#MASALAH KESIHATAN

KETAHUI 14 PUNCA HAID TIDAK TERATUR

Haid merupakan perkara yang amat penting bagi wanita. Ia seolah-olah melambangkan ‘kewanitaan’ seseorang itu dan kesuburan seseorang wanita. Apabila haid lambat datang, atau tidak teratur, ianya pastilah merisaukan kerana terdapat pelbagai kesan yang boleh berlaku berikutan daripada haid tidak teratur. Jadi kali ini kita selidik dulu punca terjadinya masalah haid tidak teratur.

APA ITU HAID

Haid atau menstrual adalah keadaan dimana lapisan endometrium pada rahim/uterus meruntuh setiap bulan dan menyebabkan pendarahan keluar melalui faraj/vagina.

KITARAN HAID

KITARAN HAID
KITARAN HAID

Seorang bayi perempuan yang baru lahir mempunyai lebih kurang 450 000 telur tersimpan dalam ovarinya. Apabila seorang gadis mencapai umur 10-14 tahun, satu persatu terur ini akan matang dan akan dilepaskan setiap bulan. Sekiranya telur ini disenyawakan (oleh sperma) dalam perjalanannya ke uterus melalui tiub fallopio, ianya akan menanamkan diri di dinding uterus yang seterusnya akan membesar menjadi bayi dan plasenta. Sekiranya ianya tidak disenyawakan, telur ini akan dikeluarkan bersama runtuhan dinding uterus tadi dan inilah waktu terjadinya haid.

Wanita yang normal mengalami keadaan ini setiap bulan dan inilah kitaran haid yang normal. 

JENIS HAID TIDAK TERATUR

Tadi dah tahu kan haid yang teratur akan datang atau terjadi setiap bulan dalam satu kitaran yang tetap. Tetapi terdapat juga masalah dimana haid wanita tidak teratur. Ini boleh dibahagikan kepada 4 jenis:

Oligomenorrhea merujuk kepada haid yang tidak kerap . Masa antara haid lazimnya 35 hari atau lebih. Wanita yang mengalami oligomenorrhea mendapat haid sekitar 6-8 kali sahaja dalam setahun.

Metrorrhagia merujuk kepada haid yang tidak teratur tetapi kerap.

Menometrorrhagia merujuk kepada haid yang lebih lama, pendarahan yang banyak, tidak teratur tetapi kerap.

Amenorea merujuk kepada ketiadaan haid selama tiga hingga enam bulan atau lebih. Ini yang paling banyak terjadi.

 

PUNCA HAID TIDAK TERATUR

Terdapat pelbagai punca haid menjadi tidak kerap atau tidak teratur:

#1 : 

KEGEMUKAN – berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.

#2 : 
BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN – hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya. Lazim terjadi pada ibu menyusukan anak

 

#3:
TERLALU KURUS
 – tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.

 

#4:
MASALAH KESIHATAN – sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.

 

#5:
MENOPAUS – ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.

 

#6:
PENCEGAH HAMIL – pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.

 

#7:
TEKANAN/STRESS – stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.

 

#8:
PENYUSUAN BADAN – sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!

 

#9:
TERSILAP PENGIRAAN – 40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke ‘hari subur’ dan kesilapan menjangka kedatangan haid yg seterusnya.

 

#10:
MASALAH TYROID – hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.

 

#11:
UBAT-UBATAN – jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.

 

#12:

FIBROID – fibroid rahim adalah sejenis tumor dan bukan kanser. Lazimnya terjadi pada wanita yang sudah melahirkan anak.

 

#13:
PCOS – Polycystic ovarian syndrome ini merupakan salah satu punca utama (lebih 55%) terjadinya Oligomenorrhea. Lazimnya terjadi dikalangan wanita yang berlebihan berat badan secara mendadak, stress atau sudahpun mengalaminya oligomenorrhea sejak baligh lagi. Lebih info diSINI.

 

#14:
ENDOMETRIOSIS – Ianya terjadi apabila tisu yang tumbuh didalam rahim tetapi berkembang diluar rahim. Endometriosis juga boleh menyebabkan kemandulan.

sumber dari majalan Pa & Ma

Inialah antara penyebab atau punca terjadinya kitaran haid yang tidak teratur. Jika terdapat sebarang masalah, atau keraguan berkaitan kitaran haid anda, boleh hubungi atau berjumpa dengan pakar ye.

Adakah kitaran haid tak teratur ini boleh diatasi..tunggu entry adaa esok ye 😀

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

 

 

Advertisements

2 thoughts on “KETAHUI 14 PUNCA HAID TIDAK TERATUR

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s