PELUANG BIZ DENGAN SHAKLEE

ONLINE BUSINESS: TIPS JUTAWAN

Sabtu lepas adaa dan suami serta anak-anak berpeluang menghadiri dinner exclusive Kumpulan Jutawan yang dianjurkan oleh Faizland. best memang best! Adaa akan kongsikan buat korang yang sudi membaca hehe tapi hari ni adaa cuma nak kongsi tips jutawan.

 

Dalam seumur hidup adaa, tak pernah adaa dapat medal hehe betul..sukan ke pertandingan ke takda lah yang dapat medal. Inilah yang pertama. Tapi ni medal istimewa sebab yang tertulis disini bukan kategori yang kita menang, tapi kategori yang kita mesti KUASAI untuk berjaya.

COURAGE..FAITH..LOVE..MAGIC

Courage (Keberanian)– Berani untuk ambil langkah pertama, berani untuk ambil risiko. Bukan semua orang berani nak berniaga. Kebanyakannya takut rugi lah kan. Tapi yang agak-agak takut tapi berani selalunya bermula secara ‘part time’ jadi dalam fikiran mereka, rugi pon tak apa sebab cuma part time, cuba-cuba, gaji kerja dah ada. Ok tak salah..tapi kena ingat, walaupun ‘part time’ tapi usahanya jangan ‘part’ jugak..nanti tak kemana sudahnya.

Yang berani banyak sikit bila seseorang sanggup berhenti kerja dan memulakan perniagaan. Adaa katakan ni bukan dalam konteks Shaklee sahaja tetapi apa juga perniagaan. Ini orang yang berani ni lebih sikit lah. Kasi redah orang kata 😀

Faith (Keyakinan, kepercayaan) -Ini terlalu penting. Penting untuk kita yakin dengan produk, yakin dengan marleting plan, yakin dengan diri yang kita boleh buat dan yang paling penting yakin dengan Tuhan yang memberi rezeki. Selalunya orang lupa yang no 4 ni..kita berniaga tujuan untuk mencari duit ..walau apa juga tujuan duit tu nak digunakan nanti tapi pokok pangkalnya tetap berkenaan wang, untung. Dan kita kena ingat, yang berkuasa memberi kita rezeki bukan pelanggan, bukan upline, bukan kita, bukan suami ayah mak datuk..bukan…yang berkuasa adalah Tuhan kita. Jadi yakin yang Tuhan kita tak kedekut, yakin yang rezeki kita dari Dia. bila kita betul-betul yakin, barulah jiwa tu kental. kene tolak dengan customer pon tak goyah..1 pergi 10 mari. positive.

Love (kasih sayang, cinta)– Dalam apa juga pekerjaan yang kita buat perlu ada cinta..perlu ada jiwa kata orang. Masak ke, lukis ke, berniaga ke kena ada kasih sayang. Bila kita sayang dekat orang, kita akan berikan yang terbaik kan? kualiti yang paling tinggi. Kalau kita berniaga tapi takda jiwa, layan customer pun rasa macam beban, nak senyum pun terbeban, nak update blog, nak kongsi promotion semua terbeban. Dan aura2 macam ni akan sampai kepada orang lain tau..jadi mana nya orang nak beli..cuba kalau pergi kedai makan, orang yang ambil order tu lakukan dengan penuh kasih sayang..maksudnya dia betul2 suka kerja dia..jadi dia akan senyum, enjoy..dan kita pun gembira kan..kalau nak ambil order pon rasa terpaksa, muka masam macam cuka..kita pun mati selera.

Magic (ajaib)– Bersedia untuk mencipta keajaiban. Bukan setakat menunggu kejaiban berlaku tapi kita yang mencipta magic tu..nak berjaya nak jadi ‘extraordinary’ kita yang kene buat..kene usaha sebaiknya supaya magic tu tiba. Goyang-goyang kaki tak aci ye.

itu 4 ramuan utama..nak berjaya? mulakan..semua boleh..semua ada peluang yang sama cuma antara MAHU atau TIDAK MAHU sahaja.

all da best!

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s