#CADANGAN DAN SET RAWATAN · #MASALAH KESIHATAN

RAMADHAN WAKTU DETOX SEMULAJADI PALING HEBAT!

Kurang dari seminggu seluruh ummat islam akan menyambut ketibaan bulan yang mulia iaitu bulan RAMADHAN..Bulan yang berkah, yang penuh dengan kebaikan. Selalunya kita dengar bulan ramadhan ni bulan untuk beribadah, mendekatkan diri pada Sang Pencipta..bulan untuk mengejar kebaikan. Tapi tahukah anda, ramadhan juga bulan terbaik untuk detox?

Kita dikehendaki menahan lapar dan dahaga bermula terbit fajar hingga terbenam matahari kan? Pada waktu inilah sistem penghadaman kita melakukan proses detox dan inilah salah satu nikmat puasa yang ramai orang tidak tahu.

Allah mensyariatkan sesuatu kepada kita bukan sekadar untuk melatih kekuatan mental dan fizikal tetapi juga memberikan kita satu nikmat kesihatan yang hebat. Ramai orang bila tiba puasa, mindset tu akan rasa letih, tak boleh bersukan atau kerja berat..tapi sebenarnya tidak. Badan kita cukup kuat untuk semua itu dengan syarat, kita bangun bersahur dan berbuka puasa pada waktunya.

APA TERJADI KETIKA RAMADHAN
APA TERJADI KETIKA RAMADHAN

nak tahu apa yang terjadi sepanjang ramadhan?

  • Karbohidrat dalam badan digunakan sebagai sumber tenaga
  • Metabolisme badan semakin perlahan untuk kegunaan sistem badan
  • Gula dalam darah menurun

Setiap perbuatan seperti sahur, berbuka dan puasa itu sendiri penting bagi memastikan sistem tubuh berfungsi dengan baik dan kesihatan kita juga terjaga. Jadi jangan skip2 sahur dan berbuka ya.

KELEBIHAN BERPUASA TERHADAP KESIHATAN

KELEBIHAN BERPUASA TERHADAP KESIHATAN
KELEBIHAN BERPUASA TERHADAP KESIHATAN

Hebat kan? Dengan berpuasa, badan dapat melakukan proses detoksifikasi secara semulajadi dan menyingkirkan toksin dari badan. Toksin ni merupakan racun dalam badan yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit. Ianya juga dapat membantu kita makan dalam kadar yang sepatutnya dan bukan secara berlebihan seperti pada hari-hari biasa. Jadi badan akan mendapat berat badan ideal! 

Jadi, ingat ya, ramadhan bukan sahaja waktu terbaik ibadah, tetapi waktu terbaik untuk memulihkan kesihatan anda. dalam entry seterusnya, Adaa akan kongsikan bagaimana pula berpuasa bersama shaklee 😀 Perlukah? ya perlu..ketika puasa ramai orang cenderung makan berlebihan, atau tidak makan..ini cara yang salah untuk berpuasa..jadi bagaimana badan nak sihat? ini boleh mengundang penyakit pulak..jadi insyaAllah..nanti kita tengok cara berpuasa dengan shaklee pula ya.

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s