CITA-CITA, SEMANGAT JUANG & KEBERSAMAAN dalam menuju impian..tiada yang mustahil didunia ni kan..

Bila time-time down, lagu ni berjaya menyuntik semangat Adaa kembali..lirik yang cukup ringkas tetapi maksud yang mendalam dan sangat dekat dengan hati.

Walau apa jua yang kita lakukan, jangan sekali kali separuh jalan..teruskan..walau dalam perjalanan kita banyak terluka, atau hasilnya tidak seperti yang kita impikan, sekurang-kurangnya kita dah cuba.

Biasa dengar kisah pencipta terkenal dunia?

THOMAS EDISON
THOMAS EDISON

Mentol

Thomas Edison tidak mempunyai bakat luar biasa. Beliau hanya memiliki imaginasi dan keinginan yang tinggi untuk menghasilkan sesuatu yang memberi manfaat kepada manusia. Ciptaan mentol lampunya mengambil masa yang lama dengan perancangan yang teliti, mengulangi ujian dan eksperimen berkali-kali tanpa jemu dengan kegagalan. Akhirnya beliau berjaya menghasilkan mentol lampu yang berjaya menerangi alam ini melalui teknologi ciptaannya. Di peringkat permulaan, pada tahun 1879, mentol-mentol lampunya telah digunakan di bangunan yang menempatkan makmalnya di sebuah jalan di New Jersey. Revolusi perindustrian dan peningkatan permintaan pasaran lampu membuaatkan Thomas Edison menjadi sangat terkenal di dunia hasil dengan hasil ciptaanya

WRIGHT BROTHERS
WRIGHT BROTHERS

Kapal Terbang

Dua Bersaudara Oliver dan Wilbur Wright dari Ohio merupakan orang yang pertama menerbangkan pesawat pada tahun 1903. Kejayaan mereka telah mendorong penerokaan dunia pesawat terbang yang telah memendekkan masa perjalanan manusia dari satu benua ke benua lain. Terbang selama 12 saat di kawasan lapang berangin di North Carolina, era sains dan teknologi selepas itu tidak lagi menoleh ke belakang.

Albert Einstein

Dialah Ilmuwan terkenal abad 20 yang terkenal dengan teori relativifnya. Dia juga salah satu pemenang Nobel. Siapa sangka dia adalah semasa kanak-kanak, beliau ialah terlambat bercakap dan juga mengidap Autisme iaitu penyakit yang sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain. Waktu kecil dia juga suka lalai dengan pelajaran.

 

Abraham Lincoln

Kisah Lincoln merupakan contoh klasik orang-orang yang benar-benar berani gagal.

Gagal dalam bisnes pada tahun 1831.

Dikalahkan di Badan Legislatif pada tahun 1832.

Gagal sekali lagi dalam bisnes pada tahun1833.

Mengalami patah semangat pada tahun 1836.

Gagal memenangkan pertandingan pidato pada tahun1838.

Gagal menduduki dewan pemilih pada tahun 1840.

Gagal dipilih menjadi anggota Kongres pada tahun 1843.

Dilantik menjadi anggota Kongres pada tahun 1846.

Gagal menjadi anggota Kongres pada tahun 1848.

Gagal menjadi anggota senat pada tahun 1855.

Gagal Menjadi Presiden Pada Tahun 1856.

Gagal Menjadi anggota Dewan Senat pada tahun 1858.

Akhirnya pada tahun 1860 dilantik sebagai presiden Amerika yang ke-16 dan salah seorang presiden yang sukses dalam sejarah Amerika.

 


Bill Gates

William Henry Gates III, atau yang lebih dikenal Bill Gates adalah CEO Microsoft. Ia juga merupakan seorang yang dermawan melalui kegiatannya di Yayasan Bill & Melinda Gates. Ia adalah pertama dalam orang terkaya di dunia versi majalah Forbes selama 13 tahun (1995 hingga 2007). Siapa sangka dia sebelumnya pernah dibuang dari Harvard dan bekerja sebagai Office Boy

Chris Gardner

 

Sudah pernah menonton filem atau baca buku Pursuit of Happiness ? Itulah kisah benar kehidupan Christoper Paul Gardner yang dilakonkan oleh Will Smith.(cerita yang sangat menyentuh hati..) Pahit manisnya kehidupan sudah dirasakan olehnya. Kehilangan tempat tinggal, ditinggal isteri, ditangkap polis, kesulitan membayar kredit, semuanya sudah dirasakan. Dia bukanlah orang berpendidikan tinggi tapi dia terus berusaha dan berjuang, Kini dia menjadi seorang jutawan yang sukses, motivator, entrepeneur dan filantropis. Sekarang dia mempunyai Gardner Rich & Co, sebuah perniagaan saham.


Ludwig Van Beethoven

 

Jika anda mengenal seorang wanita yang sedang hamil, yang telah mempunyai 8 anak, tiga diantaranya pekak, dua buta, satu mengalami gangguan mental dan wanita itu sendiri mengidap siplis, apakah anda akan menyarankannya untuk menggugurkan kandungannya? Jika anda menjawab ya, maka anda baru saja membunuh salah seorang termasyur dunia. Kerana anak yang dikandung oleh ibu tersebut adalah Ludwig Van Beethoven. Ketika Beethoven berumur di hujung dua puluhan, tanda-tanda pekaknya mulai tampak, tapi akhirnya ia menjadi ahli muzik yang terkenal dengan karya 9 simfoni, 32 sonata piano, 5 piano concerto, 10 sonata untuk piano dan biola, serangkaian penggesek biola yang menakjubkan, muzik vokal, muzik teater, dan banyak lagi.

 

Mark Zuckerberg

Pemuda ini dinobatkan sebagai jutawan termuda dalam sejarah yang bermula dari keringatnya sendiri. Mark adalah seorang anak muda yang suka berhibur dengan internet. Dimulai dari sebuah laman penghubung mahasiswa Harvard, ternyata ramai yang menyukainya, dengan nekad ia mengikuti jejak seniornya, Bill Gates, pelajar buangan dari Harvard untuk mengembangkan laman tersebut menjadi Facebook yang kita kenal sekarang. Tahukah Anda? Mark pernah menolak tawaran Friendster yang ingin membeli Facebook 10 juta US$, tawaran dari viacom 750 juta dolar dan yang paling mengkagumkan tawaran dari yahoo satu billion dolar.

sumber: SINI

inilah antara orang yang dahulunya ‘nobody’ kini tertulis dalam sejarah dunia. Kita tak tahu apa kebolehan sebenar kita dan jika kita tak berputus asa, tak mustahil kita juga boleh menjadi seperti mereka.

Ini baru sikit, belum lagi ilmuan Islam..lagi banyak..jadi, dalam apa jua yang kita lakukan..jangan berputus asa..kerana siapa tahu, kita sudah terlalu HAMPIR KE SITU..

photo_2015-06-11_07-34-31
soon..

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s