Pelbagai

BAGAIMANA MEMILIH PRODUK SUPLEMEN BERMUTU TINGGI?

Sekarang, terlalu banyak produk makanan tambahan di pasaran betul tak? Kadang-kadang kita rasa semuanya bagus, semuanya berkesan, semuanya semulajadi dan selamat. Tapi adakah betul produk tu bermutu tinggi macam yang kita fikirkan?

Kali ni adaa nak bantu memilih suplemen yang bagus, yang tip top. Lain kali pergi kedai ke apa ke dah tahu dah kriteria yang perlu diutamakan

 

1. LIHAT SIAPA PENGILANG PRODUK

Produk yang bagus akan mengawal selia produk dari awal sampailah akhir. Jadi pengeluar produk terbaik dipasaran akan dikeluarkan dan diedarkan oleh syarikat yang SAMA. senang kan, kalau kita nak pastikan barang kita No.1, kita yang kena jaga dari awal sampai lah kepada pengguna.

 

2. PASTIKAN PENGELUAR MEMATUHI PROSEDUR FDA (GMP)

Mematuhi prosedur FDA (food and Drug Administrator) , GMP (Good Manufacturing Practice) adalah satu perkara WAJIB dalam pemilihan suplemen kita. Prosedur ini tidak  diperlukan oleh industri suplemen namun setakat ini syarikat-syarikat yang bersedia untuk mematuhi garis panduan inilah akhirnya yang terkenal dan diiktiraf pengguna. Jadi secara logik pun kita boleh faham kan..garis panduan yang ditetapkan adalah bagi keselamatan kita, jadi syarikat yang bersedia untuk mematuhinya pastilah yang terbaik buat kita.

 

3. UJIAN KUALITI TERHADAP PRODUK NUTRISI

setiap kelompok produk pemakanan perlu mempunyai bahan mentah yang dianalisis untuk kemujaraban dan kualiti. Produk suplemen yang terbaik mempunyai sekurang-kurangnya 300 Ujian Kualiti terhadap setiap produk suplemen mereka. Kalau produk tersebut kita tak tahu pun ada ujian kualiti atau tidak..cuba-cubalah elakkan.

 

4. MEMPUNYAI MAKMAL BEBAS UNTUK PENGESAHAN KUALITI

Kalau kita beli produk nutrisi, ada label kan? Tapi adakah kandungan dalam setip pil DIJAMIN sama dengan yang tertera diatas label? Jadi, ini ditentukan oleh makmal bebas. Pengilang produk perlu menyediakan produk mereka kepada makmal bebas untuk mengesahkan kualiti produk mereka. Kira macam pihak berkecuali dan ketiga lah. Kalau makmal bebas tadi cek dan buat ujian, dan hasilnya apa yang tertera di label tak sama dengan kandungan sebenar dalam pil, itu maksudnya produk itu menipu.

 

5. TARIKH LUPUT

Pastikan produk nutrisi mempunyai tarikh luput dicap pada produk tersebut.

 

6. ADAKAN PRODUK SUPLEMEN INI LULUS ‘UJIAN AIR’?

Apa dia ujian air? Ujian air digunakan untuk memastikan penyerapan produk nutrisi. Banyak produk dipasaran mempunyai banyak bahan pengikat tiruan, bahan pewarna tiruan yang apabila kita makan, sistem badan kita akan gagal memecahkan pil untuk penyerapan.

Ujian air: ambil sampel pil dan letakkan dalam segelas air. Pil tersebut harus benar-benar larut menjadi longgokan serbuk dalam masa 20 minit. Jika ambil masa terlalu lama, ada kebarangkalian yang sangat tinggi bahawa badan anda tidak akan dapat memecahkan produk tersebut dan menyerapnya kedalam darah anda.

 

7. BERAPA RAMAI SAINTIS SEPENUH MASA BEKERJA DENGAN SYARIKAT PENGELUAR SUPLEMEN?

pengeluar produk berkualiti tinggi akan mempunyai ramai saintis dan kakitangan yang bertauliah atau berkelayakan sarjana atau lebih tinggi dalam bidang pemakanan.

 

8. MEMPUNYAI KEMUDAHAN PENYELIDIKAN YANG SAH

Pengeluar berkualiti tinggi akan mempunyai bangunan berasingan yang dikhususkan untuk penyelidikan. Mereka akan meletakkan kemudahan penyelidikan mereka di sekolah-sekolah perubatan yang berprestij.

 

9. BAJET UNTUK PENYELIDIKAN

Pengeluar berkualiti tinggi harus memperuntukkan sekurang-kurangnya 1 juta USD setahun bagi penyelidikan dan pembangunan produk.

 

10. UJIAN KLINIKAL

Pengeluar yang berkualiti tinggi akan melakukan ujian klinikal keatas produk nutrisi mereka di institusi berprestij seperti HAVARD, UCLA, YALE JOHN HOPKINS. Ujian seperti ini harus dilakukan di institusi diluar sana supaya keputusan dan metodologi lebih saksama dan tidak berat sebelah.

 

11. MENERBITKAN PENEMUAN KLINIKAL DALAM JURNAL ULASAN SAINS.

Pengeluar yang berkualiti bukan sahaja melakukan ujian klinikal malah menerbitkan keputusan ujian tersebut dalam jurnal ulasan sains.

JIKA SESEORANG MENJUAL PRODUK SUPLEMEN, MEREKA PERLU TAHU JAWAPAN KEPADA SOALAN INI. JIKA MEREKA TIDAK MELAKUKAN SEMUA INI, JANGAN BELI PRODUK MEREKA. anda tidak akan tahu apa yang anda beli dan apa yang anda makan.

Kita bertanggungjawab terhadap apa yang kita pilih untuk makan jadi buat PILIHAN YANG BIJAK.

 

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

 

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s