#CADANGAN DAN SET RAWATAN · #MASALAH KESIHATAN · ESP · GLA · KALSIUM · Ostematrix · Vitalea · VITAMIN C

SINDROM PRA-HAID & SAKIT KETIKA HAID

Hari ni tajuk khusus untuk wanita ye. Perkara yang pasti dialami oleh wanita normal iaitu PMS (sindrom pra-haid) dan sakit ketika haid seperti senggugut.

PMS ni berbeza mengikut individu..ada yang sakit belakang, ada yang cepat marah, ada yang sakit kepala..demam pon ada. ianya berlaku sekitar waktu ovulasi dan haid.

  • PMS lazimnya berlaku 1-2 minggu sebelum haid dan akan hilang selepas datangnya haid.
  • Ianya merupakan gangguan emosi dan gejala fizikal terhadap seseorang wanita sebelum tiba waktu haid.
  • Gangguan emosi dan fizikal ini kadangkala boleh mengganggu kehidupan harian mereka dan sehingga kini penyebabnya tidak ketahui. Selalunya dikatakan berkait dengan genetik dan paras hormon yang tidak menentu.

Adaa teringat waktu muda mudi dulu, kawan kepada kakak adaa, pulang ke rumah sewa dalam keadaan merangkak..muka pucat..badan panas..kronik sungguh..ingatkan sebab dia demam panas..rupanya nak datang haid! Kasihan kan? bukan senang jadi wanita ni..

Ada juga yang cirit birit teruk setiap kali nak datang haid…

Yang paling biasa, gangguan emosi..ini memang selalu adaa perasan pada kawan adaa dan diri sendiri..tiba-tiba boleh nangis tanpa sebab..marah tanpa sebab..murung sepanjang hari..lesu..macam-macam. Kalau ketika mengandung, gejala ini jugak lah yang biasanya terjadi..jadi sabar ye para suami..(we don’t ask for it šŸ™‚ )

TANDA-TANDA PMS

GEJALA EMOSI

  • Cepat marah
  • Sedih
  • Murung
  • Gelisah
  • Cepat letih
  • Gemar makanan manis/masam
  • Selera makan meningkat/menurun dengan signifikan

GEJALA FIZIKAL

  • Sakit belakang
  • Kembung
  • Sakit payudara
  • Pembesaran payudara
  • Senak perut
  • Sakit kepala dan mual

Macam orang mengandung kan tanda-tandanya? Bagi yang dah berkahwin, ada dua kemungkinan lah ni samada akan datang haid atau mengandung!

RAWATAN/PENCEGAHAN

Bagi yang kerap sakit kepala, sakit belakang, doktor akan memberikan anda ubat untuk mengurangkan rasa sakit. Kiranya bergantung kepada simptom yang dialami, doktor akan memberikan ubat yang bersesuaian.

Bab emosi pula, mungkin kita perlu tingkatkan kemahiran mengawal stress dan amalkan pemakanan sihat. VITAMIN B COMPLEX boleh mengurangkan stress tau! sila ambil makanan tambahan atau amalkan makanan tinggi vitamin B

BOLEHKAH SHAKLEE MEMBANTU?

Seperi yang adaa katakan sebentar tadi, gejala PMS ni mungkin bersebab dari hormon tak stabil, pemakanan yang tidak sihat..jadi pastinya ada suplemen shaklee yang boleh membantu.

GLA COMPLEX– Membantu mengimbangi tahap hormon dan membantu mengawal penghasilan prostaglandin

OSTEMATRIX – Kalsium yang lengkap dengan magnesium ini membantu melegakan sakit belakang dan kekejangan serta senggugut.

VITAMIN C– Sangat membantu dalam mengukuhkan kapilari, salur halus dalam uterus dan mengurangkan kemungkinan untuk salur tersebut pecah yang boleh menyebabkan pendarahan berlebihan.

ESP– isoflavon membantu mengurangkan simptom PMS

VITALEA– pendarahan yang banyak ketika haid mengurangkan simpanan zat besi, jadi dengan pengambilan vitalea, ianya membantu melengkapkan nutrisi yang hilang dan menjadikan lebih bertenaga.

SINDROM PRA-HAID
SINDROM PRA-HAID

Untuk dapatkan promosi JUN 2015 boleh hubungi adaa ok. Untuk pembelian SINDROM PRAHAIDĀ SET Ā atau pembelian produk secara berasinganĀ menggunakan DEBIT/CREDIT card anda, anda boleh klik ESELL dan dapatkan secara terus šŸ˜€ (jika inginkan konsultasi percuma sebelum atau selepas pembelian boleh hubungi adaa ok?)

Untuk tutorial cara membeli secara online menggunakan ESELL klik SINI

esell

order now

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s