SHAKLEE RELATED

AKU DIA DAN PASTA :)

Alhamdulillah..semalam dah berakhir cycle 2014/2015 untuk shaklee..hari ni buku baru, cycle baru..jadi mari ceria-ceria hehe tajuk entry pon dah macam tajuk telefilem. Apa pulak aku, dia dan pasta ni?

Minggu ni kesihatan anak-anak dan suami tak berapa baik..masing-masing batuk, selsema dan demam virus..cirit birit juga..maklumlah, cuaca sekarang ni makin panas..macam-macam virus timbul..semalam dan saat adaa menulis ni pun, anak-anak tidur dalam keadaan basah lencun! panas yang amat..mengantuk punya pasal..layan aja mata tu kan..bila saat-saat semua tak sihat ni, selera pun kurang..ini yang membimbangkan..

Bila anak-anak jenis susah makan, mungkin tak nampak beza sangat..tapi bagi anak-anak adaa yang suka makan ni..bila sekali tak berselera..risau betul hati ni..puas fikir nak masak apa..sudahnya menu simple samada nasik dengan telur goreng atau pasta jadi pilihan. Kenapa lah PASTA kan? mentang-mentang belajar UK..hey, takda kene mengena sebenarnya..mungkin kanak-kanak memang sukakan pasta dan adaa sendiri suka makanan western ni..

Bila difikirkan semula, 3 kali mengandung, 3 kali morning sickness, 3 kali tu jugaklah adaa mencari western food masa tu..gedik tak? hahaha lagi sekali, bukan sebab belajar kat UK..big NO. Setelah adaa fikir-fikir kenapalah asyik mencari makanan barat setiap kali sakit, morning sickess, anak demam..adalah disebabkan makanan tu sendiri..

Makanan melayu banyak yang bergoreng kan, berminyak..pagi-pagi roti canai, nasi lemak, pulut kuning, nasi dagang..memang tak dapat diterima tekak lah bila mengandung atau tak sihat..Jadi akhirnya makanan yang kering, atau tawar-tawar macam sandwich, pasta itulah yang boleh diterima tekak..takda pedas, minyak..sebab tulah kot..

Lagi pun, siapa yang tak suuka cheese? hehehe anak-anak adaa kalau nampak je adaa beli cheese..hai, memang tamat lah riwayat..makan gitu sahaja..sampai bersorok..

Bila masa-masa tak sihat macam ni, itu sahajalah yang sesuai dengan tekak agaknya..sesuai dengan rasa yang sederhana, tawar-tawar, tak pedas, struktur pasta yang lembut dan menarik, akhirnya menarik juga selera anak-anak..janji makan kan..alhamdulillah..

jadi itulah kisah aku dia dan pasta hehe asal sakit je mula mencari..bila sihat memang tak kisah pun..nasi juga yang dihadap hari-hari kan? tak kisahlah..janji makan..

ada sesetengah orang fikir makanan western ni tidak sihat..sebenarnya makanan western lebih sihat dan makanlah dalam kuantiti yang betul. Adaa suka makanan western bukan sebab ianya mewah, tapi sebab kuantitinya..dalam sepinggan tu cukup semua protein, karbohidrat, serat nya..

contoh kuantiti makanan yang betul
contoh kuantiti makanan yang betul

Adaa memang suka makan sayur jadi lebih banyak sayur lebih membuka selera. Kalau dapat salad tu uish memang best! cara masak juga selalunya mudah..grill, steam..sayur pun sekadar steam dan perasakan dengan garam dan lada hitam..

Tapi jangan pula cari fastfood ye..itu memanglah tak sihat 😀

Makan melayu pun banyak yang sihat, jadi kita yang kena bijak memilih atau bijak mengatur pemakanan kita. pastikan ambil dalam kuantiti yang sesuai..kalau ikut selera..memang lah kan..hehe ok, time to stop!

#makanseafoodcarbonarapastasemalam..homemadeaje..

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s