#CADANGAN DAN SET RAWATAN · #MASALAH KESIHATAN

CARA ATASI KITARAN HAID TIDAK TERATUR

Selalunya orang yang paling risau bila haid tidak teratur ialah orang yang ingin mengandung atau mendapatkan zuriat. Nak mendapatkan anak, perlukan proses persenyawaan..kalau waktu pengovulan/subur pon kita tak dapat nak kira, haid pun tak teratur, tidak tahu bila patut ‘bersama’ suami, bukankah ianya suatu keadaan yang sangat merisaukan? ingat kan semalam adaa kata ada 4 jenis haid yang tidak teratur dalam entry adaa KETAHUI 14 PUNCA HAID TIDAK TERATUR. Keadaan yang kerap terjadi ialah Amenorea iaitu tak datang bulan 3 bulan atau lebih. Kalau ibu yang selepas bersalin dan menyusukan anak, kadang-kadang sampai setahun lebih, dua tahun tak datang haid. Mulalah risau macam mana nak merancang untuk mengandung lagi atau dalam kes yang tidak mahu kehamilan terlalu rapat, risau bila patut ‘bersama’ suami..takut terbabas 😀

Sebenarnya keadaan haid tidak teratur ni boleh diatasi..tak kiralah samada melalui perubatan, atau pengambilan supplemen, atau mengubah gaya hidup.

Hari ni adaa nak fokus pada nutrien ya..sebab kebanyakan penyakit yang ada zaman sekarang ni disebabkan kurang nutrisi atau kekurangan zat penting. Maklum saja, zaman makin canggih, ayam pun bersuntik, sayur pun bersuntik..entah-entah nanti, ayam jadi kapsul je dah hehe

Ok apa nutrisi yang boleh membantu memulihkan keadaan haid tidak teratur ni?

 

Zat Besi (iron):

 

Kajian menunjukkan bahawa wanita yang kekurangan zat besi boleh mengalami anovulasi (kurangnya ovulasi) atau tidak kerap datang haid serta kualiti telur yang rendah. Keadaan ini boleh menghalang kehamilan pada kadar 60% lebih tinggi daripada mereka yang mempunyai simpanan zat besi yang mencukupi dalam darah mereka (J . kurikulum. Res. Aca. Wah, 2014).

 

Makanan yang kaya dengan zat besi terbahagi kepada dua kumpulan iaitu yang bersumberkan haiwan atau bukan haiwan. Antara makanan yang bersumberkan dari haiwan ialah ayam, telur, rusa, daging lembu atau haiwan yang diberi makan rumput, salmon. Sumber makanan tinggi zat besi yang bukan dari sumber haiwan pula termasuklah labu, biji bunga matahari, kekacang, sayuran berdaun gelap, rumpai laut, aprikot dan quinoa.

 

Vitamin C:

 

Vitamin C membantu meningkatkan tahap hormon dan kesuburan di kalangan wanita. Vitamin C membantu dalam penyerapan zat besi didalam tubuh kita. Jadi, pastikan kita mengambil makanan tinggi Vitamin C bersama makanan yang tinggi zat besi untuk meningkatkan penyerapan kedalam tubuh. Sumber makanan yang tinggi dengan vitamin C adalah lada benggala merah, buah oren, strawberi dan teh bunga raya.

 

Vitamin B:

 

Vitamin B amat penting bagi kesuburan wanita terutamanya asid folik. Sayuran hijau kaya dengan vitamin B yang diperlukan untuk keseimbangan hormon yang betul. Contoh sayuran hijau yang kaya dengan vitamin B ialah selada air, rumpai laut, spirulina, daun parsli dan saun selasih.

 

Asid Lemak:

EFA adalah penting untuk pengeluaran hormon. Ramai wanita tidak mendapat EFA yang mencukupi, khususnya omega 3 dan GLA. Antara makanan yang kaya dengan EFA adalah flaxseed, ikan salmon, sardin, halibut, udang, ikan, kerang, dan minyak ikan kod.

 

Kolesterol:

 

Tidak semua kolesterol jahat ye. Kolesterol diperlukan untuk pengeluaran hormon didalam badan. Makanan yang kaya dengan kolesterol baik antaranya ialah daging lembu (yang makan rumput), susu segar daripada lembu atau kambing, ‘whole milk’ yogurt, telur berpastur, mentega daripada susu haiwan yang makan rumput (lembu kambing yang diberi makan rumput) dan juga minyak kelapa.

 

Fiber:

 

Fiber/Serat membantu untuk menghapuskan/menyingkirkan hormon yang berlebihan dari badan yang boleh menggangu keseimbangan hormon. Serat juga membantu mengawal tahap gula dalam darah yang seterusnya membantu mengurangkan isu-isu kesuburan seperti PCOS, imunologi, dan menggalakkan keseimbangan hormon yang sihat. Beberapa contoh makanan serat tinggi adalah buah-buahan segar, sayur-sayuran, sayur-sayuran berdaun gelap, dan kacang.

 

Zink:

 

Zink merupakan salah satu mineral yang paling penting dalam mengekalkan tahap hormon dalam badan (seperti estrogen, progesteron dan testosteron) supaya kekal stabil sepanjang keseluruhan kitaran haid. Seorang wanita memerlukan sejumlah zink untuk menghasilkan telur matang yang matang untuk persenyawaan. Jadi, amat penting bagi orang tersebut untuk memastikan badannya dilengkapi dengan jumlah zink yang mencukupi. Sumber makanan kaya Zink adalah tiram, biji labu mentah, biji bijan dan mentega biji bijan.

Jadi, bagi memastikan kitaran haid anda teratur, bolehlah amalkan diet yang tinggi dengan zat-zat yang adaa nyatakan tadi. Ini baru bahagian suplemen dan nutrient, belum bab ubat-ubatan dan herba lagi. Setiap penyakit pasti ada penawarnya, insyaAllah..jadi terpulang kepada kita untuk berusaha ok?

Untuk mendapatkan promosi JULAI 2015  boleh hubungi adaa ye.Untuk sebarang konsultasi percuma, pembelian SET HAID TIDAK TERATUR  menggunakan DEBIT/CREDIT card anda,  anda boleh klik ESELL dan dapatkan secara terus😀 (jika inginkan konsultasi percuma sebelum atau selepas pembelian, info membership dan potongan harga untuk ahli, atau sebarang persoalan boleh hubungi adaa ok? kita bincang dulu apa yang sesuai apa yang tak sesuai)

Untuk tutorial cara membeli secara online menggunakan ESELL klik SINI

esell

order now

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s