#THROWBACK

#THROWBACK: GAYA HIDUP & KESIHATAN DI BUMI RANTAU

Selamat pagi 8 Ramadhan! Dah lama tak ber#throwback..

Bagi yang belum biasa ke blog Adaa ni, kalau throwback ni selalunya adaa akan cerita berkisarkan hidup di Belfast dulu..saja nak kongsi supaya tak lupa 😀

Kenapa tetiba adaa nak tulis pasal ni pagi ni? Tadi jalan-jalan blog orang..cerita tentang treadmill..tahukan? alat senaman tu..jalan laju-laju atau berlari menggunakan treadmill. Sana sini duk jual kan? setiap gym ada..tapi tak semua dapat pergi gimnasium..sebab tu orang nak beli letak kat rumah.

Kena ke beli? Tak boleh ker jogging kat taman ke tasik ke..Bukan tak boleh deknon..cuba lihat cara hidup rakyat malaysia ..bangun subuh-subuh dah ke pejabat..kerja sampai lewat malam..bila nak ke taman nya? sehari berjam-jam duduk di kerusi pejabat..mana lemak nak terbakarnya..sana-sini bergerak dengan kereta..bila lemak nak digunakan ye tak? Dan Malaysia pula, makanannya pelbagai variasi ada..hasilnya?

KEBENARAN YANG PERIT..uhukuhuk
KEBENARAN YANG PERIT..uhukuhuk

Ya..tulah hasilnya..obesiti dan kegemukan..lebih teruk, ianya membawa kepada penyakit jantung, diabetes dan pelbagai penyakit berangkai..

Tapi alhamdulillah semakin ramai yang sedar..yang mula mengawal pemakanan, makan secara sihat, kempen menaiki tangga dipejabat, kempen 10k langkah sehari, program Jom kurus bersama Kevin Zahari (program yang sangat bagus!) dan pelbagai program kesihatan mula diketengahkan. Yang tak dapat sertai, mereka cuba dengan cara senaman dirumah dan salah satunya tadilah menggunakan treadmill dan berdiet.

Bila adaa baca isu ni, fikir-fikir..sekarang ni adaa sendiri agak ‘struggle’ dengan pemakanan..susah nak melawan keenakan makanan di malaysia hehe..senaman? memang adaa dari kecil tak bersenam..tapi adaa terfikir kenapa masa di Belfast dulu adaa ok? bertenaga, sihat? korek-korek, banding-banding..adaa jumpa sebabnya

Dulu rumah adaa dengan universiti agak jauh jugalah kalau berjalan kaki..tapi takdalah sampai berkilo2 jauhnya..tapi bezanya..muka bumi disana berbukit bukau..jenuh nak berjalan..

MELROSE STREET
MELROSE STREET

Ini adalah pandangan sebenar rumah adaa masa tahun pertama dahulu..jalan ni curam dan panjang..dan yang paling terbaiknya, rumah adaa..nun dibawah ni..dekat kereta biru ni dan setiap hari adaa kena mendaki nunnnnn sampai keatas sana menghala ke universiti. Kalau kelas ada gap..berulang pulak..aiiii dengan kasut but nye kadang-kadang, berbaju kurung, berkot tebal, dengan beg sandang, jalan pulak bukan lenggang kangkung..semua zup zap zup zap..laju tak hingat dunia..mana tak berpeluh..

ADELAIDE PARK
ADELAIDE PARK

ini pulak kediaman masa tahun 3 kalau tak silap..lagi jauh dari kampus..dan seperti biasa, jalannya berbukit..memang jenuh..kalau naik basikal pon semput, apa lagi jalan kaki..dan salah satu lagi cabaran di Belfast ni cuacanya sangat berangin dan lembab..hujan memanjang..Belfast memang popular dengan cuaca yang tak menentu. Adaa ingat lagi masa nak ke kelas, angin kat sana punyalah kuat sampai tak boleh nak berjalan..i am not exaggerating ok..bayangkan kita nak jalan, ditolak semula kebelakang..memang kuat anginnya..sampaikan satu kali tu adaa terpaksa menyorok belakang kereta yang parking kat tepi jalan tu..haha jalan kejap, nyorok belakang kete, jalan lagi sebab nak hadang dari angin tu..kalo tidak adaa tak dapat nak kedepan..dah macam senaman intensif tau..huhu

pejabat pos yang adaa selalu singgah di universiti
pejabat pos yang adaa selalu singgah di universiti

Tahun 4 tak jumpa pulak gambarnya..lagi jauh rumah dari kampus haha makin lama makin jauh..dan kat hujung2 jalan jugak..dekat dengan train station..mana tak penat..kalau dari rumah ke bandar pulak, rajin tunggu bas boleh lah naik bas..kalau rasa malas..menapak lah yang oi…itu lagilah..tak tahu berapa kilometer..waduh..

BELFAST CITY
BELFAST CITY

Kalau dah letih berjalan, selalunya balik tu naik bas lah hehe

Lagi satu, adaa ni kalau sedih ke bosan ke, capai ‘coat’, sarung kasut  zas menapak ke botanic garden ..dekat dengan universiti tapi jauh dari rumah..tapi disebabkan memerlukan masa berseorangan gitu, adaa jalan je ikut kaki ni bawa ke mana..selalunya ke sana lah..nak buat apa pun orang tak kisah..nangis ke gelak ke terbaring ke terduduk ke..hehe

kerusi itam favorite port
kerusi itam favorite port

Jadi, setiap hari hidup adaa ni berjalan aje kerjanya..mungkin jarak bukanlah jauh sangat tapi keadaan bukit bukau dan langkah yang laju tu membuatkan kita seolah-olah bersenam setiap hari..kena pulak time angin kencang..atau lebih mencabar, masa musim sejuk (winter)..ada frost atas jalan..frost ni lagi teruk dari salji..salji tak licin..tapi bila dah jadi frost tu yang kena hati-hati

Adaa ingat masa tahun pertama, nak gi exam ..kita ni nak mendaki dari rumah kat kaki bukit sana tu jalan pulak berais, dengan kasut but tu sikit-sikit jalan tapi nak kena laju..pengawalan kaki yang sangat azab haha senaman otot haha

Bab makan, walaupun dinegara orang, adaa masih makan makanan melayu..masak sendiri..tapi cuma sekali sehari..selalunya pagi dan tengah hari adaa hanya di kampus, jadi makanan kegemaran adaa, sandwich, dan salad bar..bukan sebab itu je yang ada, tapi memang sebab adaa suka makan sayur, makanan senang2 gitu..ringkas dan sedap..yang mentah2 macam sushi tu ke..memang suka..dan kat sana, Tesco depan rumah aje…kalau adaa rasa nak makan, cuma menapak kesana dan beli apa yang nak, dan masak..Apa yang beza dengan kat malaysia? Masa disana adaa suka beli buah, sayur..itulah snek..depan tv pon duk kunyah karot mentah. buah pun ada je dalam peti ais tu..strawberi, peach, apple, clementine, anggur..semua senang dapat kan, senang beli..jadi pemakanan waktu tu lebih sihat 🙂

itulah hasil muhasabah hari ni..kiranya sekarang ni, lebih kurang berjalan..bersenam..pemakanan insyaAllah masih terkawal..jadi, kena lah mulakan senaman gini..hihi

*mari bersenam dan amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat!

 

 

 

 

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s