SHAKLEE RELATED

#THROWBACK: SALAM 1 RAMADHAN~

Alhamdulillah..masih dipanjangkan usia sempat sekali lagi bertemu ramadhan kali ni..Bulan Ramadhan ni bulan yang amat dinantikan semua..bulan yang penuh dengan kebaikan..bayangkan jika setiap bulan adalah bulan Ramadhan..pasti dunia ni aman tenteram kan ๐Ÿ˜€

ramadhan 2

Bila bicara soal ramadhan ni, yang paling mengimbau kenangan pastinya ketika bersama keluarga..Bulan nilah semua nak berkumpul, iftar bersama-sama ye tak? Maklum lah..setahun sekali..

Selalunya bulan ramadhan ni Umi lah yang sibuk..biasalah ibu-ibu kan..kena fikir menu sahur, menu berbuka, persediaan raya..walaupun sekadar lauk ‘tunjuk’ kat bazaar ramadhan, tetap kena fikir ye tak? heheh

Adaa rasa ramadhan adaa, tak banyak pun dirumah..umur 13 dah masuk asrama..5 tahun puasa kat situ je kan..lepas tu di Kolej Mara Banting pulak..puasa situ pulak 2 tahun..lepas tu terbang ke Belfast pulak 4 tahun..jangankan puasa, raya pun kat sana huhu..adaa sempat berpuasa dengan Umi rasanya 1ย kali je kot sebelum Umi meninggal..lepas tu dah berpuasa dengan suami pulak..yang Adaa ingat, umi selalu bekalkan serunding..senang katanya..kalau tak sempat masak, bangun sahur tu ngap aje dengan nasik ๐Ÿ˜€ Umi, sekarang adik dah bukak bisnes jual serunding jugak ..tak sempat Umi merasa ๐Ÿ˜ฆ

Waktu di perantauan, ramadhan adalah sesuatu yang adaa sangat suka..merasai suasana berbeza dengan Malaysia..sahur dah lah lewat, berbuka awal pulak tu hehe selalunya berbuka dalam kelas jer..kalau maghrib pukul 4 lebih, kelas pulak sampai kul 5..standby ajalah kurma dalam beg. Balik rumah baru makan..kalau tak, terus aje ke Belfast Islamic center BIC untuk berbuka..sedap tau nasik orang arab masak hehe..langsung solat dan terawikh kat situ..pastu kalau ade lauk lebih, tapau untuk sahur esok ๐Ÿ˜› kata bujang-bujangan kan.. hehe

#throwback
#throwback

Petang-petang pasti ada tadarus bersama housemate..target khatam dalam 1 bulan..hai indahnya zaman dolu-dolu kan..

Sekarang, ramadhan lebih padat. Sekarang dah jadi ibu anak 3 segalanya agak terbatas..tapi adaa tertarik dengan 1 status sahabat adaa semalam ni fb..katanya..ibu-ibu sekalian, janganlah kita rasa ketinggalan atau kekurangan dalam mengerjakan ibadah bulan ramadhan ni dek kekangan kerja dan anak-anak..bersabarlah, kerana menjaga anak-anak dan menguruskan rumah tangga juga satu ibadah..

Ye, jangan kita terlalu kecewa..tak dapat tarawikh, tak dapat mengaji lama-lama..kejap kang anak nangeslah, anak panjat belakang lah..macam-macam..sebaliknya, buat semampunya sebab Allah Maha Mengetahui sejauh mana kesungguhan kita. InsyaAllah..setiap apa juga perbuatan kita yang dimulai dengan Bismillah, akan dikira sebagai ibadah..

โ€œSetiap perkara / kerja baik yang tidak di’AWALI’ (didasari) dengan Bismillah (dengan nama Allah) maka ia adalah terputus (tidak diterima).โ€ โ€“ Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah & al-Nasaie daripada Abu Hurairah r.a.

Jadi, jangan lupa dasari setiap perbuatan kita dengan Bismillah ye..moga Ramadhan kali ni menjadikan diri kita hamba Allah dan insan yang lebih baik..

Salam 1 ramadhan..

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s