ALFALFA · B COMPLEX · BREASTFEEDING · ESP · GLA · KALSIUM · TESTIMONIAL · VITAMIN C · ZINC

PENGALAMAN MENGGUNAKAN SET BERPANTANG SHAKLEE

Masa anak pertama, Adaa tak berpeluang langsung menggunakan Shaklee sebab biasalah, anak pertama kan..belum banyak info. Masa tu adaa cuma kutip info dari kakak..tanya kakak apa set berpantang yang dia guna dan akhirnya adaa beli jamu Mustika Ratu pada ketika tu.

Iya, jamu tu bagus, berkesan pada kakak, malangnya tak berkesan langsung pada adaa. Sampai sekarang adaa tak tahu kenapa huhu akhirnya jamu tu terbiar begitu sahaja..sayang tapi nak buat macam mana kan..

Selepas melahirkan anak pertama, badan adaa sangat letih malah masa mengandung anak pertama lagi adaa terlalu banyak tidur sebab letih. Masa bersalin lagilah..tak dapat nak ingat sebab kondisi badan sangat lemah dan dah terlalu khayal…masa nak bersalin doktor cuba nak berikan adaa epidural dan cucuk 2 kali kat belakang, tapi tak berjaya. Jadi, adaa dapat 2 kali sakit masa tu, sakit nak bersalin dan sakit kepala yang sangat-sangat kesan daripada kegagalan nak masukkan epidural tadi. Adaa tak dapat mengiring pun dan hanya boleh baring menelentang menahan sakit bersalin.

Lepas bersalin, adaa alami sakit kepala kronik yang memerlukan adaa masuk air secara IV..jadi terpaksalah ulang alik ke klinik disaat anak kena demam kuning. Ibu ke klinik, anak ke hospital..huhu sedih memang sedih. Apatah lagi suami baru tamat belajar dan baru nak mula kerja. Mujur ada kawan yang sudi membantu.

Lepas tu keadaan adaa macam biasa. Tapi bila mula mengandung anak kedua, adaa kembali letih. Dalam sebulan berkali-kali ulang ke klinik. sampai satu tahap doktor tu kata ‘baliklah..awak tak sakit, cuma awak sangat lemah..balik google multivitamin ye’ dan itu saatnya adaa berkenalan dengan Shaklee. Blind date yang diatur dek encik google hehe Jadi, bermula dari situ adaa cuba satu persatu produk shaklee.

Mula-mula Vitalea, ESP, Fiber sebab masa tu adaa ada gestational diabetes. Walaupun terkawal tapi tetap merunsingkan dan adaa perlu diet ketika mengandung supaya bayi tak besar sangat. jadi adaa mula kawal melalui diet dan suplemen. Selama ni adaa dah cuba macam-macam jamu, ubat, tapi jarang yang berkesan dengan tubuh adaa. Tapi berbeza dengan shaklee, adaa rasa sangat serasi dan bantu adaa lebih bertenaga. 

Dulu adaa tinggal ditingkat 5 tanpa lif. waktu mengandung 9 bulan adaa masih mampu naik tangga sampai ke tingkat 5 dengan mendukung anak yang waktu tu lebih 10kg. Selalu jugak naik dengan barang-barang dapur (shopping barang dapur) penuh dikiri kanan tangan. Alhamdulillah. dan disebabkan itu adaa pilih nak berpantang dengan Shaklee sepenuhnya. 100%. Apa yang adaa dapat? rasanya korang semua pun boleh teka.

