#CADANGAN DAN SET RAWATAN · ESP · GLA · SHAKLEE COLLAGEN POWDER · SHAKLEE RELATED · SKIN CARE · VITAMIN C · VITAMIN E COMPLEX

PETUA MASKER UNTUK MENGECILKAN LIANG PORI DAN MELICINKAN KULIT

Pernah tak ada lebihan sayur kat dapur? Buah ke kan..pernah tak terfikir apa yang boleh dibuat dengan sayur dan buah tu? Orang dulu-dulu bermasker dengan bahan semulajadi tau..tiada bahan kimia..pastinya yang semulajadi adalah yang terbaik untuk kita kan?

Hari ni adaa nak kongsi sikit petua bermasker dengan bahan-bahan mudah dan semulajadi jer..senang gitu ..

Beautiful face Alena Ozerova

MASKER SENGKUANG

Sengkuang amat digemari oleh mereka yang sering mengamalkan petua kecantikan semulajadi. Sengkuang dipercayai dapat mencerahkan dan menghilangkan bintik-bintik hitam serta pigmentasi kulit. Paling elok sekiranya dikisar kemudian disapukan di muka yang telah dibersihkan. Masker sengkuang ini dikatakan mampu menghasilkan kulit yang cerah dan berseri seperti yang anda idam-idamkan.

MASKER KENTANG

Tidak ramai yang menggemari kentang kerana agak leceh untuk dikupas. Namun tidak dinafikan kentang mengandungi banyak khasiat dalam bidang kecantikan. Jangan tidak tahu, kentang turut dipercayai dapat melembutkan dan mencerahkan kulit secara semulajadi. Kentang juga mengandungi banyak khasiat dalam bidang kecantikan. .

MASKER  TIMUN

Tidak perlu bersusah payah dengan pelbagai jenama kosmetik. Cuba gunakan cara ini. Parut hujung mentimun dan campurkan dengan tepung jagung. Kacau dan sapukan pada keseluruhan wajah dan biarkan ia kering. Lakukan selama tiga kali seminggu. Hasilnya, wajah anda pasti lebih berseri dan cerah sentiasa.

MASKER LIMAU NIPIS

Selain digunakan dalam bidang masakan, limau nipis juga terkenal dalam bidang kecantikan. Dalam bidang kecantikan, airnya amat berguna untuk cantik dan sihat. Air perahan limau nipis dipercayai dapat mengecilkan pori-pori dan menghilangkan lebihan lemak pada kulit berminyak.  Caranya, ambil isi limau nipis dan dicampur dengan tepung jagung kemudian sapu pada kulit wajah terutama sekitar hidung dan pipi yang besar pori-porinya. Gosok perlahan-lahan isinya pada wajah dan badan.

MASKER APRIKOT

Aprikot banyak manafaatnya dalam bidang kecantikan. Aprikot sememangnya kaya dengan vitamin, mineral dan minyak semulajadi. Aprikot mengandungi vitamin A, C, E, zat besi, potassium, niasin serta protein yang jarang didapati dalam buah-buahan yang lain. Untuk melembapkan kulit, ambil isinya dan campur dengan tepung dan gosok dengan lembut ke wajah. Biarkan selama 15 minit. Cuci dengan air suam. Lakukan pada setiap malam sebelum tidur.

MASKER TOMATO

Membantu menghalus dan melicinkan kulit. Lakukan luluran atau skrub secara teratur iaitu sekali dalam seminggu atau dua minggu. Sel kulit mati akan hilang dengan mudah. Ia mempercepatkan penggantian lapisan sel kulit yang lebih muda. Kulit akan lebih segar dan bercahaya. Sapu pelindung matahari jika keluar di siang hari. Penggunaan tomato dapat menjadikan pipi anjal, licin dan  kemerah-merahan bak sutera –here

senang kan? nak tahu lebih banyak cara bermasker? Adaa ada kongsikan pelbagai tips masker menggunakan produk shaklee yang cukup mudah dalam blog ni. Dan yang pastinya semulajadi ok..makan boleh sapu pon boleh..kan untung..2 in 1 gitu 😀

Rajin-rajinkan klik JOM MASKER

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s