#CADANGAN DAN SET RAWATAN · MEALSHAKE · OMEGA GUARD · PERFORMANCE DRINK · SHAKLEE RELATED · VITALEA FOR KIDS

5 TIPS MEMBANTU ANAK BERPUASA

Tahun ni Adam 6 tahun dah..dah mula tahu apa tu puasa, macam mana puasa..tahu pulak rasa segan kalau tak berpuasa..jika diikutkan, umur adam ni belum patut pun lagi berpuasa..belum wajib pun..jadi kalau korang ada anak yang lebih kurang macam adam ni..jangan lah paksa-paksa dia puasa hanya kerana nak ikut kawan-kawan. Lebih baik berikan dia ruang dan kefahaman kenapa perlu berpuasa.

Bila anak wajib berpuasa? Apabila anak itu sudah baligh..maka dia wajib berpuasa. Tetapi adalah sangat dituntut untuk kita didik anak-anak berpuasa sebagai persedian buat mereka. Tapi macam mana?

5 tips untuk membantu anak-anak berpuasa.

Menyediakan sahur yang sesuai dengan keperluan anak.

Adam ni sangat ‘semangat’ badan nya..suka makan..sampai adaa sendiri macam ragu-ragu je bila dia kata nak puasa. Tapi dah dia minta nak puasa, nak sahur, jadi kita ikutkan lah dulu. Yang pasti, berikan menu sahur yang membantu anak untuk kekal bertenaga sekurang-kurangnya sehingga waktu zohor. ( buat kali pertama)

4
NUTRISI KANAK-KANAK BERPUASA

Membahagikan tempoh puasa

Anak kita kecik lagi..jadi mungkin susah dia nak puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari apa lagi kalau yang kuat makan minum macam adam mokmok ni hehe. Jadi, nyatakan pada mereka yang hari ini, puasa sehingga zohor/balik sekolah dulu..dah boleh, panjangkan sedikit sehingga asar..dah boleh lagi baru dilanjutkan sehingga berbuka..biarkan dia puasa bertahap..takpe..perlahan-lahan ok..

Memuji dan memberi dorongan

Sentiasa memuji dan memberi dorongan pada anak-anak yang berpuasa tak kira berapa jam sekalipun dia puasa. Dengan cara ini dia rasa lebih dihargai dan lebih bersemangat untuk terus berpuasa.

Menyediakan persekitaran dan kondisi yang sesuai untuk mereka bermain.

Dengan cuaca yang panas terik ni, bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa pon boleh haus, melepek letih betul tak? Jadi pastikan anak-anak bermain ditempat teduh atau membuat aktiviti yang tidak menggunakan terlalu banyak tenaga. Barulah dia boleh bertahan lebih lama.

Ajarkan bahawa orang-orang yang puasa disayangi Allah

Tindakan memberi duit sekiranya anak berpuasa atau hadiah yang keterlaluan akan memberikan dia satu mesej yang tidak tepat dengan ibadah berpuasa. Kalau biasa dididik dengan duit dan hadiah, jadi dia akan berpuasa kerana hadiah bukan atas sebab dia nak berpuasa. Jadi selagi boleh, jadikan ianya pilihan terakhir dalam mendidik anak berpuasa. Lebih baik diterangkan kenapa umat Islam wajib berpuasa dan kelebihan berpuasa. Tapi dalam cara santailah..kanak-kanak adalah makhluk Allah yang bijak..kadang-kadang kita ‘underestimate’ kefahaman mereka..cuba terangkan dulu dengan cara yang seronok dan bersahaja. InsyaAllah lama kelamaan mereka akan berpuasa atas kehendak sendiri dan kefahaman mereka. 😀

3 RAMADHAN: Badan masih menyesuaikan diri dengan aktiviti sahur dan ikut ibu abah kesana kemari sampai demam :D
3 RAMADHAN: Badan masih menyesuaikan diri dengan aktiviti sahur dan ikut ibu abah kesana kemari sampai demam :D. Dilarang duduk dan baring katanya, letak kepala je ok kot kan? 

Hari pertama puasa, si Eilman demam, lepas tu dia baik, Fahry pulak demam, lepas fahry, Adam pulak demam..demam viral agaknya..sekejap2 jer..perubahan cuaca yang sangat panas..panas sejuk panas sejuk..Alhamdulillah..semalam semua dah sihat pun 😀

Biasalah, tak pernah bangun pagi2, badan kena bangun pagi..lepas tu puasa, kurang ‘water intake’, lepas tu travel selalu..sana sini sana sini..jangankan Adam, Adaa pun dah nak demam hehe

Yang si adik, Eilman, tetap ‘berpuasa’ walau dah berkali-kali makan..’eilman kuasa kan ibu kan’ yelah nak oi..’kuasa’ sangat..hehe puasa pon jadi kuasa…

InsyaAllah..moga-moga anak-anak kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan baik 😀 sokong aja..jangan dipaksa-paksa ok moms?

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s