5-7 Jun yang lepas Adaa berpeluang untuk menghadiri Shaklee national conference yang diadakan di Palace of The Golden Horses Hotel dan MIECC. Alhamdulillah semuanya ditanggung 100% oleh shaklee 😀 Bukan semua layak untuk menginap disana..bagi yang berjaya, kami diberikan penginapan dan aktiviti yang menarik oleh Shaklee sepanjang 3 hari berada disana. Dan seperti biasa, kami diberikan pelbagai kejutan dan hadiah 😀 dah tiap-tiap tahun pun masih ‘terkejut’ juga tau. Shaklee menawarkan 2 jenis trip iaitu national dan international. Tahun ni national trip di Palace of The Golden Horses dan sekitar Kuala Lumpur, manakala untuk trip international pula nanti, tahun ni semua yang layak akan diterbangkan ke ITALI!! best kan? haruslaaaa sampai-sampai aje disana untuk pendaftaran, kami disambut dengan meriah..siap ada kalungan bunga tau..ala hawaii gitu..bergambar, register dan setelah selesai urusan untuk ‘check-in’, barulah menuju ke Grand Ballroom untuk makan tengah hari..alhamdulillah..kenyang!


Kemudian barulah mengikuti trip sekitar Kuala Lumpur yang diatur dan ditanggung sepenuhnya oleh shaklee..reward diri gitu..gambar takde hehe Hari kedua dan ketiga bermula majlis penyampaian hadiah untuk penerima anugerah..kali ini dibuat di MIECC dan sangat meriah!! ini adaa kongsikan gambar sekitar 2 hari disana.
macam-macam ada..selain majlis anugerah, adaa persembahan dari ratu rock negara, ELLA! hehe diluar dewan ada demonstrasi produk, pemeriksaan kesihatan percuma, konsultasi percuma bersama nutritionist shaklee, pelbagai jualan barangan shaklee yang limited edition..jamuan produk shaklee percuma..nak minum apa..cuba aja..memang terbaik!!




malam ‘MAJECTIC DINNER’ ni kami dikehendaki memakai baju ala-ala majestic gitu..dan ramai yang datang dengan pakaian raja china lah, melayu lah, english lah..sangat cantik..sayangnya adaa tak dapat nak ambil gambar..gelap sangat hehe.. Dan hari bersama shaklee takkan lengkap tanpa hadiah-hadiah kejutan dan anugerah..syukur..




Alhamdulillah..saat yang indah..moga tahun depan berjumpa lagi dengan 1001 kegembiraan lagi!
Tahun ini bukan adaa dan suami sahaja yang menerima anugerah, tetapi anak2 dibawah empayar adaa juga turut menerima anugerah. Tahun ini 3 4 orang layak tapi tidak dapat hadir..takpa..lain kali kita naik stage sama2 ok? kita naik ramai-ramai! hehee
InsyaAllah..segala yang dapat pada hari ini semua orang boleh dapat benda yang sama, malah lebih lagi..janji, kita usaha..kejayaan akan datang..itu hukum alam kan?
Jujur, adaa bersyukur ditemukan dengan shaklee, bisnes yang membolehkan adaa tetap bersama anak-anak dan suami, tiada kekangan waktu bercuti, dan boleh beroperasi dimana-mana selagi ada internet, tiada had masa, 24/7 syukur ..tak pernah terjangka jalan hidup akan kesini..moga Allah kurniakan adaa dan semua empayar adaa kesabaran, kesungguhan dalam membantu semua orang lebih sedar tentang kepentingan kesihatan sambil menjana ekonomi keluarga…insyaAllahJom, ingin bersama adaa menuju puncak?! jom!