Yup, ianya sangat membantu adaa sepanjang pantang dan menyusukan anak. Biasalah, dalam pantang, anak meragam, tak cukup tidur, letih, stress tapi alhamdulillah ianya membantu. dan atas sebab itu jugalah, bila anak kedua dan usia 4 bulan, adaa daftar sebagai ahli shaklee dan mula berkongsi kebaikan sebagai pengguna Shaklee dan Pengedar sah shaklee pada tahun 2011..dah hampir 5 tahun pun adaa gunakan shaklee 😀 Sampai sekarang bukan adaa jer yang guna, anak-anak, suami semua guna. Masa mengandung dan berpantang anak ketiga juga adaa 100% dengan shaklee. Dan adaa bukan suka-suka ye, adaa dah tanya Gyne (doktor sakit puan) dan mereka sangat menyokong dan minta adaa teruskan. Lepas bersalin pun, bawa anak check up 1 bulan, doktor terkejut tengok berat anak yang sangat montel dan memberansangkan dan minta adaa teruskan pengambilan shaklee 😀

Itu cerita adaa..korang pulak? perlu cuba dan rasakan sendiri 😀 Set berpantang shaklee semuanya vitamin semulajadi..jadi tiada yang bahaya untuk ibu dan anak ..sebab tu adaa ambil tanpa was-was. Semuanya memang nutrisi  asas yang diperlukan oleh seorang manusia, jadi memang patut ambil walaupun bukan masa mengandung ke, berpantang ke menyusukan anak ke. Lelaki pon boleh amalkan set ni tau.

SET BERPANTANG
SET BERPANTANG

APA BAGUSNYA SET NI?

VITALEA: Mengandungi 28 vitamin & mineral penting dan dilengkapi dengan zat besi untuk tenaga yang optimum. Ini kira paling asas dan wajib!

BCOMPLEX: Lengkap dengan 8 komponen vitamin B dan mempunyai sistem penyerapan bioaktif (penyerapan asid folik dengan lebih berkesan) . Membantu membekalkan tenaga kepada ibu dan juga membantu dalam pembakaran lemak dan pengurusan stress

VITAMIN C: Penting dalam penghasilan kolagen yang juga membantu pembentukan rawan, otot dan tulang fetus ketika mengandung. Juga meningkatkan sistem imun bayi dan ibu dan elak dari terkena jangkitan penyakit seperti selsema. Pengambilan vitamin c yang mencukupi ketika berpantang dan menyusukan anak juga membantu mencukupkan keperluan vitamin C bayi melalui penyusuan. Jadi bayi lebih sihat insyaAllah

ZINC: Membantu dalam penyembuhan luka dan juga mengelakkan sebarang jangkitan

OSTEMATRIX: 40% daripada susu ibu terdiri dari kalsium! jadi amat penting untuk ibu mendapat bekalan kalsium yang mencukupi. Ostematrix shaklee juga lengkap dengan magnesium dan vitamin D yang membantu penyerapan optimum.

ESP: Protein dari soya ini amat bagus untuk ibu dan bayi. Protein sangat membantu dalam penghasilan susu ibu, memberikan tenaga kepada ibu dan memberikan rasa kenyang lebih lama. Ia juga membantu tumbesaran bayi melalui susu ibu.

GLA: Mengimbangi hormon ibu selepas bersalin. Ketika hamil, hormon kita seperti roller coaster dan menggangu kitaran biasa. Jadi penting untuk kita imbangkan semula. Ia juga membantu dalam pembakaran lemak.

tu dia…lagi satu yang adaa ambil dan sangat bagus untuk ibu berpantang dan menyusukan anak ialah ALFALFA alfafa-complex-s Ianya membantu meningkatkan susu ibu, mengurangkan retensi air dan mencegah sembelit.  Nak tahu banyak lagi fungsi alfalfa, sini ye.

Untuk mendapatkan promosi APRIL 2015  boleh hubungi adaa ye.Untuk pembelian SET BERPANTANG  menggunakan DEBIT/CREDIT card anda,  anda boleh klik ESELL dan dapatkan secara terus😀 (jika inginkan konsultasi percuma sebelum atau selepas pembelian, info membership dan potongan harga untuk ahli, atau sebarang persoalan boleh hubungi adaa ok? kita bincang dulu apa yang sesuai apa yang tak sesuai) Untuk tutorial cara membeli secara online menggunakan ESELL klik SINI

esell order now LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements

One thought on “PENGALAMAN MENGGUNAKAN SET BERPANTANG SHAKLEE

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s