SHAKLEE RELATED

“JANGAN KOMPROMI DENGAN KESIHATAN”

Tadi ada doktor cakap “puan, jangan kompromi dengan kesihatan”. Doktor mana pulak ni..

Petang tadi secara tak sengaja tertengok cerita Dilema Wanita di astro saluran 105. Pasal barah payudara dan ketulan di payudara. Dalam episod tu ada satu ayat yang cukup menarik minat adaa bila dituturkan dari doktor wanita tersebut ialah jangan kompromi dengan kesihatan.

Kebanyakan dari kita lepas sakit baru mencari penawar..termasuklah adaa sendiri (dulu lah)..kita kurang terdedah dengan MENCEGAH ..kalau ade pon kita tak ambil kisah sangat..

Pernah dengar ” PERUT ADALAH RUMAH PENYAKIT” ha…ni kata2 lagend ni..maksudnya apa yang kita makan yang masuk dalam perut kita itulah yang akan menentukan kesihatan kita..baik yang kita makan, insyaAllah baik jugalah kesihatan kita. Buruk yang kita makan buruk pulalah kesihatan kita. Tapi tidaklah semua ya..faktor lain juga mempengaruhi seperti genetik, keturunan. Tapi jika kita kawal insyaAllah masih boleh terhindar dari penyakit tersebut.

Malaysia ni pulak kaya sangat dengan makanan..macam2 ada..hehe dan tanpa kita sedar saban tahun tahap kesihatan makin memburuk..bilangan kematian meningkat..purata umur dan jangkahayat rakyat malaysia juga makin rendah (mati awal/muda) ..takut kan?

Tapi bila dah jumpa makanan, lupa semua bahaya dan kita lebih rela MENGUBATI daripada mencegah..taknak fikir banyak..makan jelah..dah sakit baru fikir..

Ayat tadi terkesan dijiwa adaa sebab apa tau..sebab disaat kita sihat, kita tak kisah pasal badan kita..dan disaat kita sakit (tapi belum tahap terlantar) kita masih boleh nego..boleh tawar menawar dengan doktor tu..” ala..kena bedah kecil ke doktor..dua hari masuk wad saya kena tak boleh tinggalkan kerja saya..” lagi nak tangguh2..sebab tu keluar ayat pedas doktor tu tadi.
Di saat2 getir pon kita masih fikir harta sedangkan kalau kita sakit, mati..semua tu takde nilai dah..

Allah kurniakan kita kesihatan yang baik untuk kita beribadah, bekerja..kalau tak sihat..kan susah..jadi bila sakit cepat2 ambil tindakan..jangan bertangguh.

Begitu juga dengan pemakanan, latih diri makan dengan betul..seimbang..porsi yang sederhana..kita semua lebih kurang jer..suka makan dan duduk dalam negara yang kaya dengan segala jenis makanan..tapi beringat-ingatlah ye tak.

Kalau kita boleh habiskan duit beribu untuk handbag LV, berjuta untuk kereta Ferrari, beribu untuk make up, berpuluh ribu untuk hobi golf kita..takkanlah tak boleh keluarkan atau peruntukkan sedikit untuk makanan sihat dan supplemen..kalau bab hand bag, telefon..harga rm10 ribu pun rasa mampu sangat2 lagi..tapi bila cakap supplemen harga RM 300 terus diam ..
Fikirkan yang terbaik buat diri..biar seimbang belanja kita ya..

Kesimpulannya..beringat sebelum terkena, cegah sebelum mengubati..jangan kompromi dengan kesihatan..kesihatan tak boleh dijual beli..ditawar menawar..jagalah tubuh pinjaman Allah ini selagi mampu ok?

Justmy2cents

-bersiaran dari seremban-

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s