PELUANG BIZ DENGAN SHAKLEE

BISNES VS ‘MAKAN GAJI’

Bisnes vs makan gaji, jaga anak sendiri vs hantar pusat jagaan, makanan sunnah vs makanan tambahan lain,  belajar dalam negara vs belajar luar negara, macam-macam dilema yang kontroversi sekarang ni..

Kenapa tiba-tiba adaa kupas isu ni? sebab sekarang ni dah terlalu ramai yang bertelingkah soal ni..soal siapa lebih baik..soal siapa lebih bagus..

Bisnes atau makan gaji..jaga anak sendiri atau hantar kat orang ke..itu semua tiada yang betul atau salah. Adaa ni pro bisnes ke? ke pro makan gaji?

adaa tak pro mana-mana..sebab adaa dikelilingi oleh kedua-duanya..makan gaji ada, bisnes pon ada, jaga anak kat rumah pon ada, hantar nurseri pon ada..semua ada..

Allah jadikan kita ni jalan hidup semua berbeza..tiada satu manusia pun yang jalani hidup yang sama..dan tak pernah Allah tetapkan ini jalan ideal..ini jalan tak ideal yang patut semua manusia ikut..Allah berikan kita pilihan sesuai dengan hidup kita..selagi ianya tak menyalahi hukum Allah..maka tak salah kan..

Bisnes atau makan gaji tiada satu pun lebih baik dari yang satu lagi..semua ada sebab kan..yang bekerja makan gaji ada sebabnya..yang duk rumah buat bisnes pon ada sebabnya..tak perlu nak merendah-rendahkan satu pihak.

Bagi adaa, semua pilihan adalah baik, sesuai dengan orang tersebut..tapi kenapa wujudnya percanggahan pendapat ni? ATTITUDE

Manusia ni mudah sangat nak rasa ‘aku lebih baik dari kau’ ..dapat belajar oversea..bangga..dapat kerja gaji besar ..bangga..dapat kerja doktor, engineer..bangga..dapat buat bisnes untung juta-juta ..bangga...

Bangga diam-siam sudah..jangan biarkan bangga tu makan diri sampai kita pandang orang lain yang tak ikut jalan kita sebagai orang yang gagal. NO!

Orang bisnes kata keje makan gaji rugi..gaji tak naik-naik..duk takuk sama..tapi pernah tak kita fikir kenapa dia kerja kat situ, kekal disitu..

yang kerja kerajaan/swasta pulak pandang rendah orang berniaga..niaga jual nasik, jual air..kenapa? nampak lekeh? tau tak untung harian mereka berapa? tahu tak kenapa mereka memilih untuk berniaga..entah2 dia ade 100 cawangan jual air..ha..siapa tahu..

yang menyampah dengan MLM, kenapa? apa masalahnya..mereka pun cari rezeki juga..selagi tak bertentangan dengan syariah..semua kerja halal kan..kenapa mesti nak pandang rendah pada orang?

yang jaga anak sendiri dirumah, kenapa mesti nak komen orang yang hantar anak kat pusat jagaan..entah2 hari-hari dia menangis nak letakkan anak kat sana..

setiap orang ada sebab berbuat begitu..jangan dikutuk, dikecam diorang ni..JANGAN RASA BANGGA sangat dengan diri sendiri..rasa diri kita yang terbaik. ingat, dimana kita sekarang, atas kehendak Allah..bukan sebab kita hebat..bila-bila Allah boleh ubah..

macam adaa sendiri..ada yang ‘berbunyi’..belajar tinggi-tinggi..ada Master Chemical Engineering luar negara..dapat 1st class honour..MARA taja sepenuhnya..tapi berniaga SHAKLEE..syarikat MLM.. ‘membazir duit kerajaan jer!’ amboi..siapa anda nak menilai?

Pernah tak tanya, adaa dah pernah cari kerja ke tak? pernah tak tanya kenapa adaa berniaga shaklee..pernah tak tanya kenapa dan kenapa? dan satu lagi..membazir ke taja adaa? adakah bekerja dengan MARA atau kerajaan satu-satunya cara adaa menyumbang kepada negara?

Jangan menilai orang sesuka hati..adaa tak jadi enginner tak bermakna adaa tak berjaya..adaa takde slip gaji tak bermakna adaa takda gaji 4 angka atau 5 angka..

begitu juga dengan orang lain..sesiapa pun orang itu..apa juga pilihan yang dia buat..ada sebabnya..kalau kita tak kenal luar dalam orang tu..janganlah menilai..

cuba aman-aman aja..bersangka baik..kat dunia ni tiada siapa yang lebih baik dari orang lain..Allah pandang sama je..yang kaya yang miskin, yang bisnes yang makan gaji, yang doktor, yang enginner yang jual air, yang cuci longkang..semua sama..kalau Allah nak terbalikkan dunia ni, semua kena..takyah lah kita bangga diri sangat..

Yang nak bisnes,  teruskan..buat secara sihat..jelaskan kebaikan berbisnes dengan hemah..bukan dengan mengutuk orang yang tak berbisnes..

yang bekerja, teruskan kerja anda dengan senyuman, kesungguhan..buktikan anda pekerja terbaik yang Malaysia ada.

aman-aman sahaja semua..nilai diri sendiri..bukan orang lain..jaga peribadi sendiri..kita semua saling memerlukan..jadi hormati semua orang. 

Boleh?

*just my 2 cents..

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ::
Advertisements

One thought on “BISNES VS ‘MAKAN GAJI’

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s