#MASALAH KESIHATAN

TIPS SINGKIRKAN LEMAK DIBAWAH KULIT

Tahukah anda semua ni yang lemak kita ni ada terbahagi kepada 2 kategori?

kategori lemak
kategori lemak

Tengok betul-betul ya..

  1. Visceral fat: lemak yang membaluti organ dalaman tubuh. Ini boleh membahayakan kesihatan dan menyebabkan kegagalan fungsi organ.

  2. Subcutaneous: Lemak dibawah lapisan kulit. Lemak ini tidaklah sebahaya visceral fat tetapi ianya boleh menyebabkan kita kurang selesa dan mempengaruhi rupa paras kita. Yang menggeleber sana sini tu ha tulah lemak bawah kulit. Lazimnya kalau lelaki disekitar perut, leher..kalau perempuan, lengan, peha, perut dan punggung.

lemak bawah kulit
lemak bawah kulit

 

Taburan lemak bagi lelaki dan perempuan
Taburan lemak bagi lelaki dan perempuan

Disebabkan pengumpulan lemak dibahagian badan tertentu inilah tubuh kita ni ada yang kelihatan macam epal, ada yang kelihatan macam bentuk pear ye tak? Macam mana nak singkirkan lemak dibawah kulit ni?

SENAMAN KARDIO

Lakukan senaman kardio seperti berenang, berbasikal, mendayung, berjalan atau berjongging sebanyak 3-5 kali seminggu. Jika senaman tersebut berintensiti sederhana, lakukan selama 30 minit 5 kali seminggu, jika berintensiti tinggi, cukup hanya 20 minit 3 kali seminggu

TINGKATKAN JISIM OTOT

Meningkatkan otot tanpa lemak atau ”lean muscle”. Dengan meningkatkan jisim otot tanpa lemak ini, ianya membantu kita meningkatkan metabolisma badan sekaligus membantu pembakaran lemak dan kalori.

KURANGKAN PENGAMBILAN KARBOHIDRAT

Kurangkan pengambilan karbohidrat. Karbohidrat masuk kedalam aliran darah kita sebagai glukos. Badan manusia hanya boleh memproses glukos pada kuantiti yang terhad pada satu masa dan lebihannya akan disimpan sebagai lemak. Semakin banyak pengambilan karbohidrat, semakin tinggi jumlah yang akan disimpan sebagai lemak.

TINGKATKAN PENGAMBILAN PROTEIN

Tingkatkan pengambilan protein seperti telur, daging, produk tenusu dan makanan laut. Protein memerlukan masa dan tenaga yang lebih lama untuk dihadam dan diproses. Jadi ini akan meningkatkan metabolisma tubuh kita supaya dapat memakar kalori dengan lebih pantas.

AMALKAN GAYA PEMAKANAN DAN CARA HIDUP SIHAT

Amalkan pemakanan sihat dan berkualiti. Elakkan minuman berkalori tinggi seperti soda, minuman bergas, minuman buahan-buahan yang diproses, atau minuman manis.

 

bagi yang ada masalah ni, boleh lah cuba tips tu ye 😀

 

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s